Anda di halaman 1dari 2

OBJEKTIF KAJIAN

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa Almarhum. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah.

Apabila Dato Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden

UMNO, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah


dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato Onn, Almarhum YTM Tunku Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengisytiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957.

Almarhum membuktikan

YTM

Tunku

Abdul beliau

Rahman apabila

Putra Parti

Al-Haj Perikatan

kenegarawanan

dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai pula

oleh MIC. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India.

Kewibawaan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj sebagai seorang pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dilantik menjadi Ketua Menteri.

Di

antara

usaha

beliau

yang

penting

adalah

cubaan

menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

Anda mungkin juga menyukai