Anda di halaman 1dari 1

- Doa memulakan ulangkaji

Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

- Doa selepas mengulangkaji

.Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya

aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu. Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

Maksudnya: Dan katakanlah:

Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

2. Ketika menerima kertas soalan:

.Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah

bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.

3. Ketika sukar menjawab: rahmatMu aku bermohon pertolongan.

.Maksudnya: Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan

4. Atau:

.Maksudnya: Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang

engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.

5. Jika anda terlupa jawapan:

.Maksudnya: Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia

pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Persatuan Putera Puteri Islam (PERPPIS) Bahagian Tawau mengucapkan selamat menempuh peperiksaan musim akhir ini kepada abg2, kakak2 & adik2 yg mengambil exam esk.. moga berjaya dunia dan akhirat...

Anda mungkin juga menyukai