Anda di halaman 1dari 4

www.ramlyportal.

com

Mengeluarkan Wang Paypal Terus Ke Mesin ATM


Kaedah paling mudah untuk mengeluarkan wang dari akaun Paypal anda terus ke mesin ATM adalah dengan membuka 2 akaun iaitu Akaun Kad Debit dan Akaun Simpanan (Saving Akaun) Dalam contoh ini saya akan menggunakan akaun kad debit dan akaun simpanan dari Public Bank. Pergi ke cawangan Public Bank berhampiran anda. Di kaunter pertanyaan, nyatakan bahawa anda hendak membuka akaun simpanan dan mendapatkan kad debit. Anda akan diberikan beberapa borang untuk diisi. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM25 (mungkin berubah) untuk mendapatkan kad debit dan RM250 (mungkin berubah) untuk membuka akaun simpanan. Kebiasaannya kad debit akan anda perolehi dalam 2 hingga 3 minggu. Nyatakan juga bahawa anda ingin menggunakan perbankan internet. Setelah anda memperolehi kedua-dua akaun ini anda bolehlah gunakan Kad Debit tersebut untuk 'verified' akaun Paypal anda. Pengeluaran wang dari Paypal hanya boleh dilakukan setelah akaun anda di varified. Ok.. bagaimana untuk mengeluarkan wang dar akaun Paypal anda? 1. 2. 3. 4. Login ke dalam akaun Paypal anda Klik di 'My Account" Klik di 'Withdraw' Klik di 'Withdraw Funds To Your Card'

Anda akan dikehendaki memilih akaun kad debit yang mana jumlah wang hendak di pindahkan. Kemudian masukkan jumlah wang yang hendak dikeluarkan. Tekan Enter. Anda akan dikenakan caj sebanyak USD5 setiap kali pengeluaran dilakukan. Jadi adalah tidak digalakkan anda mengeluarkan wang jika jumlahnya terlalu sedikit kerana anda terpaksa membayar caj lebih kurang RM18 setiap kali pengeluaran di lakukan.

www.ramlyportal.com
Sila lihat gambar dibawah :

Proses pengeluaran ini akan mengambil masa lebih kurang 5 hari bekerja sebelum wang tersebut akan berada didalam akaun kad debit anda. Setelah wang tersebut berada dalam akaun kad debit anda, anda bolehlah transferkan wang tersebut kedalam akaun simpanan anda pula. Sebenarnya proses ini amat mudah dan hanya perlu beberapa minit sahaja. Layari laman web Public Bank di http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/index.html Klik di 'Login Here'

Selepas anda berada dalam akaun anda, klik di 'Fund Transfer' dan kemudian 'To Own Accounts' Dibahagian 'From Accounts' , pilih akaun kad debit anda Dibahagian 'To Destination Account' , pilih akaun simpanan anda (Savings) dan masukkan jumlah yang hendak di transfer. Wang tersebut ankan ditransfer ke akaun simpanan anda dengan serta merta dan anda bolehlah membuat pengeluaran di mana-mana mesin ATM.

www.ramlyportal.com

Anda mungkin juga menyukai