Anda di halaman 1dari 3

Kesan Ritual/ibadah dalam Masyarakat Islam Secara keseluruhan ibadah dalam Islam samaada ibadah khusus ataupun ibadah

umum sudah pastinya memberi kesan yang positif kepada insan untuk kehidupan mereka baik kepada individu, kehidupan bemasyarakat mahupun negara. Antara kesan atau impak ibadah itu sendiri ialah: a. Melahirkan kesatuan matlamat. Ibadah melahirkan kesejagatan visi dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui ibadah, ianya dapat menjadikan mereka menumpukan jiwa raga kepada Allah. la juga menjadi tunjang perpaduan umat Islam secara keseluruhannya kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama. Sebagai contoh, dalam ibadah haji yang dilakukan umat Islam, mereka mengenakan pakaian yang sama yang dinamakan pakaian ihram. Menurut Ali Syari ati (2003), setiap orang mengenakan pakaian (ihram) yang sama sehingga tak terlihat perbedaan di antara seseorang dengan yang lainnya. Dengan itu, ianya sudah tentunya mewujudkan satu semangat kekitaan seluruh umat Islam serta memupuk akar kejihadan di hati umatnya.

b. Membentuk budaya hidup Islam Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan acuan dan coretan yang dibuat dan ditetapkan Allah Taala. Biarpun sentiasa terikat dan terpaksa patuh kepada hukum dan peraturan Allah Taala, namun ianya terbukti dapat membentuk keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang teguh dalam segala aspek atau sudut kehidupan samaada dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga, muamalat, syariah serta yakin dengan masa depan Islam yang gemilang. Mereka yakin hanya sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan permasalahan mereka samaada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Fathi Yakan,2000).

c. Mendidik Seseorang Berlaku Jujur Ritual atau ibadah dalam Islam juga dapat mendidik seseorang berlaku jujur. Jika diteliti, pastinya setiap ibadah dalam Islam itu memerlukan seseorang yang ikhlas yang tidak mengharapkan balasan dari manusia. Ibadah dalam Islam bukan untuk mengharapkan pujian tetapi memenuhi tuntutan dan syarat-syarat sah sesuatu ibadah sekalipun tidak dilihat ataupun

diperhatikan oleh makhluk kerana yakin hanya Allah Taala Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

d. Ditakuti Syaitan dan Iblis. Syaitan adalah makhluk Allah yang pada asalnya dekat dengan Allah, selalu berzikir kepada Allah sehingga ada riwayat yang mengatakan syaitan atau iblis pada asalnya adalah malaikat yang sujud bertahun-tahun, sehingga ianya dekat sekali kepada Allah. Namun seperti diketahui iblis menjadi terkutuk setelah Adam a.s. dicipta. Syaitan akhimya menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan.

e. Menghasilkan Pekerjaan Yang Berkualiti. Jika sesuatu pekerjaan didasarkan kepada ibadah, maka kerja itu akan menghasilkan pekerjaan yang berkualiti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan, pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan juga jauh dari kemungkaran, dan sebaliknya mereka akan menghasilkan pekerjaan yang memberi kemanfaatan bagi umat manusia. Malah jika ibadah dilakukan sejujurjujurnya , ianya akan mendatangkan kemaslahatan bagi seluruh alam ini. Sebagai contoh konsep berkerja sebgai suatu ibadah amat dipromosikan dalam Islam yang sudah pastinya memberi kesan yang amat mendalam kepada umatnya seterusnya meningkatkan mutu pekerjaaan yang dilakukan. Sebagaimana tujuan dari Islam adalah sebagai rahmatan. (Mukhlas Asy-Syarkani, 2002)

f.

Melahirkan Perasaan Bebas. Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang perhambaan kepada yang lain daripada Allah Taala. Seseorang manusia tidak mudah tunduk kepada segala perintah yang bercanggah dengan perintah Allah Taala kerana diri dan jiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah Taala semata-mata. Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tindakan dan perlakuannya bukan kerana takut kepada makhluk tetapi skema hidupnya adalah pengabdian diri kepada Tuhan Maha Berkuasa.

g. Membentuk Akhlak dan Melatih jiwa Yang Murni yang Produkktif. Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa yang mumi kerana orang- orang yang beribadah sentiasa melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ingin mencari keredaan Allah Taala dalam semua aspek kehidupan. Ibadah dapat membina masyarakat yang produktif lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial,pendidikan dan sebagainya. Manusia akan berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat yang mumi lagi baik kerana semua aktiviti yang dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin mendapat keredaan Allah Taala.

h. Mewujudkan Negara Yang Melaksanakan Ajaran Islam. Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar melaksanakan hukum-hukum pentadbiran dan perundangan Islam. Menurut Che Kamaruddin (1996), keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang inginkan sistem hidup Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh hukuman hudud dalam Islam yang sedang hangat diperkatakan dalam negara, boleh dilaksanakan sekirannya rakyat dan kerajaan masing-masing mempunyai komitmen yang sama dan jitu kea rah itu.

Rujukan Ali Syari ati, Menjadi Manusia Haji-Panduan Memahami Filosofi dan Makna Sosial di Balik Ritual-Ritual Haji, Yogyakarta, Jalasutra Anggota Ikapi, 2003 Che Kamaruddin Md Daud, Asas-asas Islam 11, Shah Alam, PPI, 1996. Fathi Yakan, Apa Erti Soya Menganut Islam, Kuala Lumpur, Pustaka Salam, 2000. Mukhlas Asy-Syarkani, Kejaiban Ibadah :Membungkar Rahsia dan Hikmah Ibadah, Kuala Lumpur, AlHidayah Publisher, 2002.

Anda mungkin juga menyukai