Anda di halaman 1dari 22

LOMPAT JAUH

Disedikan oleh : Nur Aqilah Rosli Nurul Husna Mohd Shukri Munirah Mohamad Muhammad Rahimi Ilyas

DEFINISI
Sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba untuk mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju.

JENIS GAYA LOMPATAN


1. Gaya Gantung 2. Gaya Tendang Kayuh 3. Gaya Layar

Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

FASA LOMPAT JAUH


Terdapat empat fasa pergerakan iaitu: i. Fasa Penujuan- lari menuju ke papan lonjak ii. Fasa lonjakan- melompat dari papan iii. Fasa Layangan- badan berada di udara iv. Fasa Pendaratan- sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

FASA PENUJUAN
Fasa ini memerlukan: Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksima untuk menghasilkan lonjak yang berkesan. Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

Fasa Penujuan

FASA LONJAKAN
Fasa ini memerlukan : Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat. Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak dihadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-tumit kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Lonjakan

FASA LAYANGAN
Tujuan supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.

Fasa Layangan

FASA PENDARATAN
Fasa ini memerlukan pelompat untuk mengimbangkan badan dengan : Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) dan lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Fasa Pendaratan

Fasa Pendaratan

BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT LOMPAT JAUH

FASA PENUJUAN
1. Otot Quadriseps, triseps dan biseps 2. Otot yang terdapat diantara tendon dan pateila 3. Vastus lateralls, vastus intermedius, vadius medialis dan rectusfemoris (femur)

FASA LONJAKAN
1. Otot quadriseps 2. Otot di bahagian betis seperti fibularis longus (fibula) dan tibialis anterior (tibia)

FASA LAYANGAN
1. Otot quadriseps, otot triseps dan biseps 2. Bantu kayuhan sewaktu berada diudara iaitu Gastrocnemius, Calcaneal

FASA PENDARATAN
1. Otot quadriseps, Gluteus medius, Gluteus maximus. 2. Calcaneal, metatarsal, gluteus medius, gluteus maximus.

TERIMA KASIH
Majulah sukan untuk Negara

Anda mungkin juga menyukai