Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 1.

KAUNSELING INDIVIDU Pendahuluan

Sebagai seorang insan bergelar guru perlulah menguasai kemahiran-kemahiran bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan untuk menghadapi permasalahanpermasalahan yang dihadapi oleh murid. Seorang guru juga boleh digelarkan sebagai seorang kaunselor harus mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan sesi atau proses kaunseling bersama murid bagi membantu mereka mencapai matlamat. Ini bermakna seorang guru juga merupakan seorang kaunselor yang terlatih dalam membimbing murid membuat pilihan yang betul dan tepat untuk mengatasi masalah yang dihadapi setelah melalui proses kaunseling.

1.1

Proses Kaunseling Individu Ahmad seorang murid Tahun 6. Dia tinggal bersama datuknya setelah ibu dan ayahnya bercerai. Dia sentiasa tidak hadir ke sekolah. Kalau ke sekolah, Ahmad kerapkali lewat tiba. Dia jarang memakai stokin atau tanda nama. Di samping itu, dia selalu terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain di luar sekolah.

Sebagai seorang guru bimbingan dikehendaki menjalankan sesi kaunseling kepada Ahmad untuk membantunya dalam menghadapi masalah-masalah yang dialami. Proses kaunseling secara individu merangkumi tiga peringkat yang utama, iaitu peringkat perancangan, sesi kaunseling dan tindakan susulan. Di dalam peringkat perancangan, guru kaunseling harus mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan dalam masalah yang dihadapinya, menetukan objektif yang perlu dicapai serta merancang sesi kaunseling dan tindakan susulan dengan berkesan.

Di dalam peringkat sesi kaunseling, guru bimbingan harus menguasai kemahiran asas menyediakan prosedur kaunseling dan segala persediaan lain yang diperlukan seperti yang dinyatakan pada setiap peringkat dalam sesi kaunseling.

1.1.1 Peringkat Permulaan dan Kemasukan (Membina Hubungan) Permulaan dan kemasukan ialah peringkat yang memulakan temu bual dengan murid yang berkenaan. Pada peringkat ini, guru bimbingan hendaklah menguasai kemahiran membina perasaan kepercayaan murid terhadapnya dan mewujudkan situasi yang menggalakkan murid agar rela meluahkan aduan atau masalah yang dihadapinya. Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan peringkat ini apabila dapat melaksanakan elemen-elemen yang berkaitan, iaitu : Mewujudkan Suasana yang Menggalakkan Interaksi Menentukan Matlamat Awal Kaunseling Mengstruktur Hubungan Membina Kepercayaan Pada permulaan proses kaunseling klien tidak begitu yakin dengan dirinya sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Tambahan pula terdapat klien yang tidak begitu pasti dengan masalahnya. Keadaan berhati-hati ini membuatkan klien tidak akan memberi respon kepada kaunselor secara terbuka. Oleh itu, klien memerlukan rasa percaya kepada kaunselor, rasa selamat, kejujuran dan rasa dihormati. Sebagai seorang kaunselor bertanggungjawab mewujudkan suasana yang mampu

menggalakkan interaksi dan rasa diterima oleh klien itu sendiri. Kaunselor perlu sentiasa memberi perhatian kepada klien agar mereka merasa dihargai dan dihormati. Mendengar secara intensif terhadap permasalahan yang dihadapi klien dan memberi respon yang tepat kepada klien. Sekiranya klien berasa senang berkomunikasi bersama kaunselor perkara ini dapat menjamin kelancaran sesi kaunseling yang dijalankan. Menjadi kebiasaan klien datang berjumpa kaunselor adalah untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur tentang masalah yang dihadapi. Di sini

kaunselor berperanan memastikan bersama klien apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling. Hubungan kaunselor dan klien harus mempunyai struktur supaya klien akan nampak dengan lebih jelas ke arah yang hendak dituju dan memahami proses kaunseling. Ini bermaksud seorang kaunselor perlu memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling itu sendiri dan bagaimana ia dapat membantu klien dalam membuat keputusan berhubung dengan masalah yang dihadapi. Antara yang terpenting seorang kaunselor harus menunjukkan sifat dan tingkah laku yang boleh dipercayai sepanjang menjalankan proses kaunseling bersama klien. Ini bertujuan bagi membina kepercayaan di antara klien dengan kaunselor. Kaunselor juga harus bertindak menjelaskan kepada klien tentang tuntutan kerahsian dan kaunselor berperanan sebagai pemegang amanah agar klien lebih mempercayai hubungannya dengan kaunselor. Hubungan kepercayaan ini mampu menyumbang kepada kelancaran proses kaunseling yang dijalankan.

Contoh Situasi : Kaunselor : Selamat pagi, Ahmad. Apa khabar? Bagaimana keadaan Ahmad pada hari ini? Pernahkah Ahmad menjalani sesi kaunseling? Saya akan terangkan secara ringkas apa itu kaunseling kepada Ahmad. Kaunseling adalah satu perjumpaan bersemuka antara guru kaunseling dan murid seperti yang sedang kita lakukan sekarang ini bagi mencapai satu matlamat. Sesi kaunseling biasanya akan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tetapi, ini tidak bermakna perkara yang dibincangkan akan selesai dalam sesi ini mungkin juga pada sesi yang berikutnya jika dirasakan perlu. Apa yang penting ialah Ahmad perlu mengambil bahagian dengan aktif berkongsi tentang perkara yang menganggu Ahmad untuk diatasi. Saya sedia mendengar dan membantu Ahmad untuk mencapai matlamat. Ingin saya jelaskan di sini bahawa apa sahaja yang dibincangkan dalam sesi ini akan dirahsiakan jika perkara itu mampu mendatangkan kesan buruk kepada Ahmad atau orang lain. Adakah Ahmad jelas? Bolehkah kita mulakan sesi sekarang?

Anda mungkin juga menyukai