Anda di halaman 1dari 9

Pemikiran Aras Tinggi

Mencabar Pelajar Untuk Membina Pemahaman Yang Bermakna


Memberi soalan seperti apakah yang maksud memahami sesuatu dalam sains dan apakah yang dimaksudkan bermakna. Banyak cara untuk membina pemahaman pelajar dalam sains mengikut tahap kebolehan pelajar itu sendiri.

Berkonsepkan Pelajar
Pelajar selalu mempunyai konsepnya sendiri iaitu pengalaman sedia adanya tetapi ia bercangah dengan fakta sains dan menyebabkan pelajar sukar untuk mempelajari konsep sains yang sebenarnya. Ianya boleh diubah dengan anjakan dalam perspektif dan bukannya sesuatu maklumat baru bagi pelajar tersebut. Dengan menekankan pemahaman melalui penyisatan dan aktiviti yang mencabar dapat membantu membentuk pemahaman pelajar.

Metakognitif
Fokus kepada strategi pembelajaran pelajar. Jika pelajar didedahkan kepada pemahaman yang lebih mendalam mereka perlulah dibimbing oleh guru, supaya guru dapat memantau pemahaman mereka.

Pemikiran Aras Tinggi


Berkaitan dengan Bloom taksonomi. Iaitu berhubung dengan aplikasi dan menilai sesuatu idea.

Mendalam atau Meluas?


Aspek yang dapat mebantu dalam pemahaman yang bermakna dalam satu-satu idea adalah dengan mengaplikasikannya berbanding dengan hanya sekadar mengetahui konsep sahaja. Kebolehan untuk mentafsir idea dalam situasi sebenar adalah sangat penting dalam membentuk sesuatu pemahaman.

Pemikiran Mencapah
Kebolehan untuk menyelesaikan masalah di luar jangkaan. Membentuk idea yang pelbagai serta berkaitan.

Pengetahuan Kandungan Pedagogi


Guru perlu berilmu dalam membantu murid dalam membentuk pemahaman. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi dapat mendengar dan mencabar pemikiran pelajar. Salah satu bentuk ilmu diperlukan oleh pelajar ialah bagaimana pelajar mempelajari sesuatu konsep iaitu. Iaitu pengalaman dan cara berbeza mereka untuk mentafsir idea sains.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai