Anda di halaman 1dari 2

Buah Anggur

Anggur merupakan salah satu tanaman yang hidup di tempat yang rata. Tidak seperti kebanyakan tanaman lainnya, tanaman anggur memerlukan musim kemarau panjang sepanjang empat sehingga tujuh bulan agar dapat tumbuh dengan baik dan memerluakan pancaran cahaya matahari. Jumlah hujan yang diperlukan oleh tanaman ini ialah 800 mm setahun. Oleh sebab itu, penyiraman yang berlebihan dapat mengganggu proses pembuahannya. Suhu maksimum untuk tumbuhan ini tumbuh adalah 31oC dan suhu minumum adalah 23oC. Hanya terdapat beberapa jenis tanah yang membolehkan pertumbuhan tanaman anggur dengan baik. Secara umumnya, tanah tersebut harus mengandungi pasir dan lempung dalam jumlah yang cukup agar tanaman tidak mengalami transpirasi berlebihan. Selain itu, tanah yang digunakan juga haruslah subur dan bertekstur gembur agar terdapat resapan nutrisi dan kemasukkan udara yang baik. Tanah tersebut juga harus memiliki pH tanah yang neutral, yaitu 7. Antara khasiat yang terkandung di dalam buah anggur ini ialah 1. Kurangkan risiko serangan jantung. Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung. 2. Mengurangkan kolesterol tubuh Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh. 3. Mengatasi masalah sembelit Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit. 4. Buah pinggang yang sihat Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

Oleh kerana khasiatnya yang pelbagai buah ini mendapat sambutan hangat dipasaran. Hampir kesemua buah-buahan yang terdapat pada muka bumi ini mengandungi pelbagai khasiat yang tersendiri. Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama mengamalkan diet yang sihat dengan mengambil buah setiap hari.

Nama : ____________________________ 1. Buah naga memerlukan ________ untuk hidup? A hujan yang lebat B kawasan yang rata C ph tanah yang berasdi D musim kemarau yang rata

Tarikh: ________________

2. Berapakah suhu maksimum bagi tanaman ini? A 18 darjah celcius B 23 darjah celcius C 31 darjah celcius D 37 darjah celcius

3. Yang manakah bukan khasiat buah anggur? A mengatasi masalah sembelit B melancarkan proses peredaran darah C mengurangkan risiko serangan jantung D mengurangkan kolestrol di dalam tubuh

4. Bahan apakah yang terdapat pada buah anggur yang membantu mengurangkan kolestrol? A cellulose B uric acid C nitric oxide D pterostilbene 5. Rangkai kata sambutan hangat dalam petikan bermaksud A pasaran yang besar B penerimaan dengan baik C pandangan yang menggalakkan D usaha yang bersungguh-sungguh

Anda mungkin juga menyukai