Anda di halaman 1dari 6

Peraturan 17 PENGADIL

Norzafirah Mohd Zaki Shabana Munawwarah Binti Ishak

17.1 Dua orang pengadil yang mempunyai KUASA YANG SAMA mesti bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka akan dibantu oleh Penjaga Masa, Pencatat dan Delegrasi
17.2 Pengadil mengawasi tingkahlaku pemain mulai saat memasuki gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang. 17.3 Pengadil bertanggungjawab memeriksa gelanggang permainan, tiang gol, jaring gol, jaring gol dan bola sebelum permainan dimulakan dan memutuskan bola pilihan. (ruj und. 1 dan 3:1

Pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain. Mereka memastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain gantian. Mereka hendaklah dimaklumkan tentang kehadiran pegawai pasukan. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan. (4:1-2 dan 4:7-9)
17.4 Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang pengadil dengan kehadiran pengadil kedua dan kedua-dua ketua pasukan.

17.5 Semasa permulaan permianan seorang pengadil gelanggang dan berada di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan. Pengadil gelanggang memulakan permainan dengna tiupan wisel untuk balingan permulaan. Bila berlaku serangan balas, pengadil gelanggang akan menjadi pengadil gol dan berada di belakang garisan gol. Rakannya akan bertindak sebagai pengadil gelanggang.

Pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa dalam tempoh permainan.
17.6 Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh pengadil yang sama. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempastikan pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan.

Sekiranya seorang pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan,pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri (untuk IHF dan kejohanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-undang).
17.7 Sekiranya pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan serentak, tetapi mempunyai hukuman yang berbeza, maka hukuman yang lebih serius akan dikuatkuasakan.

Anda mungkin juga menyukai