Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

UCAPAN PENGUMUMAN Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 dan Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 pada petang ini. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke bengkel ini. UCAPAN PEMBUKAAN Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah

ummul kitab. Al Fatihah...semoga bengkel yang dijalankan pada petang ini mendapat keberkatan rahmat daripada Allah swt...

UCAPAN PROTOKOL Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Ayob Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Yang Berusaha En Pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson Pegawai-pegawai dari The New Straits Times Press Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Port Dickson dan PKG Chuah Guru-guru sekolah ahli PKG Port Dickson dan PKG Chuah Para guru, hadirin dan hadirat sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN Hadirat hadirat sekalian, Dinihari pergi lautan Untuk menjala si ikan bilis Assalamualaikum tuan dan puan Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluan Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Tuan Timbalan KPP En Kamaruzzaman bin Ayob, Tuan/En........................................................ daripada PPD Port Dickson, Pegawai-pegawai daripada NSTP, seterusnya guruguru, hadirin dan hadirat sekalian. Sebagaimana yang kita maklum, program yang akan dijalankan pada petang ini adalah berkaitan dengan Akhbar Dalam Darjah atau ringkasnya ADD anjuran NSTP dengan kerjasama BTPN N Sembilan dan juga PPD Port Dickson. Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang berusaha En Kamaruzzaman, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Kamaruzzaman di atas ucapan itu tadi.

Bengkel ADD Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada pegawai daripada The New Straits Times untuk meneruskan bengkel. PENUTUPAN Hadirin, hadirat sekalian :
Ucapan salam pengakhir kata Segala yang ada dikongsi bersama Apa yang kurang maaf dipinta Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah Bengkel Akhbar Dalam Darjah Anjuran Bersama The New Straits Times, BTPNNS dan PPD Port Dickson pada petang ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke bengkel yang diadakan pada petang ini. Semoga bengkel ini memberi manafaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tuan-tuan dan puan-puan. Selepas ini para hadirin di cafe BTPNNS dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan

bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Saya sudahi majlis dengan w.b.t wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

wassalamualaikum warahmatullah hi

Anda mungkin juga menyukai