Anda di halaman 1dari 3

3

6
1. MAKTUB 42: 1
Ubat Pencuci Terbaik Untuk Membersihkan Hati Dengan Mematuhi Syariat Surat ini dituliskan kepada Hadhrat Syaikh Darwish pada menjelaskan bahawa ubat pencuci yang terbaik untuk menjauhkan karat kecintaan Ghairullah dari Qalb yang merupakan Haqiqat Jamiah adalah dengan menuruti Sunnah Saniyyah Syari'at Mustafawiyyah Muhammad Rasulullah 'Ala Sahibihas Solatu Wassalam s. Semoga Allah Ta'ala Wa Subhanahu u mensejahterakan keselamatanmu dan mengekalkannya bagimu. Selagimana kecenderungan seseorang Insan masih bertakluk dengan berbagai perkara keburukan maka dirinya adalah Mahrum terharam dari Mahbub Haqiqi dan berkeadaan Mahjur terpisah dariNya. Membersihkan cermin Haqiqat Jami'ah yakni Qalb iaitu hati dari karat kecintaan selain Zat Allah y 'Azza Wa Jalla adalah sangat perlu dan alat pencuci yang terbaik untuk menjauhkan karat tersebut adalah dengan menuruti cahaya petunjuk Sunnah Hadhrat Muhammad Mustafa Rasulullah s 'Alaihissolatu Wassalam Wattahiyyah. Maksud utama menghilangkan kotoran ini adalah untuk menghalang adat Nafsani dan menjauhkan resam Zulmani. Betapa bertuahnya bagi mereka yang telah dikurniakan dengan kemuliaan menerima Nikmat yang agung ini! Dan betapa celakalah bagi mereka yang diharamkan dari Daulat kemuliaan yang tinggi ini. Perkara seterusnya yang perlu dinyatakan di sini ialah bahawa saudaraku yang dimuliakan Hadhrat Miyan Muzaffar anak kepada Hadhrat Marhum Syaikh Ghuran adalah dari kalangan para pemimpin yang mulia dan dari anak orang-orang Salih. Ramai orang yang bertakluk dengan dirinya dan hal keadaannya perlulah dibelaskasihani. Berlebih-lebihan akan mendatangkan kesusahan padamu. Dan Salam kesejahteraan ke atas kamu dan ke atas sesiapa yang menuruti petunjuk.

4 PENJELASAN: Ketahuilah bahawa Qalb Sanubari iaitu Hati Jasmani adalah sarang bagi Qalb Haqiqi yang juga digelar sebagai Haqiqat Jami'ah yang berasal dari Alam Amar. Latifah Qalb dikenali juga sebagai Haqiqat Jami'ah iaitu suatu Latifah yang terkumpul semua Haqiqat Lataif di dalamnya. Selagi Qalb atau hati masih busuk, ia akan kekal jauh dari kesedaran tentang Ketuhanan dan hilang kebahagiaan. Cintakan pada perkara yang selain Allah Ta'ala adalah tanda hitamnya hati. Tanda kekotoran noda hitam ini perlu dibersihkan dan alat pembersih yang terbaik untuk dituruti dan diamalkan adalah Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah s Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Dengan amalan mengikuti Sunnah, seseorang Insan akan dapat menghapuskan tabiat dan keinginan Nafs yang menyebabkan Hati menjadi gelap. Perkataan Sunnah mempunyai tiga makna dalam Agama Islam kita: 1. Apabila keterangan "Kitab dan Sunnah" diungkapkan bersama-sama, maka Kitab bererti Al-Quran dan Sunnah bererti Hadits-hadits. 2. Apabila keterangan "Fardhu dan Sunnah" disebut, Fardhu bermaksud Perintah Allah dan Sunnah bererti Perintah Nabi iaitu Sunnah Baginda. 3. Apabila perkataan "Sunnah" digunakan secara bersendirian, ianya bermakna Syari'at iaitu semua kaedah-kaedah Islam. Kitab Fiqah telah menyatakan sedemikian. Sebagai contoh, telah dinukilkan di dalam kitab Mukhtasar AlQuduri, "Sesiapa yang terbaik mengetahui Sunnah hendaklah menjadi Imam." Apabila Ummat Islam melaksanakan Solat secara berjemaah, salah seorang daripada mereka yang menjalankan Solat dipanggil sebagai Imam. Dalam menjelaskan perkataan "Sunnah" ini, kitab Al-Jawharah ada menyatakan, "Di sini, Sunnah bermaksud Islam." Hendaklah difahamkan bahawa manusia perlu mematuhi ajaran Islam untuk membersihkan hati. Mentaati Syari'at bermakna melakukan perintah-perintah Allah dan Rasul serta menjauhkan diri dari laranganNya dan perkara Bida'ah. Bida'ah bermaksud sesuatu amalan 'Ibadat yang dicipta selepas kewafatan Hadhrat Baginda Nabi. Bida'ah adalah perkara-perkara yang tidak wujud semasa zaman Hadhrat Baginda Nabi dan Empat Khalifah Ar-Rasyidin Radhiyallahu 'Anhum. Bida'ah adalah suatu amalan yang telah direka dan dilakukan di atas nama 'Ibadat. Sebagai contohnya, seseorang perlu membaca "Ayat Al-Kursi" serta-merta selepas Solat lima waktu, maka adalah Bida'ah untuk membacakan "Solatan Tunjina" atau membacakan Selawat lain. Semua amalan ini mesti dibacakan selepas membaca "Ayat Al-Kursi" dan menyebutkan Tasbih. Adalah Bida'ah untuk bersujud selepas tamat Solat dan berdoa secara peribadi. Ia adalah Bida'ah untuk memanggil Azan melalui alat pembesar suara. Setiap jenis perubahan dan pembaharuan dalam Agama Islam adalah Bida'ah. Pada waktu Solat yang ditetapkan ketika waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam, seorang Muslim akan pergi ke atas menara atau tempat yang tinggi dan menyeru semua Ummat Islam untuk bersolat. Ini dinamakan sebagai "Azan".

5 Sebaliknya, bukanlah Bida'ah untuk menggunakan sudu dan garpu ketika makan, meminum kopi atau teh atau menghisap rokok kerana ianya tidak bersifat memuja tetapi sebaliknya bersifat tabiat, maka ianya Mubah diperbolehkan dan tidak haram. Terdapat lebih kurang 6236 jumlah ayat di dalam Al-Quran. "Ayat Al-Kursi" adalah salah satu daripadanya. Ia menerangkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya yang tak terhingga. Perkataan Solat mempunyai dua makna iaitu Sembahyang dan Doa. Orang-orang Islam menghantarkan permohonan doa-doa mereka kepada Allah supaya Darjat Nabi bertambah tinggi dan diberikan lebih Rahmat. Solat sedemikian itu dipanggil Selawat. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berdoa demikian. Dia akan menyelamatkan mereka dari masalah. Membaca "Solatan Tunjina" bermaksud memohonkan suatu Rahmat ke atas Nabi Muhammad untuk menyingkirkan sebarang masalah. Selepas bersolat, adalah menjadi tabiat Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mana telah menjadi Sunnah ialah membaca "Ayat Al-Kursi" sekali, kemudian mengucapkan "Subhanallah" sebanyak 33 kali yang bermaksud tidak ada sebarang kecacatan pada Allah, kemudian menyebut "Alhamdulillah" 33 sebanyak kali yang bermaksud bahawa segala pujian dan terima kasih yang dilakukan oleh semua orang telah dilakukan kepadaNya kerana Dialah Satusatunya yang menghantar kepada setiap pihak, kemudian menyebut "Allahu Akbar" sebanyak 33 kali yang bermaksud bahawa kebesaran Allah tidak boleh difahami melalui pengetahuan ataupun melalui akal fikiran. Seseorang yang membaca Tasbih itu hendaklah mengira manik pada Tasbih atau ruas pada jari secara 3 x 33 = 99. Kenyataan yang dibuat oleh Para 'Ulama Islam mengenai merokok ada disebut dan diterangkan dalam kitab Sa'adat Abadiyyah. Terdapat tiga jenis Bida'ah: 1. Bida'ah terburuk adalah menggunakan perkara-perkara Islam dan mengatakannya sebagai simbol kekufuran. 2. Jenis-jenis kepercayaan yang tidak mematuhi dengan apa yang 'Ulama Ahli Sunnah telah sampaikan juga adalah Bida'ah yang buruk. 3. Pengubahsuaian dan pembaharuan yang dilakukan sebagai 'Ibadat di kubur adalah Bida'ah dan dosa. Semoga Allah Ta'ala memberikan keselamatan kepada kita dan kepada orang-orang yang mengikuti jalan yang benar! Kesetiaan adalah bagi seorang lelaki walaupun dirinya teraniaya; Sekiranya seseorang itu benar pasti Allah akan menegakkan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai