Anda di halaman 1dari 4

Mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi lukisan.

Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Lukisan sebagai komunikasi. Lukisan juga boleh dijadikan sebagai suatu alat untuk berkomunikasi. Melalui lukisan ini orang ramai dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis. Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua masyarakat di dunia. .

Hasilan seni yang diekspresi oleh masyarakat purba pada dinding-dinding gua, ianya juga berfungsi sebagai media komunikasi visual tentang aktiviti kehidupan harian mereka.

Lukisan iklan juga merupakan satu bentuk media yang berfungsi sebagai alat komunikasi bagi menyampaikan maklumat.

Lukisan sebagai luahan idea dan emosi Lukisan berfungsi sebagai luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea dan emosi ini diterjemahkan dalam bentuk visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat memberi kepuasan dalam meluahkan apa yang dilihat dan dialami dalam bentuk visual.

Hasil karya seorang kanak-kanak Iraq tentang pengalaman yang dilaluinya.

Lukisan Dzulkifli Buyong yang bertajuk Kapal Kertas yang memberikan luahan ideanya tentang kehidupan zaman kanak-kanak.

Lukisan sebagai bentuk dan makna Lukisan sebagai bentuk dan makna maksudnya lukisan yang mempunyai makna mengenai sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat. Contohnya seperti lambang bintang dan bulan sebagai simbol agama islam. Bintang berbucu lima menandakan Rukun Islam 5 perkara. Selain itu juga lukisan ini mampu menggambarkan maksud yang tersirat.

Lambang wau bulan yang mempunyai maksud Sisstem Penerbangan Malaysia ( MAS ) Wau digunakan kerana cirinya yang terbang diudara.

Lukisan sebagai ilustrasi dokumentasi budaya dan sejarah Lukisan juga boleh dijadikan sebagai alat untuk dokumentasi budaya dan sejarah. Melalui ilustrasi yang dihasilkan budaya sesuatu masyarakat dapat ditonjolkan. Hanya melalui lukisan orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat.

Melalui lukisan ini kita dapat tahu budaya sesuatu kaum

Selain daripada itu, seni tampak atau visual juga berfungsi sebagai rakaman suatu peristiwa yang telah berlaku.Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi sejarah.

Sebuah

lukisan

yang

menggambarkan pertempuran di antara tentera Feringgi dan pahlawan melayu/Islam

Anda mungkin juga menyukai