Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR OLEH KUMPULAN STUDI KEPINTARAN BUATAN

(AISIG) 1. Tujuan Memohon pertimbangan Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor untuk meluluskan program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan peruntukan untuk membiayai lawatan. 2. Latarbelakang Kumpulan Studi Kepintaran Buatan (AISIG) merancang untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Kepintaran Buatan di Kuala Lumpur bersama pelajar-pelajar IT yang mengambil pengkhususan Kepintaran Buatan (AI). Lawatan tersebut akan diadakan pada 18 November - 20 November 1998 dengan disertai oleh 53 orang pelajar dan 8 orang pensyarah. Semua peserta akan menginap di ITM, Shah Alam. 3. Objektif Lawatan I. Untuk pelajar melihat teknologi dan applikasi AI yang terkini di pusat penyelidikan yang terunggul II. Untuk memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berjumpa dan berbincang dengan pakar-pakar bidang AI di pusat penyelidikan tersebut III. Untuk menjalinkan hubungan penyelidikan di antara UUM dengan pusat peyelidikan tersebut. 4. Tempat Lawatan I. CAIRO (Centre of Artificial Intelligence and Robotic), UTM

II. AISDEL (Artificial Intelligence System Development Laboratory), SIRIM III. Taman Teknologi Malaysia 5. Pensyarah Pengiring I. En. Azizi Zakaria (Ketua) II. En. Azman Yasin III. En. Nurnasran Puteh IV. En. Ahmad Shaarizan Shaarani V. En. Tuan Zalizam Tuan Muda VI. En. Zulkarnain Md. Ali VII. En Rusdi Zohdi Murat VIII.Pn. Maslita Abdul Aziz (Pengiring Pelajar Wanita) 6. Jadual Lawatan Sila lihat lampiran.

7. Implikasi Kewangan i. Perbelanjaan Penginapan Pelajar Penginapan Pensyarah Tol 56 X RM10 5 X RM20 2 X RM150 = = = RM560 RM100 RM300 RM40 RM160 RM500 RM1660 RM560 RM100 RM660 RM1000

Pensyarah Pengiring 2 orang (1 Lelaki dan 1 Wanita) a. Elaun Harian 2 X RM20 X 1h = b. Elaun Makan 2 X RM40 X 2h = c. Sewa Hotel 2 X RM125 X 2h= Jumlah Perbelanjaan ii. Pendapatan Kutipan Pelajar Kutipan Pensyarah Jumlah Pendapatan KEKURANGAN 8. Permohonan Kelulusan

Dengan ini dipohon pertimbangan kelulusan Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor untuk meluluskan peruntukan berikut: i. ii. iii. Perlaksanaan program seperti dalam jadual yang dilampirkan Perbelanjaan elaun 2 orang pensyarah pengiring sebanyak RM700 Bayaran tol sebanyak RM300

LAMPIRAN JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 18 November 1998 2.30 ptg 3.00 ptg 10 mlm 19 November 1998 7.30 pagi 7.45 pagi 9 pagi - 12 tgh 12 tgh - 1.30 ptg 1.30 ptg 2.30 ptg - 4.30 ptg 5 ptg 20 November 1998 8.00 pagi 8.15 pagi 9 pagi - 12 tgh 12 tgh 1 tgh Berkumpul untuk lawatan ke SIRIM Bertolak ke SIRIM, Shah Alam Lawatan di SIRIM Makan Tengahari Pulang ke UUM Berkumpul untuk lawatan ke UTM Bertolak ke UTM, Jalan Gurney Lawatan di CAIRO, UTM Berehat untuk sembahyang dan makan tengahari Bertolak ke Taman Teknologi Malaysia Lawatan di Taman Teknologi Malaysia Kembali ke ITM Pelajar dan pensyarah berkumpul di MALL Bertolak ke Kuala Lumpur Tiba di ITM, Shah Alam

Anda mungkin juga menyukai