Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan Penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda dan aras pula merupakan istilah piawai yang digunakan untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi dengan prestasi organisasi pesaing, dengan tujuan untuk memperbaiki prestasi organisasi tersebut. Piawaian pula didefinisikan sebagai asas, rujukan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai penentuan sesuatu seperti mutu dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Oleh itu, penanda aras akan membawa maksud tentang sesuatu yang dijadikan sebagai tanda untuk mengukur prestasi dan seterusnya memperbaiki prestasi tersebut. Penanda aras merupakan proses membandingkan proses sendiri dan metrik prestasi dengan yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam industri lain. Dimensi yang biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan daripada apa yang dipelajari bererti melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas dan leih murah. Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin yang lain di dalam pelbagai bidang.

2.0 Tujuan Lawatan Penanda Aras Tujuan lawatan penanda aras ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada guru pelatih terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat, perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan sebagai panduan semasa berkhidmat kelak. Ini sangat penting dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab profesional keguruan. Selain itu, tujuan lawatan penanda aras ini juga adalah memberi pendedahan kepada para guru pelatih semester 5 tentang keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Disamping itu, tujuan lawatan penanda aras ini juga bertujuan untuk memberi pendidikan secara langsung kepada guru pelatih tentang kepentingan pembinaan iklim dan budaya kerja yang kondusif serta cara dan kualiti kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah.

3.0 Laporan Reflektif 3.1 Pengurusan Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai mempunyai seramai 44 orang guru termasuklah pentadbir sekolah dan 5 orang kakitangan sokongan. Guru Besar yang bertugas di sekolah ini adalah Encik Abu Bakar bin Mohd. Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai mempunyai pengurusan yang sistematik dan teratur. Semua pihak pengurusan dan kakitangan sekolah saling bekerjasama antara satu sama lain dan menjadikan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Pengurusan yang baik sangat penting supaya dapat memudahkan segala gerak kerja di sekolah tersebut. Pengurusan yang sistematik dan berkesan sangat penting supaya visi dan misi dapat dicapai. Ini sekaligus dapat menaikkan prestasi murid dan juga prestasi sekolah dalam bidang pendidikan. Pihak sekolah juga telah mengarahkan guru-guru dan kakitangan sekolah untuk mendokumentarikan segala aktiviti dan juga penganjuran program di sekolah. Ini supaya rekod-rekod ini dapat disimpan untuk diaudit pada masa-masa tertentu. Pihak pentadbiran di sekolah ini lebih banyak memberi tumpuan terhadap kokurikulum murid untuk menaikkan nama sekolah kerana sekolah ini kurang menyerlah dari segi akademik. Namun begitu, pihak sekolah tetap tidak mengabaikan pencapaian dari segi kurikulum dan berusaha sedaya mungkin untuk menaikkan aspek ini.

Visi, misi dan etos Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai adalah seperti berikut :

Visi Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Etos Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai Berilmu dan Berakhlak Mulia Teras Kecemerlangan.

Bagi mencapai visi, misi dan etos di atas, pihak sekolah telah melakukan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menaikkan lagi potensi murid dan juga sekaligus akan dapat menaikkan nama sekolah. Jadi, semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk mencapai perkara yang telah ditetapkan di atas.

3.2 Ciri-ciri Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai diketuai oleh Encik Abu Bakar bin Mohd, iaitu Guru Besar di sekolah ini. Beliau juga turut dibantu oleh tiga orang penolong dibawahnya, iaitu Encik Manikam Muniandy sebagai penolong kanan pentadbiran, Puan Mazura bt. Ismail sebagai penolong kanan hal ehwal murid dan juga Puan Sabariah bt. Mohd Razak sebagai penolong kanan kokurikulum. Sekolah ini mempunya seramai 43 orang guru termasuk pentadbir sekolah. Guru lelaki di sekolah adalah seramai 10 orang dan selebihnya adalah guru wanita. Jumlah ini menunjukkan perbezaan yang ketara dalam bilangan guru mengikut jantina. Dari pemerhatian yang saya telah jalankan, saya mendapati bahawa pihak pentadbiran sekolah menggunakan kepimpinan secara demokratik. Semua guru yang berkhidmat di sekolah ini diberi peluang untuk menyuarakan pandangan masing-masing dalam suatu perkara. Oleh sebab jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pihak pentadbir sekolah ini membuatkan mereka disayangi dan dihormati oleh guru-guru biasa dan juga kakitangan sekolah. Pihak pentadbir juga senang untuk dibawa berbincang mengenai suatu masalah. Dengan itu, masalah yang dihadapi dapat diatasi seawal mungkin sekaligus dapat memudahkan urusan semua pihak. Selain itu, pihak pentadbir sekolah ini juga menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan sekolah dan juga keperluan guru-guru yang memegang jawatan tertentu seperti guru pemulihan, guru pra-sekolah, guru-guru panatia dan guru-guru biasa. Dengan ini, semua pihak menerima layanan yang baik dan juga masalah keperluan dari segi kemudahan infrastruktur dan juga kewangan dapat diselesaikan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai