Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku

murid dalam situasi pendidikan. Aspek-aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkah laku murid terhadap segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku dalam pendidikan, termasuk prinsipprinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk

menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip- prinsip psikologi dalam pengajaran .Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan di dalam berbagai- bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkah laku manusia terhadap pembelajaran. Kebanyakan teori berlandaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang serupa. Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang di bentuk daripada kajian saintifik. Psikologi pendidikan ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji tingkah laku murid di implikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah .Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian tingkah laku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. MATEMATIK SOSIAL Menurut Kamus Dewan edisi ketiga tahun 2002, Matematik bermaksud ilmu hisab. Dengan kata lain matematik bermaksud ilmu yang berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan

aktiviti

masa

lapang,

suka

bergaul

dan

bermesra

dan

berkenaan

hal-hal

kemasyarakatan. Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam sesebuah masyarakat. Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah: Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang. Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik dengan adanya pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu. Untuk membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun. Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu. Komponen Masa dan waktu Murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa. Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Pemahaman murid boleh dikukuhkan dengan meminta murid merekodkan aktiviti-aktiviti mengikut bahagian siang dan malam. Murid juga diperkenalkan dengan muka jam serta fungsi jarum panjang dan jarum pendek dan menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual harian dan mendapatkan maklumat daripada jadual sedia ada. Murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari kalendar hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun serta penyelesaian masalah yang berkaitan dengan masa dan waktu.

Wang Murid diperkenalkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen serta wang kertas RM1, RM2, RM5 dan RM10. Murid juga diajar perkaitan antara duit syiling dengan wang kertas dan cara menulis wang dalam bentuk simbol sen dan Ringgit Malaysia. Murid juga didedahkan dengan kemahiran menyatakan perbandingan nilai wang. Ini bertujuan supaya murid dapat menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang seperti belanja harian membeli-belah dan tambang menambang yang menggunakan kiraan sen dengan melibatkan jumlah dan baki.

Ukuran/ sukatan/Timbangan Ukuran Melibatkan penentuan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih berat, lebih tebal dan sebagainya. Peringkat awal pengajaran memberi tumpuan kepada perbandingan saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan pengenalan mengenai unit ukuran serta operasi unit ukuran. Bahan-bahan seperti benang, kayu, tangan, kaki, pensel,tuas dan lain-lain untuk memahami konsep panjang, pendek dan seterusnya. Skim pengajaran awal tentang panjang dan jarak melibatkan jadual peringkat pengajaran seperti pengenalan, menjelaskan ukuran panjang, tinggi jarak secara mudah, pengenalan kepada unit ukuran standard, keperluan

menggunakan unit-unit yang lebih ganjil, latihan menggunakan pembaris meter dan pita ukur dan kemahiran menggunakan alat-alat ukuran panjang dan menukar.

Timbangan Pengajaran timbangan antara secara: awal memberi tumpuan kepada perbandingan

berbagai-bagai bahan. Perbandingan itu adalah

Kuantiti Bilangan atau isipadu yang sama. Berat yang sama tetapi isipadu yang berlainan. Tujuan nya supaya murid dapat membuat pengasingan pada pemikiran mereka bahawa berat dan kuantiti bilangan atau isipadu ialah konsep yang berlainan. Skim pengajaran awal tentang berat meliputi peringkat pengajaran pengenalan kepada ringan dan berat benda-benda, menimbang secara perbandingan, memperkenalkan unit timbangan berat, menggunakan neraca spring. MASALAH PEMBELAJARAN KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Masalah matematik berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum

matematik KBSR. Menurut Lim (1982, dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati pelajar menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka. Kesulitan ini mungkin merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya dalam matematik. Menurut artikel yang di tulis oleh David Tall dan /mohamad Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi oleh pelajar yang kurang

berkebolehan (koordinasi proses mental) adalah lebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan (manipulasi konsep mental). Segolongan pelajar yang lemah pula tidak dapat menterjemahkan soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan matematik yang

betul untuk membuat pengiraan yang selanjutnya. Dalam mempelajari simbol-simbol, tata tanda dan istilah-istilah matematik, seseorang pelajar seolah-olah menghadapi sesuatu situasi pembelajaran bahasa asing (Radatz, 1979). Sebahagian tata tanda matematik telah menimbulkan kesukaran intrinsik. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami kehendak soalan. Maka ini mengakibatkan mereka menggunakan peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut. Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera dalam matematik. Tidak dapat di nafikan bahawa mata pelajaran matematik memerlukan kuasa pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar. Juga penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan inisiatif sendiri untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah matematik dari semasa ke semasa. Bahasa matematik juga menjadi kesulitan kepada pelajar. Bahasa matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang tersendiri dan di gunakan dalam konteks matematik yang tertentu. Di samping itu, banyak istilah matematik digunakan dalam kurikulum matematik tidak dapat di fahami oleh pelajar. Kekeliruan tentang istilah merupakan satu masalah yang di hadapi oleh pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah tersebut. Ciri-Ciri Masalah ini sering dihadapi oleh pelajar sekolah rendah. Pelajar biasanya didapati kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah. Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang

berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendah menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan

murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian (multi step). Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapi kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat meghalang murid daripada menyimpan fakta dengan lama. Murid yang mempunyai masalah

pembelajaran juga menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis lurus, menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997). Terdapat juga antara mereka yang menunjukkan kesukaran dalam penggunaan strategi kognitif dan metakognitif (Miller dan Mercer, 1997). Murid- murid ini menghadapi masalah matematik menentukan dan memilih strategi yang betul dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga menghadapi masalah menguruskan maklumat, membuat perancangan, membuat pengesanan terhadap proses penyelesaian masalah dan membuat generalisasi kepada situasi yang serupa. Penyebab Kepada Masalah Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal. Adalah menjadi persoalan pula sama ada cara pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untuk menghadapi pelbagai penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam mata pelajaran matematik. Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di samping menarik minat mereka semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan pelajar di peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinan serta minat mereka terhadap matematik khususnya. Cara penyelesaian masalah tidak dapat dihafal seperti sifir atau menyelesaikan soalan-soalan bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan berperingkat dengan melibatkan kefahaman konsep asas matematik yang dikuasai di

tahap satu. Salah satu objektif pendidikan matematik sekolah rendah yang dinyatakan dalam KBSR ialah untuk membolehkan pelajar menyelesaikan masalah bercerita atau penyelesaian masalah dan penekanan diberi secara menyeluruh bagi semua tajuk kerana ia merupakan komponen penting dalam Kurikulum Matematik KBSR. Pelajarpelajar telah mula didedahkan dengan unsur-unsur penyelesaian masalah atau masalah matematik berayat pada tahap satu. Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Kebanyakan dapat diperhatikan pelajar cukup berminat dalam mengikuti kelas matematik dan prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan dan ia mengambarkan bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat menyeronokkan. Tidak lupa juga penekanan diberikan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran matematik. Pada tahap dua pula pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang memerlukan lebih daripada satu langkah penyelesaian. Strategi penyelesaian dengan memilih operasi yang betul sahaja mungkin tidak menepati arahan soalan kerana ia juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk menghasilkan penyelesaian yang sempurna. Maka kebanyakan keseronokan tadi akan berubah apabila minat pelajar mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menghantui pelajar kepada bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. Minat di sini bermaksud tertarik kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Prestasi pelajar tahap dua juga kurang memuaskan berbanding dengan tahap satu pelajar tersebut. Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran mengingat akan memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah berayat dengan cara berikut: i. ii. iii. iv. v. Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan lebih dari satu langkah.

Semua itu memberi kesan kepada kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah. Masalah Matematik Masalah matematik perlu diselesaikan mengikut pendekatan yang terancang. Penyelesaian masalah dalam matematik adalah suatu situasi pembelajaran iaitu matlamat itu tercapai melalui suatu pemilihan proses dan pelaksanaan operasi tersebut. Untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid, guru perlu bijak memilih soalan menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap murid. Kejayaan murid menyelesaikan sesuatu masalah akan meningkatkan minat mereka untuk menyelesaikan masalah yang lain. Penyelesaian masalah menggunakan Model Polya. Polya(1973) dalam bukunya How to Solve It: Aspect of Mathematical Methode menyarankan bahawa dalam proses penyelesaian masalah matematik, murid harus mampu berfikir untuk memahami masalah, merancangkan penyelesaian,

menyelesaikan dan mengaitkan masalah yang sedang didapati dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dilalui sebelumnya. Langkah-langkah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menurut Polya adalah seperti berikut: 1. Mulakan di mana? Mula dengan apa yang diketahui. 2. Apakah yang boleh dibuat? Pandang masalah itu dari beberapa segi dan cari kaitan antaranya dengan pengalaman lalu. 3. Bagaimanakah satu idea menjadi berguna? Ia memberitahu bagaimana masalah itu dapat dimulakan serta diselesaikan. 4. Apakah yang dibuat dengan idea yang kurang lengkap. Pertimbangkan idea itu. Kalau ada kebaikan, pertimbangkan seterusnya, kalau tidak ketepikan sahaja. 5. Apakah faedah yang diperoleh jika perbuatan itu berulang? Kalau idea pertama tidak sesuai, fikirkan idea lain. Mungkin idea lain berupaya memberi penyelesaian kepada masalah. Walaupun kadang-kadang idea yang tidak sesuai memakan masa, tetapi memikirkan pelbagai idea merupakan aktiviti yang baik dan mesti digalakkan.

Untuk lebih jelas, Model Polya dilaksanakan dalam peringkat: i) Memahami soalan bermasalah murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah, perkaitan di antara item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab ii) Peringkat merancang strategi memilih operasi-opersi yang sesuai, menggunakan gambarajah, cara analogi, menggunakan kaedah uniter dan sebagainya. iii) Peringkat melaksanakan strategi menghuraikan langkah

penyelesaian secara sistematik untuk memndapat jawapan yang betul iv) Peringkat menyemak jawapan dan penyelesaiannya bmencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara songsang seperti jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab. Pengesanan Masalah Menggunakan Kaedah Newman Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi, iaitu menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol matematik. Cramer & Karnowski, 1995) mengungkapkan ; Childrens informal language can indicate a readiness to translate to formal abstract symbol.For example,when student can talks about their action with manipulatives or describe how problems can be solved with manipulatives or describes how story problems can be solved with manipulatives or pictures,they are ready to record their ideas with written symbols. Melalui kemahiran berbahasa dalam matematik murid atau pelajar akan berkomunikasi dengan matematik terutamanya dengan kurikulum matematik yang menjadi pilihan kepada abad ini dan abad yang mendatang.

Teori pembelajaran Konstruktivisme Menurut faham konstruktivis pengetahuan merupakan konstruksi (bentuk) dari orang yang mengenal sesuatu (skemata). Pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari guru kepada orang lain, kerana setiap orang mempunyai skema sendiri tentang apa yang diketahuinya. Pembentukan pengetahuan merupakan proses kognitif di mana terjadi proses asimilasi dan akomodasi untuk mencapai suatu keseimbangan sehingga terbentuk suatu skema yang baru. Seseorang yang belajar itu bererti membentuk pengertian atau pengetahuan secara aktif dan terus-menerus (Suparno, 1997). Konstruksi bererti bersifat membangun, dalam konteks falsafah pendidikan,

Konstruktivisme adalah suatu upaya membangun tata susunan hidup yang berbudaya moden. Konstruktivisme merupakan landasan berfikir pembelajaran kontekstual iaitu pengetahuan di bangun oleh manusia sedikit demi sedikit, yang hasilnya diperluas melalui konteks yang terbatas. Pengetahuan bukanlah seperti fakta-fakta, konsep, atau kaedah yang siap untuk di ambil dan di ingat. Manusia harus mengkonstruksi pengetahuan itu dan memberi makna melalui pengalaman nyata. Menurut

Mahmud (2001, dalam Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi, 2008 ), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna . Kaedah Konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, khususnya di sekolah menengah. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Manakala Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme

adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan pembelajaran bahawa sebagai pendidik proses cekap harus atau melaksanakan membina pengajaran dan

menyusun

pengalaman

secara

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Scaffolding Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan kesempatan untuk mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya (Slavin, 1997). Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar sendiri. Ini merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan. Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang lemah. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu is menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga Berjaya. Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu di capai. Sumbangan kedua ialah ia dapat mengembangkan prestasi dan zon perkembangan proksimal pelajar. Zon perkembangan proksimal yang disarankan oleh Vygotsky menghubungkan perbezaan antara apa yang boleh dipelajari oleh pelajar tanpa bantuan dengan apa yang boleh

dipelajari dengan bantuan guru atau rakan sebaya yang berkebolehan. Menurut Hartman (2002), tujuan guru mengajar berpandukan scaffolding adalah untuk pelajar menjadi seorang penyelesai masalah dan individu pembelajar yang bebas. Pendekatan ini mnejurus kepada konstruktivisme sosial yang disebut pendekatan konstruktivisme sosial. Pendekatan konstruktivisme sosial memandang kebenaran matematik tidak bersifat tepat dan mengidentifikasi matematik sebagai hasil dari pemecahan masalah dan pengajuan masalah (problem posing) oleh manusia (Ernest, 1991). Dalam pembelajaran matematik, Cobb, Yackel dan Wood (1992) menyebutnya

dengan konstruktivisme sosio (socio-constructivism), pelajar berinteraksi dengan guru, dengan pelajar lainnya dan berdasarkan pada pengalaman tidak formal pelajar mengembangkan strategi-strategi untuk memberi respon kepada masalah yang diberikan. Pendekatan ini sesuai dengan masalah pembelajaran yang di hadapi pelajar. Menurut Roslina Radzali (2007) kepercayaan pelajar yang naive tentang ciri penyelesaian masalah perlu diperbetulkan. Pelajar perlu diberi kesedaran, bimbingan dan pengalaman bahawa memahami konsep yang mendasari masalah adalah penting untuk berjaya dalam penyelesaian masalah matematik. Pelajar perlu diberikan pendedahan melalui latihan, supaya mereka melihat masalah yang

hendak diselesaikan dari sudut prinsip asasnya dan tidak melihat masalah secara permukaan. Kesedaran mesti diberikan kepada pelajar bahawa tidak ada satu prosedur khusus tertentu, langkah demi langkah yang boleh menyelesaikan semua masalah matematik. Oleh itu menyemai kepercayaan yang betul tentang ciri penyelesaian masalah matematik adalah penting. Pendedahan kepada pelajar bahawa penyelesaian masalah matematik adalah melalui kefahaman yang jelas terhadap situasi masalah yang hendak diselesaikan, membuat gambaran mental dan kemudiannya membina perwakilan bagi masalah tersebut, mesti diamalkan.

Pembelajaran Koperatif Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif. Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996). Pembelajaran koperatif memberi peluang

kepada murid untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara (Effandi, 2003). Bagaimanapun, kerja kumpulan haruslah terancang dan guru perlu banyak membantu. Guru tidak boleh membiarkan murid begitu sahaja. Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan.

Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran. Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajarpelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah (1) saling bergantung antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi secara bersemuka (3) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran koperatif, dan (5)pemprosesan kumpulan. PENUTUP Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang

menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987),

kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982), sesuatu pelajaran matematik yang baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta perbincangan antara pelajar itu sendiri. Di samping itu pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagai cara penyelesaian masalah matematik. Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan The Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran berbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan menyedari pelbagai permasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Menurut Webb (1989 dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof 2004), pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat perlu. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang berbincang dan bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.

RUJUKAN
Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon (2000). Sumbangan sikap terhadap matapelajaran matematik : sejauhmanakah hubungan ini relevan? . Fakulti Pendidikan, UTM. Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik: Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Cecil.D.M. (1997). Students With Learning Disabilities.Florida. Merrill Cherri Moseley. (2004).Number and Calculating. United Kingdom; Folens Publisher. Emma E. Holmes. Children Learning Mathematics A cognitive Approach to Teaching. United Stated of America;Prentice-Hall,INC. Noriati A. Rashid et al. (2009).Murid dan Alam Belajar .Kuala Lumpur; Oxford Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Pamela Cowan .(2006).Teaching Mathematics.Great Britain; Routledge Taylor & Francis Group. Thomas P. Carpenter et al. (1999). Childrens Mathematics Cognitively Guided Instruction. United Stated of America; Portsmouth,NH Hassan Mohd Ali ( 1996 ). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors. http://special.edschool.virginia.edu/information/ints/subtrac.html. September Diakses pada 2

2013.

http://www.as.wvu.edu/~acad/text/learning_disabilities.html. Diakses pada 2 September 2013.

Anda mungkin juga menyukai