Anda di halaman 1dari 11

Peranan yang perlu dimainkan oleh Kepemimpinan Sekolah ke arah melahirkan

Warga Sekolah yang Cemerlang dan Berprestasi Tinggi selaras dengan agenda
Transformasi Pendidikan Negara.

1.0

Pengenalan

Walaupun Nabi Muhammad (s.a.w) sudah lama meninggalkan umatnya, namun obor
kepemimpinannya tetap bersinar memberi cahaya kepimpinan kepada sesiapa sahaja yang
ingin kepada kesejahteraan. Nabi Muhammad (s.a.w) telah meninggalkan al-Quran sebagai
asas kepimpinan cemerlang dan sunnahnya yang menjadi bahan ikutan dan contoh teladan
kepada manusia sejagat.
Ringkasan Eksekutif Standard Kopetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia telah
menggariskan sembilan peranan dan tanggungjawab memimpin sesebuah sekolah kepada
pengetua untuk dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan sekolah. Di samping itu,
terdapat beberapa ciri kepimpinan yang memerlukan penghayatan oleh setiap pengetua
dalam usaha untuk menggembleng setiap warga sekolah dan sumber yang ada untuk
memacu mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Melalui adunan peranan dan kepimpinan
inilah pengetua dapat merealisasikan segala visi dan misi ke arah kecemerlangan dalam
setiap bidang, di dalam persekitaran kerja yang harmoni, dan merangsang setiap warga
meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja dan hasil. Dalam penulisan ini, penulis
membincangkan lima daripada sembilan peranan dan tanggungjawab atau kemahiran yang
harus dilaksanakan oleh pengetua untuk memastikan kecemerlangan sekolah. Melalui
analisis secara kritikal dan analitikal, penulis berpendapat bahawa semua tugas dan
peranan tersebut haruslah dilaksanakan dengan serentak dan secara cemerlang oleh
semua pengetua tidak kira di tahap mana sekali sekolah mereka kerana ia akan
memberikan kesan yang hebat dalam kejayaan sesebuah sekolah. Penulis merumuskan
perbincangan dengan menegaskan bahawa peranan pengetua amat penting dan menjadi
penentu utama terhadap terhadap kecemerlangan sekolah. Penulis juga mengungkapkan
bagaimana pengetua menggunakan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan peranan
dan kepimpinan ini untuk melaksanakan beberapa tindakan dalam mengubah persepsi dan
pemikiran setiap warga sekolah ke arah kecemerlangan.

1.1

Pendahuluan

Kepemimpinan ialah kata terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau
tunjuk.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), kepimpinan membawa erti

keupayaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya


seseorang pemimpin.
Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi
orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Organisasi yang
berjaya dapat dibezakan dengan organisasi yang tidak berjaya bergantung kepada gaya
kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan
yang berwibawa.
Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd. Karim, 1989).
Atan Long dalam kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah mempunyai kejayaan
yang tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang berkesan.
Menurut Prof. Datuk Dr. Ahmad Zainuddin, Pengarah UNISEL, Shah Alam,
kepemimpinan unik seorang pemimpin yang baik merangkumi kebolehan memberikan hala
tuju yang jelas, menggalakkan organisasi supaya cenderung kepada pendidikan, memacu
organisasi

supaya

percambahan ilmu.

lebih

berkesan

dan

berkeperibadian

yang

menyokong

usaha

Beliau menjelaskan, faktor kritikal yang menentukan pencapaian

cemerlang organisasi adalah pengurusan yang baik dan kepemimpinan strategik.


Kepimpinan pengetua yang berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh ubah
kepada kejayaan sesebuah sekolah. Pengetua memainkan peranan yang penting sebagai
pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas tentang organisasi dan kakitangannya.
Pengetua perlu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang
berkesan, berpengalaman dn proaktif di pelbagai peringkat. Pengetua yang mempunyai ciriciri sedemikian dapat mengatasi perbezaan antara kakitangan dengan bijak menerusi
perbincangan yang telus dan ada permuafakatan, sekali gus mencari kaedah dan
pendekatan kerjasama yang jelas serta kukuh.
Menurut Husin (1993), dalam buku Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, ada
empat peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan perubahan sikap
kakitangan iaitu, mempunyai kemahiran teknikal, pemimpin berperanan sebagai jurutera
manusia, pemimpin simbolik dan pemimpin budaya.
Kim dan Maubourgne (1992) pula mendefinisikan kepemimpinan sebagai kebolehan
seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan
manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Tambahan pula,

kepemimpinan merupakan keupayaan unruk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan


dan pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya (Leithwood & Janti, 1999).
Negara kita Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran pendidikan secara
sentralisasi, dasar dan hala tuju secara menyeluruh pendidikan negara telah pun ditetapkan
oleh

KementerianPelajaran

Malaysia,

dan

sekolah-sekolah

di

seluruh

negara

dipertanggungjawabkan untukmelaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Oleh yang


demikian, berjaya atau gagalnya sesuatu dasar kerajaan tersangat bergantung kepada
keberkesanan kepemimpinan pengetua atauguru besar di peringkat sekolah dan institusi
pendidikan di seluruh negara. Menurut pendapat Bass (1990) pemimpin yang berwibawa
adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.
Banyak langkah telah pun diambil oleh kerajaan dan Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan negara supaya tercapainya
hasrat kerajaanuntuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
(Center for academicexcellence) di rantau Asia dan juga di peringkat kebangsaan pada
abad ke-21. Kita tidak dapat menafikan kebenaran bahawa, hanya menerusi peningkatan
pendidikan negara kita ke taraf duniayang dapat kita menjana pembangunan sumber
manusia negara kita dari segi kuantiti dan kualiti dan seterusnya merealisasikan impian
untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuahnegara maju pada tahun 2020 seperti
yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis
Perdagangan Malaysia pada 28 Februari, 1991.
Pengumuman Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada tahun 2007
pula bermatlamat untuk menyediakan seluas-luas akses, meningkatkan ekuiti serta
memastikan pendidikan berkualitidinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Dalam pelancaran Enam teras bidang keberhasilan utama negara (NKRA) oleh
Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya (Bernama, 27 Julai 2009)
tetap memberikeutamaan dalam bidang pendidikan berkualiti. Empat sub-NKRA. iaitu
memperluas danmemantapkan pendidikan prasekolah, meningkat kadar literasi dan
numerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi dan mengiktiraf pengetua dan guru besar
yang menunjukkan prestasicemerlang. Dalam pemilihan sekolah berprestasi tinggi (SBT),
sumbangan dan kepimpinan pengetua atau guru besar yang berjaya melonjakkan
kecemerlangan sekolahnya sehingga terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi diberi
ganjaran dan pengiktirafan.
Pengetua merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong
dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti

kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah
bagi melahirkan generasi berkualiti. Demi keberkesanan pelaksanaan segala dasar
pendidikan secara efektif dan inovatif di peringkat sekolah kita memerlukan kepimpinan
pengetua yang berkesan. Pengetua haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani
melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan
dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan
pencapaian sekolahnya ke peringkat yang paling gemilang. Hussein Mahmood (1993) dan
Edmonds (1979) berpendapat bahawa, kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan
pengetua atau guru besar. Ini bermakna bahawa, pengetua atau guru besar haruslah
mempunyai pelbagai kebolehan, selain daripada memiliki kebolehan mengajar yang dapat
menjadi teladan dan rujukan kepada para guru, beliau juga harus berkebolehan untuk
menginterpretasikan

perubahan

dalam

sekolah,

berkemahiran

menggunakan gaya

kepimpinan yang bersesuai dan tepat pada situasi yang berlainan, mampu memotivasikan
guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited dengan segala urusan dan
aktiviti di sekolah.
Menurut Jemaah Nazir Sekolah 2003 dalam kajian kepimpinan di sekolah berkesan
Semenanjung Malaysia, didapati pemimpin sekolah yang berkesan memberi perhatian yang
berat terhadap aspek-aspek kepimpinan seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir,
permuafakatan,

motivasi

dan

dorongan,

kepimpinan

kurikulum

dan

pengupayaan

kepimpinan di tempat kerja. Berdasarkan kepada dapatan berkenaan, maka aspek-aspek


tersebut telah ditetapkan sebagai indikator prestasi oleh Nazir Sekolah untuk mengukur
keberkesanan kepimpinan di sekolah.
Di samping itu, pengetua harus juga berupaya memperolehi kerjasama yang erat
dari komuniti tempatan dalam usaha membangunkan dan membina suasana sekolah yang
konduksif untuk aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dalam usaha pembentukan
pelajar, modal insan kelas pertama di bangku sekolah. Dalam penentuan keberkesanan dan
kejayaan sesebuah sekolah kepimpinan pengetualah yang selalu dijadikan fokus utama oleh
masyarakat. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa, ibu bapa menaruh
kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan
yang tinggi pada kepimpinan pengetua.
Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai lagi unsur yang turut menyumbang
kepada kejayaan sesebuah sekolah. Menurut pendapat Fred Fiedler (1967), kepimpinan
melibatkan interaksi antara tiga unsur, iaitu pemimpin, pengikut dan situasi. Ketiga-tiga
unsur, sama ada kepemimpinan pengetua sendiri atau pun guru sebagai pengikut akan
menghasilkan impaknya yang berlainan pada situasi atau sekolah yang berlainan. Maka

ketiga-tiga unsur, kepimpinan pengetua, guru serta pengamalan faktor kepimpinan dalam
pelbagai aspek yang mempengaruhi keberkesanan sekolah harus diberi perhatian serius
Cabaran terbesar pengetua di sekolah adalah untuk memastikan organisasi sekolah
dapat berjalan dengan efisien, efektif dan cemerlang. Lanjutan daripada itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB), telah menggariskan 9
tugas dan peranan yang perlu dikuasai oleh setiap pengetua untuk melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran menangani dunia pendidikan bagi melahirkan
pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan/ sekolah cemerlang (IAB,2006). 9 Standard
Kompetensi tersebut adalah:,Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan
Kurikulum, Pengurusan Ko-Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan
Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan
Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan
Luar. Ternyata peri pentingnya kepimpinan pengetua dalam menjana kecemerlangan
sesebuah sekolah. Pengetua sebagai peneraju utama sekolah menjadi penentu kepada
kejayaan setiap perancangan danmenggerakkan setiap warga sekolah ke arah pencapaian
visi yang seterusnya mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang.

2.0

Peranan yang Perlu dimainkan oleh Kepemimpinan Sekolah


Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan

ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu
kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan
dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan
atau cemerlang.
Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang
perlu dimiliki oleh pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang
berwawasan.
Pengetua perlu mempunyai visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai
sekolah cemerlang. Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk
melahirkan pelajar yang holistik iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta
bersedia menghadapi sebarang persaingan dan cabaran.
Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah
mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga
perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar
negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelan dan garis panduan
tertentu untuk dilaksanakan oleh semua sekolah.
Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan
dasar-dasar yang telah disediakan, keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada
tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh pengetua berkenaan. Di sinilah
letaknya perbezaan antara seorang pengetua dengan yang lain.
Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi,
bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu
yang mudah untuk mentadbir ratusan orang guru dan beribu bilangan pelajar di sesebuah
sekolah.
Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian
perancangan yang rapi dan ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala
masalah dan halangan dapat diatasi dengan mudah.
Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua
melaksanakan tugas dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan
menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya
supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan kata lain pemimpin yang
berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan menggunakan pelbagai stail kepimpinan
mengikut situasi dan keadaan.
Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar
secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru
merupakan aset penting kepada sekolah.
Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka
melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang
telah disediakan. Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan
ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan seperti majlis
jamuan makan malam, gotong royong atau solat hajat.
Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui
perkongsian pintar dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.
Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar
kerajaan khususnya dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab
dan sedia menghadapi cabaran masa depan.

3.0

Peranan Kepimpinan dalam Kecemerlangan di Sekolah


Peranan pengetua dalam menjamin kecemerlangan sesebuah sekolah,sebenarnya

telah dititipkan oleh Kementerian melalui Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah


Malaysia yang menggariskan sembilan kemahiran yang menjadi KPI kepada kejayaan
seseorang pengetua mampu memimpin sekolah menjadi sekolah cemerlang. Walau
bagaimanapun, bagi tujuan perbincangan ini, penulis akan hanya membincangkan empat
peranan seperti berikut;

3.1

Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi

Kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi bermaksud kejayaan


pengetua menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi danmembentuk halatuju
organisasi, mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan membawa perubahan
serta kualiti peribadi dan professional.
Pengetua

haruslah

mampu

menterjemahkan

dasar

kerajaan,

menerapkan

pengurusan organisasi berkesan, menjana visi dan misi sekolah, menggunakanmaklumat


dan pendekatan terkini, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat,melaksanakan
perubahan dan menjalankan penilaian dan penambahbaikan.Di sekolah penulis, guru besar
seringkali menegaskan setiap staf untuk mengamalkan nilai-nilai murni di dalam
perkhidmatan seperti berazam meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh
tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh
muhibbah dan kemesraan danberpegang teguh kepada ajaran agama. Guru besar turut
membawa

pendekatan

mengingatkan

semua

keislaman
warga

di

sekolah

dalam
agar

pentadbiran.
melaksanakan

Guru

besar

tugas

seringkali

sebagai

satu

tanggungjawab dan ibadah serta amanah yang akan dituntut oleh Allah. Mereka juga
diingatkan supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi dan mestilah menunjukkan
kesyukuran itu dengan bekerja bersungguh-sungguh, penuh ikhlas dan sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah. Mereka juga diingatkan akan tujuan kita bekerja adalah
untuk mencari rezeki yang halal untuk kita berikan kepada anak isteri. Pentadbiran secara
telus dan tegas sentiasa diterapkan di dalam pentadbiran sekolah. Guru-guru dan staf
diberikan empowerment untukmelaksanakan tugas agar mereka berupaya membuat
keputusan dan berani terutamanya di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan
ko-kurikulum serta sahsiah pelajar. Melalui dasar mesra dan terbuka, setiap orang
digalakkan memberikan pandangan dan idea untuk memajukan sekolah. Pada peringkat
awalnya memang ada pihak-pihak yang berasa tidak selesa. Ada sebahagiannya sudah
selesa dengan budaya ikut saja arahan yang diamalkan sebelumnya. Mesyuarat hanyalah
sekadar menerima arahan dan tiada ruang perbincangan. Guru besar seringkali

menasihatkan pentadbirpentadbir lain di sekolah supaya mengamalkan dasar terbuka,


mesra dan telus dalam bekerja. Kesannya ialah hubungan sesama guru semakin rapat dan
setiap orang telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Tidak berlaku lagi masalah ponteng
kerja atau balik awal terutamanya di kalangan pekerja bawahan. Mereka juga sudah
mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan dan sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan
prestasi. Guru besar tidak perlu lagi memberikan arahan yang yang banyak kerana semua
telah faham akan tugas yang sepatutnya mereka laksanakan.

3.2

Kecemerlangan Kurikulum

Kecemerlangan kurikulum ini membawa maksud kepada peranan guru besar dalam
menggerakkan

segala

sumber

untuk

menyokong

pelaksanaan pembelajaran

dan

pemudahcaraan yang berkesan bagi memastikan kejayaan muridnya. Kesan kejayaan


seringkali dikaitkan dengan peningkatan pencapaian di dalam peperiksaan awam dan juga
kemampuan pelajar menguasai semua kemahiran yang sepatutnya dikuasai pelajar di
dalam tempoh pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, peranan guru besar dalam
menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang cemerlang hendaklah memberi penekanan
terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik, menyusun dan menetapkan strategi
pengajaran, menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklimsekolah), kerap
menilai pencapaian akademik pelajar, menyelaras program pengajaran; dan membantu dan
memberi semangat kepada para guru. Sebagai contohnya di sekolah penulis menghadapi
masalah berkaitan tahap keinginan belajar yang rendah di kalangan pelajar. Ramai pelajar
yang kurang berminat untukbelajar dan tiada semangat berlumba-lumba untuk mengejar
kejayaan. Akibatnya tahap pencapaian akademik berada pada tahap sederhana. Kejadian
ponteng menjadi suatu yang lumrah sehingga kadangkala menjadikan sebahagian guru
kecewa. Guru besar telah mengemukakan suatu program iaitu, Program Menjana
Kecemerlangan Akademik telah dilaksanakan untuk mempertingkat pencapaian pelajar
dalam UPSR. Sasaran untuk mengatasi pencapaian tahun sebelumnya disandarkan kepada
beberapa kumpulan pelajar yang akan dipantau pencapaiannya oleh mentor yang terdiri
daripada para guru. Mereka akan menyemak latihan pelajar kumpulan elit melalui program
bekalan buku latihan pada

setiap minggu. Setiap minggu guru besar bersama dengan

beberapa orang guru akan bersama-sama membaca yasin, bersolat hajat dan solat dhuha
pada setiap pagi Jumaat. Setiap kali itu juga guru besar akan memberi motivasi mingguan
untuk merangsang para pelajar supaya sentiasa berjuang untuk mencapai kecemerlangan.
Untuk merangsang kecemerlangan pelajar ini, program Skor A-Jasamu DiKenang juga
telah dilaksanakan. Melalui program ini, setiap pelajar yang mencapai gred A dalam setiap
ujian bulanan dan mengekalkan pencapaian mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun serta percubaan, akan diberikan ganjaran baucer bernilai RM5.00 dan

RM10.00. Pelajar juga ditawarkan ganjaran RM10 bagi setiap A dalam UPSR. Berkat usaha
para guru dan semua pelajar ini juga, pencapaian UPSR telah mencatat peningkatan
pencapaian iaitu daripada GPS 2.97 kepada 2.50.

3.3

Kecemerlangan Kokurikulum

Kecemerlangan ko-kurikulum adalah bermaksud, guru besar mampu meningkatkan


penglibatan para pelajar di dalam setiap bidang ko-kurikulum di samping dapat mencipta
kejayaan dalam permainan, kelab dan bidang beruniform yang disertai. Dari segi
penglibatan, sasarannya adalah setiap pelajar terlibat di dalam setiap aktiviti ko-kurikulum di
sekolah. Di samping itu, sekolah juga haruslah mampu membentuk watak sekolah melalui
program ko-kurikulum ini. Bidang ko-kurikulum ini mempunyai peranan yang penting di
dalam pembentuk modal insanyang berguna. Melaluinya pelajar didedahkan kepada
kepimpinan, akhlak dankepatuhan kepada disiplin, semangat kekitaan, kesediaan bertolak
ansur dan saling tolong-menolong dan berdikari. Kecemerlangan insan yang dilahirkan
melalui aktiviti ini, sudah pastilah akan melahirkan modal insan yang tahan menempuh
cabaran dan seterusnya sihat mindanya. Di sekolah penulis, sukan bola tampar telah dipilih
untuk menjadi watak bagi sekolah ini. Ketika penulis sampai di sekolah ini pada 2002 lalu,
kemudahan dan pencapaian bola tampar sekolah adalah sederhana. Terdapat banyak
kekurangan kemudahan peralatan dan motivasi kepada para atlit. Ramai ibu bapa yang
kurang menyokong penyertaan anak mereka dalam bidang ini kerana beranggapan anak
mereka akan gagal di dalam peperiksaan dan tidak mempunyai masa depan di dalam sukan
permainan. Bagi mengatasi masalah ini, guru besar telah berbincang dengan jawatankuasa
permainan sekolah dan telah mengambil beberapa langkah untukmeningkatkan pencapaian.
Untuk merangsang kecemerlangan mereka, satu skim yang dikenali sebagai skim insentif
olahraga telah dilancarkan.Melalui skim ini setiap pingat yang digondol akan ditawarkan
hadiah baucer RM10, RM20 dan seterusnya mengikut pencapaian pada tahap tertinggi.
Alhamdulillah, sejak tahun 2006 hingga sekarang sekolah penulis telah berjaya menjadi
johan di peringkat daerah dan beberapa orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan.

3.4

Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kecemerlangan pengurusan hal ehwal murid bermaksud guru besar berperanan


memastikan pengurusan berasaskan prinsip dan peraturan, melaksanakan strategi
peningkatan prestasi hal ehwal murid, aktiviti 3K, menangani konflik hubungan gurumurid,
menangani masalah disiplin dan meningkatkan sahsiah murid. Para guru diminta untuk
memastikan kebajikan pelajar dijaga, hak-hak setiap pelajar dipelihara dan sahsiah mereka
dibangunkan untuk menjadi insan yang sempurna. Guru besar dan guru juga harus menjadi

model serta ikutan pelajar dengan menunjukkan keperibadian yang mulia. Pelajar perlu
didedahkan dengan akhlak mulia dan hidup berpandukan kepada agama. Konsep
Sekolahku Rumahku harus menjadi panduan guru-guru. Kasih sayang dan layanan
sebagai anak yang memerlukan kasih sayang dan bimbingan harus sentiasa ada di jiwa
setiap guru bagi menjamin keselesaan pelajar di sekolah. Pelajar yang dididik dengan
akhlak mulia sudah pasti akan menjadi insan berguna di dalam masyarakat. Di sekolah
penulis, usaha pembentukan sahsiah pelajar ke arah sahsiah lslam telah dilaksanakan
melalui Program Jati diri Islam. Melalui program ini budaya lslam diamalkan seperti
memperdengarkan bacaan Al-Quran dan zikir pada waktu rehat dan balik. Pelajar
digalakkan membaca doa sebelum memulakan pelajaran dan bersalam dengan guru
sebelum balik. Pelajar dan guru juga digalakkan bersolat jemaah pada waktu Zohor sebelum
balik. Pelajar juga dilatih untuk menjadi imam. Guru besar kerapkali menerangkan kepada
guru-guru dan pelajar akan peri pentingnya disiplin di dalam mencapai kejayaan dalam
setiap bidang. Guru-guru disedarkan akan tanggungjawab membentuk pelajar bukan hanya
di bidang akademik, bahkan displin dan sahsiah juga menjadi tanggujawab semua. Saranan
ini diterima baik oleh setiap guru tanpa halangan. Ibu bapa juga memberi sokongan dan
berasa puas hati dengan perubahan kepada diri anak-anak mereka yang kini semakin
menuju ke arah kebaikan.

4.0

Rumusan

Kecemerlangan di dalam setiap aspek yang dibincangkan di atas walaupun nampak


terpisah, hakikatnya adalah ia saling berkaitan. Kejayaan seseorang pengetua untuk
menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang, bergantung kepada kejayaannya
melaksanakan semua peranan tersebut dengan cemerlang. Oleh itu, berdasarkan prinsip
sekolah cemerlang, kejayaan di dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang di dalam
akademiknya juga tidak dapat diterima , jika pelajar yang terhasil itu tidak sempurna akhlak
dan keimanannya, tidak mampu menjadi
negara seperti mana hasrat

modal insan sempurna untuk kecemerlangan

kementerian melalui falsafah pendidikan yang menyatakan

pendidikan di Malaysia bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelektual (JERI). Semua ini menuntut peranan pengetua sebagai
pemimpin untukmengembleng seluruh tenaga dengan sokongan semua pihak untuk
mencapai hasrat di atas. Jika gagal, maka seluruh sekolah akan gagal, masyarakat dan
negara akan kecewa dan hasrat Wawasan 2020 akan gagal.

5.0

Penutup

Akhirnya, segala hasrat negara untuk menjadi negara maju tidak akan tercapai jika
para pengetua yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat negara gagal
untuk melaksanakannya. Pengetua adalah nakhoda yang memandu bahtera ke destinasi
yang dituju. Gagal nakhoda sudah pasti kapal tidak akan sampai ke destinasi dicita, malah
lebih parah jika silap perhitungan akan karam di lautan dengan segala muatan dan
penumpangnya. Kecemerlangan pengetuasebagai pemimpin amat dituntut agar boleh
menjadi suri teladan seperti mana hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud; Siapa yang
memberi contoh teladan, maka dia akan mendapat pahala dan pahala orang-orang yang
meniru perbuatannya hingga ke hari kiamat.

Anda mungkin juga menyukai