Anda di halaman 1dari 7

BOLA JARING

1.0

PERATURAN
1.1

Peraturan ini disediakan khas untuk Pertandingan Bola Jaring MSSIK-YTP


dan undang-undang ini dirujuk dari MSSPP.

1.2

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan


Bola Jaring MSSIK-YTP, Negeri Pulau Pinang adalah muktamad.

1.3

Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara Malaysia adalah layak
mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

2.0

PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan dari SERI dan SEMI di
bawah kelolaan Yayasan Takmir Pendidikan. Penyertaan hendaklah dibuat
melalui sekolah masing-masing.
2.2 Setiap Kontinjen hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan wanita yang terdiri
daripada :
PengurusPasukan
- 1orang
Jurulatihpasukan
- 1 orang
Atlet
- 10 orang (7 + 3 = 10 )
Jumlah
- 12 orang

3.0

KELAYAKAN PESERTA
3.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 2001 dan bagi SERI dan pada dan
selepasnya bagi SEMI sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.
3.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Kad Pengenalan
atau surat beranak yang disahkan oleh Guru Besar/Pengetua bagi setiap peserta
bersama dengan borang pendaftaran peserta dihantar semasa pendaftaran.
3.3

3.4

Peserta-peserta gentian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran


/semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan akan dikenakan yuran pendaftaran
sebanyak RM10.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada
peserta yang telah didaftarkan sahaja. Yuran pendaftaran peserta yang telah
diganti itu tidak akan dikembalikan.
Taraf permastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9.

4.0

SISTEM PERTANDINGAN
4.1
4.2
4.3

5.0

Pertandingan pusingan awal akan dijalankan secara liga.


Setiap pasukan bermain lebih dari satu perlawanan dalam sehari maka masa
rehat selama 15minit akan diberi di antara perlawanan tersebut.
Undian akan dijalankan dalam mesyuarat induk terakhir ihtifal (sukan)
Kebangsaan SERI dan SEMI kali ke -12.

MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN


SISTEM LIGA
5.1

Cara memberi mata :


Menang
-3 mata
Seri
-1 mata
Kalah
-0 mata

5.2

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama. Pemenang
akan ditentukan seperti berikut :
5.2.1 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol
dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
5.2.2 Jika purata gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL, iaitu jumlah gol dijaringkan tolak jumlah gol yang
kena.

5.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka keputusan yang menjaringkan gol
terbanyak diisytiharkan sebagai pemenang.
5.3

Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika


keputusannya berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut:
5.3.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama
dua(2) minit.

5.3.2 Masa tambahan selama dua (2)x tujuh (5) minit setiap bahagian akan
dijalankan.
5.3.3 Pasukan bertukar kawasan gol dan perlawanan dimulakan semula oleh
pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya.
5.3.4 Pasukan bertukar kawasan gol di separuh masa tanpa rehat.
5.3.5 Sekiranya berlaku seri di masa tambahan, permainan akan diteruskan
sehingga satu pasukan mendapat dua kelebihan gol.
6.0

7.0

KELEWATAN
6.1

Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas
masa itu sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima(5)
orang pemain, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada
pertandingan.

6.2

Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10)


minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana kumpulan yang
gagal berada di gelanggang lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan
sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan dengan 15-0 (kelewatan atas budi bicara).

TEMPOH PERLAWANAN
7.1
7.2

8.0

Masa bermain ialah 20 minit iaitu 10 minit bagi setiap separuh masa dengan
3minit masa rehat di antaranya (SEMI).
Masa bermain ialah 14 minit iaitu 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 3
minit masa rehat di antaranya (SERI).

PERTUKARAN PEMAIN
8.1

Pemain yang mengalami kecederaan dan tidak menyambung permainan,


permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk menetukan samada pemain itu
boleh meneruskan permainannya.

9.0

8.2

Pemain yang sakit dan cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas
waktu rehat separuh masa.

8.3

Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain
yang telah mengambil kedudukan lewat itu.

8.4

Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan


dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

PAKAIAN PESERTA
Pakaian umum peserta mestilah bersesuaian dengan acara ini bagi wanita muslimah
dengan menutup aurat. Selainnya ialah :
9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan
warna yang sama.
9.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna.
9.3 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan
pertukaran bib akan dijalankan secara lambungan duit.

10.0 MENARIK DIRI


10.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap
menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak
dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.
10.2 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diriakan diambil tindakan
oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal MSSK-YTP.
11.0 PENANGGUHAN
11.1

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan


seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang becak, cuaca gelap dan
sebagainya, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan
Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

11.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :


11.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka
perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.
11.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang lain, maka
perlawanan hendaklah dimulakan semula.
11.2.3Jawatankuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau
mengubah jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu
memberitahu atau diputuskan secara serta merta.
11.2.4 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Bola Jaring MSSK-YTP, 2015
akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.

12.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN


12.1 MSSK-YTP Negeri Pulau Pinang 2015 akan melantik pengadil-pengadil
Bertauliah sepanjang kejohanan berlangsung.
12.2 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.
13.0 RAYUAN
13.1Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan
secara bertulis kepada Pengurus Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat dari tiga
puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
13.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan wang tunai sebanyak RM200.00 tunai.
13.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu
didapati tidak wajar.
14.0 TINDAKAN TATATERTIB
14.1 Jawatankuasa Bantahan /tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan
untuk membuat sesuatu keputusan.
14.2 Seorang pemain yang diarah keluar gelanggang dan tidak dibenarkan
meneruskan permainan adalah dengan sendiri digantung bermain dalam

perlawanan berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil


sendiri tindakan yang sewajarnya.
15.0 HADIAH
15.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :
Johan (Beserta Piala Pusingan)
Naib Johan
Tempat Ketiga

Anda mungkin juga menyukai