Anda di halaman 1dari 6

FUTSAL

1.0

PERATURAN
1.1

Peraturan ini disediakan khas untuk pertandingan Futsal MSSIK-YTP, Pulau


Pinang 2015.

1.2

Kesemua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Dan


Pertandingan Futsal MSSIK-YTP, Pulau Pinang 2015 adalah muktamad.

1.3

Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara Malaysia adalah
layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

2.0

PENYERTAAN
2.1

Penyertaan terbuka kepada semua pasukan dari SERI dan SEMI di bawah
kelolaan Yayasan Takmir Pendidikan. Penyertaan hendaklah dibuat melalui
sekolah masing-masing.

2.2

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan sahaja untuk setiap
kategori yang terdiri daripada lapan(8) orang pemain (lima (5) pemain utama
dan tiga (3) simpanan)

2.3

Penyertaan dibuka untuk dua kategori:


2.3.1 SERI
2.3.2 SEMI (Menengah Rendah)

3.0

KELAYAKAN PEMAIN
3.1

Hanya peserta yang lahir pada tahun berikut:


3.1.1 Kategori SERI : lahir tahun 2003 dan selepasnya
3.1.2 Kategori SEMI : lahir tahun 2000 dan selepasnya

3.2

Mengemukan kan satu salinan surat beranak(untuk kategori SERI) atau kad
pengenalan (untuk kategori SEMI) yang telah disahkan bersama borang
pendaftaran semasa pendaftaran dilakukan.

3.3

Telah membayar yuran pendaftaran mengikut jumlah yang ditentukan oleh


penganjur.

3.4

Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran pemain sahaja yang
boleh mengambil bahagian dalam perlawanan ini.

4.0

SISTEM PERTANDINGAN
4.1

Sistem pertandingan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.2

Untuk perlawanan kalah mati, pasukan yang menang pada setiap perlawanan
layak untuk ke peringkat seterusnya hinggalah ke peringkat akhir.

4.3

Pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan. Juara ditentukan


berdasarkan jumlah mata yang tertinggi setelah semua permainan tamat. Jika
terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata yang
sama,kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan kedudukan
teratasberdasarkan hierarki berikut:
1) Perbezaan bilangan gol,
2) Jumlah jaringan gol,
3) Pasukan yang pernah mengalahkan lawan
4) Undian

4.4

Untuk kategori SERI, satu pasukan yang mengumpul mata tertinggi setiap
kumpulan adalah layak ke peringkat seterusnya. Jika terdapat seri di peringkat
akhir, maka sepakan dari tanda penalti sebanyak 3 sepakan akan dilakukan.
Jika seri juga maka sepakan sudden death akan dilakukan sehingga
mendapat keputusan.

4.4
4.6

Pemberian mata liga ialah :Menang : 3 mata, Seri : 1 mata, Kalah : 0 mata
Masa bagi perlawanan Futsal (SERI) adalah seperti berikut:
Separuh masa: 5 minit
Masa berehat separuh masa : tidak melebihi 2 minit

4.7

Masa bagi perlawanan Futsal (SEMI) adalah seperti berikut:


Separuh masa: 7 minit
Masa berehat separuh masa : tidak melebihi 2 minit

5.0

PERTUKARAN PEMAIN
5.1

Tiada had penukaran pemain pada setiap perlawanan. Pemain yang


digantikan boleh masuk kembali untuk bermain.

5.2

Pertukaran boleh dilakukan pada bila-bila masa.

6.0

KEMENANGAN PERCUMA
Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :6.1

Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam senarai nama pemain

6.2

Gagal berada di gelangan selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam

6.3

Gagal menyediakan sekurang-kurangnya lima (5) pemain.

6.4

Menarik diri atau tidak mahu meneruskan perlawanan.

6.5

Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan
kiraan jaringan 5-0.

6.6

Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma


kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan
tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan
sebelumnya dibatalkan.

7.0

PERATURAN AM DAN TINDAKAN TATATERTIB


7.1

Pasukan yang bertanding digalakkan menyediakan dua (2) set jersi yang
mempunyai nombor masing-masing dan berwarna yang berlainan iaitu untuk
jersi utama dan jersi simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang bertanding
memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya tercatit kedua
dalam senarai jadual perlawanan akan menukarkan jersinya. Penjaga gol
semasa bermain dalam perlawanan akan memakai warna yang berbeza
daripada kedua-dua pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada
Pengadil.

7.2

Semua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dengan stoking panjang dan
pemain akan diberi amaran serta tidak dibenarkan bermain didalam
perlawanan tersebut. Kesalahan yang berulang kali akan menyebabkan pasukan
itu disingkir daripada liga.

7.3

Hanya jersi bernombor sahaja dibenarkan.

7.4

Setiap pemain hendaklah berpakaian yang menutup aurat ketika perlawanan


dijalankan. Sebarang pengiklanan rokok, minuman keras, atau lambang/ tulisan
parti politik adalah tidak dibenarkan.

7.5

Diwajibkan memakai kasut futsal, penahan keting (shin pad), seluar track, atau
seluar pendek dengan thigh mengikut warna seluar.

7.6

Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan, dan sekiranya diganti,


hendaklah memberikannya kepada pemain yang lain.

7.7

Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu
(1) perlawanan berikutnya.

7.8

Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan
satu (1) kad merah dalam satu (1) perlawanan dan diperintahkan keluar
padang, pemain tersebut tidak boleh bermain dalam satu (1) perlawanan
berikutnya.

7.9

Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang
dalam satu (1) perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam
satu (1) perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

7.10 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan
ini dijalankan.
7.11 Jika tidak disebut di dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat
persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolesapak Malaysia
(FAM) hendaklah digunakan.

8.0

PENGADILAN
Jawatankuasa Pengelola MSSIK-YTP, Seremban 2013 akan menyediakan pengadil
yang bertauliah. Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.

9.0

JADUAL PERLAWANAN
9.1

JawatankuasaTeknikal Dan Pertandingan Futsal


akanmenyediakanjadualpertandinganmengikutkesesuaiandanpersetujuanpen
gelola.

9.2

Sekiranyapengadilberpendapatbahawapadangtidaksesuaidisebabkanolehcuac
aatauhal-hal yang tidakdapatdielakkan,

makakeputuisantentangperlawanansemulaakanditentukanolehjawatankuasap
engelola.

10.0

BANTAHAN DAN RAYUAN


9.1

Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah
dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa

Pertandingan

dan

hendaklah diserahkan dalam masa 15 minit selepas tamat perlawanan


berkenaan

dengan disertakan wang tunai sebanyak

RM 200

tunaisebagai deposit.
9.2

Bantahan

tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai

perkara-

perkara fakta yang diputuskan oleh pengadil di gelanggang permainan.


9.3

Jika mana-mana

pasukan

yang didapati melanggar

syarat dan

peraturan yang telah ditetapkan, penyertaan pasukan berkenaan akan


terbatal.

11.0

HADIAH-HADIAH
Pingat kemenangan akan disediakan bagi pasukan yang mendapat Johan, Naib Johan
dan Ketiga.

Anda mungkin juga menyukai