Anda di halaman 1dari 8

MEMANAH

1.0

PERATURAN

1.1

Peraturan ini disediakan khas untuk Pertandingan Memanah MSSIKYTP, PULAU PINANG 2015.

1.2

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan


Pertandingan Memanah MSSIK-YTP, PULAU PINANG 2015adalah
muktamad.

1.3

Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara Malaysia


adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

2.0

PENYERTAAN

2.1

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan daripada Sekolah


Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Rendah Islam (SEMI)
di bawah kelolaanYayasanTakmir Pendidikan. Penyertaan hendaklah
dibuat melalui sekolah masing-masing.

2.2

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar maksimum empat (4) orang


pemanah mengikut ketetapan berikut :
a. Lelaki (SERI)

1 orang

b. Lelaki (SEMI)

1 orang

c. Perempuan (SERI)

1 orang

d. Perempuan (SEMI)

1 orang

3.0

KELAYAKAN PESERTA

3.1

Peserta dalam kategori SEMI mestilah berumur 15 tahun pada tahun


pertandingan iaitu dilahirkan pada atau selepas tahun 2000. Sementara
bagi kategori SERI, peserta mestilah berumur 12 tahun pada atau
selepas tahun 2003.

3.2

Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Kad


Pengenalan atau surat beranak yang disahkan bagi setiap peserta
bersama dengan boring pendaftaran dihantar semasa pendaftaran
dilakukan. Peserta hendaklah membawa bersama kad pengenalan
asal.

3.3

Taraf permastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am


Perkara 21.9.

4.0

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
4.1

Pertandingan akan dijalan berpandukan undang-undang FITA dan


peraturan am MSSM.

5.0

JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan selama 5 jam.
Semua kategori adalah single FITA.
Latihan rasmi (sighters) akan dijalankan pada pagi hari pertandingan untuk
semua jarak yang dipertandingkan.
5.1

Lelaki Perseorangan (15 tahun dan ke bawah)

5.1.1 Jarak 50M (122CM)


5.1.2 Jarak 30M (4 RINGS)
5.2

Perempuan Perseorangan (15 tahun dan kebawah)


5.2.1 Jarak 50M (12CM)
5.2.2 Jarak 30M (4 RINGS)

5.3

Lelaki Perseorangan (12 tahun dan kebawah)


5.3.1 Jarak 30M (122CM)
5.3.2 Jarak 20M (4 RINGS)

5.4

Perempuan Perseorangan (12 tahun dan kebawah)


5.4.1 Jarak 30M (122CM)
5.4.2 Jarak 20M (4 RINGS)

6.0

SISTEM PERTANDINGAN
6.1

Semua pemanah diwajibkan memanah pada semua jarak yang


ditetapkan.

6.2

Setiap pemanah perlu memanah 18 batang anak panah untuk setiap


jarak dalam 3 pusingan.

6.3

Peserta yang mendapat mata terkumpul tertinggi untuk kedua-dua


jarak akan dipilih sebagai pemenang.

6.4

Jika berlaku seri, peraturan FITA akan digunapakai.

Jumlah skor 10*atau10 tertinggi adalah pemenang. Jika masih seri


tambahan pusingan akan dilakukan dengan jumlah mengikut budi
bicara pengurus teknikal.

7.0

8.0

GELANGGANG DAN ALATAN

7.1

Semua jenis arrow aluminium boleh digunakan.

7.2

Semua jenis finger protection boleh digunakan.

PERTUKARAN PESERTA
8.1 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak untuk bermain.

9.0

PAKAIAN PESERTA
9.1Pakaian umum peserta mestilah bersesuaian dengan acara ini bagi
muslim dengan menutup aurat.

9.2 Mesti memakai pakaian memanah yang sesuai.

9.3 Penggunaan seluar pendek, baju t atau singlet adalah dilarang.

10.0 MENARIK DIRI

10.1.1

Setiap peserta mesti mendaftar diri sekurang-kurangnya tigapuluh


(30) minit sebelum acara dimulakan. Sekiranya peserta tersebut

gagal berbuat demikian, maka ianya akan dibatalkan dari


pertandingan tersebut.

10.2 Peserta yang menarik diri tanpa melengkapkan kesemua acara yang
Dipertandingkan akan dikira terbatal semua penyertaannya.

11.0 LARANGAN KETIKA PERTANDINGAN BERLANGSUNG


11.1 Pengurus pasukan atau jurulatih dilarang berada disisi pemanah ketika
acara sedang berjalan.Pengurus pasukan atau jurulatih hendaklah
berada diluar garisan gelanggang,

12.0 PENGADIL / HAKIM


12.1 Jawatankuasa Kecil Teknikal akan melantik semua Pengadil dan
Hakim Bertauliah untuk bertugas di sepanjang pertandingan
berlangsung.
12.2 Keputusan Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

13.0 BANTAHAN

13.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus


Pasukan secara bertulis kepada pengadil tidak lewat daripada tiga
puluh (30) minit selepas keputusan rasmi diumumkan.

13.2 Tiap-tiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang


tunai sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200.00) dan wang
pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan
itu didapai tidak wajar.

13.3 Catatan markah yang telah disahkan melalui tanda tangan pemanah
adalah muktamat dan tidak boleh diubah. Semakan dan pembetulan
markah boleh dibuat hanya pada kesalahan teknikal typing error.

14.0 TINDAKAN TATATERTIB


14.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam
setelah diterima dan disampaikan laporan dari Pengadil atau Pegawai
Pertandingan dan akan membuat sesuatu keputusan jika tindakan
tatatertib perlu diambil.

14.2 Jawatankuasa bantahan / tatatertib berhak mendapatkan sebarang


maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara
yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

15.0 PENAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa pengelola mempunyai hak menafsirkan segala perkara yang


tidak disiarkan didalam undang-undang/peraturan ini dan keputusan yang
dibuat adalah muktamad.

16.0 PINGAT KEMENANGAN


Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :

a.

Pemenang Keseluruhan Lelaki SEMI


EMAS
1

b.

PERAK
1

Pemenang Keseluruhan Perempuan SEMI


EMAS

PERAK

1
c.

GANGSA

GANGSA

Pemenang Keseluruhan Lelaki SERI


EMAS
1

d.

PERAK
1

GANGSA
1

Pemenang Keseluruhan Perempuan SERI


EMAS

PERAK

Disediakanoleh:
BahagianTeknikal
PertandinganMemanahIhtifalKebangsaan MSSIK-YTP

GANGSA
1

Anda mungkin juga menyukai