Anda di halaman 1dari 5

RENANG

PERATURAN PERTANDINGAN MSSIK-YTP PULAU PINANG 2015

1.0

2.0

PERATURAN
1.1

Peraturan ini disediakan khas untuk Pertandingan Renang MSSIKYTP, PULAU PINANG 2015.

1.2

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan


Pertandingan Renang MSSIK-YTP, Pulau pinang adalah
muktamad.

1.3

Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara Malaysia


adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

PENYERTAAN
2.1

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan daripada


Sekolah Rendah Islam (SERI) dan Sekolah Menengah Rendah
Islam (SEMI) di bawah kelolaan Yayasan Takmir Pendidikan.
Penyertaan hendaklah dibuat melalui sekolah masing-masing.

2.2

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar maksimum dua (2) orang


perenang mengikut ketetapan berikut :
a. Lelaki (SERI) :
b. Lelaki (SEMI) :

3.0

1 orang
1 orang

KELAYAKAN PESERTA
3.1

Peserta dalam kategori SEMI mestilah berumur 15 tahun pada


tahun pertandingan iaitu dilahirkan pada atau selepas tahun 200.
Sementara bagi kategori SERI, peserta mestilah berumur 12 tahun
pada tahun pertandingan iaitu dilahirkan pada atau selepas tahun
2003.

4.0

3.2

Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Kad


Pengenalan atau surat beranak yang disahkan bagi setiap peserta
bersama dengan borang pendaftaran dihantar semasa pendaftaran
dilakukan. Peserta hendaklah membawa bersama kad pengenalan
asal.

3.3

Taraf permastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am


Perkara 21.9.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


4.1

Acara yang dipertandingkan adalah :


a. 50 meter Gaya Bebas SERI (Lelaki)
b. 100 meter Gaya Bebas SEMI (Lelaki)

5.0

4.2

Acara dijalankan untuk satu (1) pusingan sahaja.

4.2

Penilaian akan dilakukan berdasarkan catatan masa setiap peserta.

PERTUKARAN PESERTA
5.1

6.0

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak untuk bermain.

PAKAIAN PESERTA
Pakaian umum peserta mestilah bersesuaian dengan acara ini bagi muslim
dengan menutup aurat.
6.1

Mesti memakai pakaian renang yang sesuai.

6.2

Penggunaan seluar pendek, baju t atau singlet adalah dilarang.

7.0

MENARIK DIRI
7.1

8.0

LARANGAN KETIKA PERTANDINGAN BERLANGSUNG


8.1

9.0

Setiap peserta mesti mendaftar diri sekurang-kurangnya tiga puluh


(30) minit sebelum acara dimulakan. Sekiranya peserta tersebut
gagal berbuat demikian, maka ianya akan dibatalkan dari
pertandingan tersebut.

Setiap peserta dilarang membetulkan goggles lebih daripada 3


kali dan memegang tali pada setiap lorong kolam renang.
Sekiranya berlaku, peserta digugurkan kelayakannya.

PENGADIL / HAKIM
9.1

Jawatankuasa Kecil Teknikal akan melantik semua Pengadil dan


Hakim Bertauliah untuk bertugas di sepanjang pertandingan
berlangsung.

9.2

Keputusan Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

10.0 BANTAHAN
10.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh
Pengurus Pasukan secara bertulis kepada pengadil tidak lewat
daripada tiga puluh (30) minit selepas keputusan rasmi
diumumkan.
10.2 Tiap-tiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang
tunai sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200.00) dan wang
pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan yang
dikemukakan itu didapati tidak wajar.

11.0

TINDAKAN TATATERTIB
11.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam
setelah diterima dan disampaikan laporan dari Pengadil atau
Pegawai Pertandingan dan akan membuat sesuatu keputusan jika
tindakan tatatertib perlu diambil.
11.2 Jawatankuasa bantahan / tatatertib berhak mendapatkan sebarang
maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan
perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

12.0

HADIAH-HADIAH
12.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :
a. 50 meter Gaya Bebas SERI (Lelaki)
EMAS
PERAK
GANGSA
1
1
1
b. 100 meter Gaya Bebas SEMI (Lelaki)
EMAS
PERAK
GANGSA
1
1
1

Anda mungkin juga menyukai