Anda di halaman 1dari 6

BOLA TAMPAR

1.0 PERATURAN
1.1 Peraturan in idisediakan khas unutk Pertandingan Bola Tampar MSSIK-YTP,
Pulau Pinang 2015.
1.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Bola TamparMSSIK-YTP,Pulau Pinang 2015 adalah muktamad.
1.3 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara Malaysia adalah layak
mengambil bahagian dalam pertandinganini.
2.0 PENYERTAAN
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan daripada SEMI dan SERI di
bawah kelolaanYayasanTakmirPendidikan. Penyertaan hendaklah dibua
tmelalui sekolah masing-masing.
2.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar satu(01), satu (01) pasukan SERI dan
satu (01) pasukan SEMI.
2.3 Setiap pasukan mesti mengandungi enam (06) orang pemain dantiga (03)
simpanan.
3.0 KELAYAKAN PESERTA
3.1 Pemain dalam kategori SEMI mestilah berumur 15 tahun atau kebawah pada
tahun pertandingan iaitu dilahirkan pada tahun 2001 dan keatas. Sementara bagi
kategori SERI, pemain mestilah dilahirkan pada atau selepas tahun 2003.
3.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Kad Pengenalan atau
surat beranak yang disahkan bagi setiap peserta bersama dengan boring
pendaftaran peserta semasa pendaftaran dilakukan.

4.0 SISTEM PERTANDINGAN


4.1 Sistem pertandingan adalah mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar
Amatur Malaysia.
4.2 Pertandingan dijalankan secara berpasukan menerusi 2 kategori:
4.2.1 Kategori sekolah rendah system liga 2 kumpulan.
4.2.2 Kategori sekolah menengah system liga 1 kumpulan.

4.3 Perlawanan akan dilangsungkan dalam tiga (03) set dan mana-mana pasukan
yang mencapai kemenangan dalamdua (02) set pertama dikira sebagai
pemenang.Kiraan 21 mata satu perlawanan.
4.4 Jika perlawanan berlangsung hingga set ketiga (penentuan), pemainan hanya
dimainkan sehingga kiraan 15 mata dengan kelebihan 2 mata tercapai.
4.5 Undian akan dijalankan dalam mesyuarat induk terakhir ihtifal (sukan)
Kebangsaan SERI dan SEMI Yayasan Takmir Kali ke 15.
4.6 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan kategori Sekolah Rendah layak ke
separuh akhir.
4.7 Sekolah yang mempunyai mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
5.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI PASUKAN
5.1 Cara memberi mata untuk system liga:
Menang
Kalah

3 mata
0 mata

5.2 Jika dua (02) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan
ditentukan berdasarkan ketetapan berikut:
a. Nisbah Set Terbesar ( Set Menang Set Kalah )

b. Skor : 25-0
c. Nisbah Mata Terbesar ( Jumlah mata set menang Jumlah mata set kalah)
d. Jika masih seri, undian akan dijalankan.
6.0 KELEWATAN
6.1 Pasukan dikira lewat jika:
a. Gagal berada di gelanggang lima belas (15) minit sebelum perlawanan.
Kemenangan percuma dengan keputusan 2 0 akan diberikan kepada
pasukan lawan selepas lima (05) minit jika gagal hadir selepas 5 minit
daripada jadual perlawanan.
b. Tidak mempunyai bilangan pemain yang mencukupi iaitu seramai enam
(06) orang maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak
lawan dengan keputusan 2 0.
7.0 PERTUKARAN PEMAIN
7.1 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja layak bermain.
7.2 Kaedah pertukaran pemain dalam perlawanan adalah mengikut Undang-undang
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia.

8.0 PAKAIAN PESERTA


Pakaian umum peserta mestilah bersesuaian dengan acara ini bagi muslim /
muslimah dengan menutup aurat. Selainnya ialah:
8.1 Setiap pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berkasut.
8.2 Jersi pemain perlu mempunyai nombor di sebelah belakang dan hadapan.

8.3 Jersi yang sama perlu dipakai oleh pemain sepanjang kejohanan. Pertukaran
nombor pemain adalah tidak dibenarkan.
8.4 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.
9.0 MENARIK DIRI
9.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap
menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak
dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.
9.2 Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang semasa berlaku pemberhentian. Jika
ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan diangggap menarik diri
daripada keseluruhan pertandingan.
9.3 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan diambil oleh
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal MSSIK-YTP.
10.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN
10.1 Pertandingan Bola Tampar MSSIK-YTP,Pulau Pinang 2015 akan melantik
pengadil-pengadil yang bertauliah sepanjang kejohanan berlangsung.
10.2 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.
11.0 RAYUAN
11.1 Hanya pengurus pasukan dibenarkan menyemak score sheet dengan mendapat
keizinan daripada Pengurus Jawatankuasa Pertandingan.
11.2 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan
secara bertulis kepada Pengurus Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat dari
tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu tamat.
11.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM200.00 tunai.

11.4 Wang pertaruhan akan luput, jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu
didapati tidak wajar.
12.0 TINDAKAN TATATERTIB
12.1 Jawatankuasa bantahan / tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan
untuk membuat sesuatu keputusan.
12.2 Seorang pemain yang diarah keluar gelanggang dan tidak dibenarkan
meneruskan permainan adalah dengan sendiri digantung bermain dalam
perlawanan berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil
sendiri tindakan yang sewajarnya.
13.0 HADIAH-HADIAH
13.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan bagi pasukan yang menjadi Johan,
Naib Johan dan Tempat Ketiga.

Anda mungkin juga menyukai