Anda di halaman 1dari 15

GURU DAN CABARAN SEMASA

1.0

PENGENALAN
Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami

pembaharuan demi pembaharuan terutamanya dalam aspek kurikulum. Pembaharuan demi


pembaharuan inilah yang mendorong guru untuk bertindak sebagai agen perubahan dalam
menjana transformasi pendidikan negara. Transformasi dalam pendidikan negara ini adalah
penting demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan
negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri
iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Walau bagaimanapun, usaha untuk merealisasikan misi
Wawasan 2020 bukanlah suatu tugas yang mudah. Hal ini kerana para guru sering berhadapan
dengan isu dan cabaran dalam pendidikan yang membantutkan proses untuk merealisasikan
misi tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan isu dan cabaran dalam pendidikan? Menurut Kamus
Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala
cabaran pula membawa maksud sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan
ketabahan sesuatu organisasi (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat
perkara atau unsur-unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
amnya dan guru-guru secara khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing
demi mencapai misi yang ditetapkan oleh KPM ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Selain itu, isu dan cabaran dalam pendidikan juga mempunyai perkaitan dengan sikap
guru menghadapi inovasi, cabaran dan perubahan dalam pendidikan. Ketidaksediaan guru
dalam menghadapi inovasi, cabaran serta perubahan menyebabkan berlakunya gangguan
emosi dalam kalangan guru. Ini secara tidak langsung akan mengganggu prestasi
perkhidmatan guru-guru yang akan memberikan impak kepada kualiti pengajaran. Isu ini bukan
sahaja mendatangkan kesan kepada guru dan murid bahkan juga kepada sistem pendidikan
negara. Di samping ketidaksediaan guru, arus globalisasi dan penyebaran penggunaan
teknologi secara meluas juga memberi impak kepada kefahaman guru dan murid dalam
mengharungi dunia pendidikan yang mencabar. Sesuai dengan era globalisasi yang berdepan
dengan ledakan teknologi maklumat, maka cabaran besar yang dihadapi oleh para guru dan
murid adalah memastikan perubahan tersebut sentiasa mampu dihadapi. Kepantasan
perkembangan dalam teknologi maklumat meminta perubahan yang pantas daripada pihak
guru dan murid dan hal ini merupakan cabaran berat yang perlu didepani.

GURU DAN CABARAN SEMASA

2.0

ARTIKEL JURNAL AKADEMIK


Sebagai seorang bakal guru, adalah wajar untuk didedahkan dengan isu-isu serta

cabaran yang dihadapi dalam sistem pendidikan negara. Pendedahan kepada isu dan cabaran
seperti integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan dan banyak lagi akan membantu bakal
guru untuk bersedia menghadapi pelbagai isu dan cabaran semasa menjawat jawatan guru
kelak. Justeru, satu artikel jurnal akademik yang berkaitan dengan globalisasi pendidikan telah
dipilih untuk membantu saya mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru
pada abad ke-21. Artikel jurnal ini bertajuk Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia
yang ditulis oleh Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud daripada
Universiti Malaysia. Artikel ini membincangkan tentang beberapa isu dan cabaran pendidikan
yang dihadapi di Malaysia kesan daripada globalisasi yang berlaku pada masa kini.

GURU DAN CABARAN SEMASA

2.1

ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI GURU PADA ABAD KE-21


Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti

ekonomi dan kebudayaan dan lain-lain disebarkan ke peringkat antarabangsa terutamanya


melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007).
Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikal atau idea-idea antara negara
(Orozco & Hilliard, 2004). Justeru, boleh dikatakan bahawa globalisasi merupakan satu transisi
yang membuatkan dunia tidak dibatasi oleh sebarang sempadan atau kedudukan geografi
sesebuah negara. Menurut Fullan (1993), kehadiran globalisasi kepada dunia memberi impak
yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat dari aspek kurikulum pendidikan yang
sentiasa diperbaharui melalui transformasi dalam pendidikan sejajar dengan kurikulum
pendidikan di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan. Transformasi dalam
pendidikan ini adalah penting demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk
membangunkan negara selaras dengan misi Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, trend
globalisasi ini juga mendatangkan pelbagai cabaran terutamanya dalam sistem pendidikan
negara kesan daripada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan
kualiti hidup (Habib Mat Som, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud, 2001). Berdasarkan
artikel jurnal yang telah dianalisis, antara isu dan cabaran yang dikenal pasti termasuklah dari
aspek pembelajaran berterusan, inovasi dalam pelaksanaan kurikulum, pengurusan pendidikan,
pembentukan jati diri murid serta perkembangan profesionalisme guru.
Keperluan terhadap pembelajaran berterusan merupakan salah satu kesan daripada
ledakan globalisasi. Ini secara tidak langsung memberikan cabaran kepada guru untuk
membudayakan pembelajaran yang berterusan sejajar dengan transformasi dalam bidang
pendidikan pada alaf ke-21 ini. Pembelajaran berterusan ataupun lebih dikenali sebagai
pembelajaran sepanjang hayat merujuk kepada kombinasi proses pembelajaran secara
berterusan di mana seseorang individu melalui situasi-situasi yang berbeza untuk menghasilkan
perubahan yang berterusan (Mimi Mohaffyza binti Mohamad, 2012).

Justeru, untuk

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat ini, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk
melakukan penambahbaikan dalam pembentukan potensi sumber manusia melalui tatacara
pendidikan secara formal dan tidak formal. Dalam konteks pendidikan, guru-guru boleh
menyambung pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi seperti melanjutkan pengajian
untuk mendapatkan Ijazah Sarjana serta Ijazah Doktor Falsafah. Selain itu, guru-guru juga
boleh menyertai kursus-kursus seperti Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk

GURU DAN CABARAN SEMASA

meningkatkan

serta

memperkembangkan

profesionalisme

mereka.

Dengan

adanya

pembelajaran berterusan ini, guru-guru akan dapat mengembangkan potensi mereka dan
sekaligus meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seorang guru. Hal ini secara tidak
langsung akan mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan
terutamanya dalam kalangan guru. Walaupun pengamalan pembelajaran berterusan dalam
kalangan guru mendatangkan kesan yang positif kepada sistem pendidikan negara, namun
ianya merupakan satu cabaran kepada guru-guru. Cabaran yang dihadapi oleh guru
termasuklah dari aspek pengurusan masa serta kualiti proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang disampaikan di dalam bilik darjah. Pengurusan masa merupakan salah satu aspek
yang penting dalam kehidupan. Kebanyakan guru yang menyambung pengajian cenderung
untuk mengalami masalah dalam membahagikan masa dengan kerjaya, pelajaran serta
keluarga. Komitmen mereka terhadap aspek-aspek tersebut akan menyebabkan kualiti diri
mereka terjejas. Selain itu, kualiti PdP yang disampaikan di dalam bilik darjah juga turut terjejas.
Hal ini kerana guru terpaksa memberikan tumpuan terhadap pengajian serta tanggungjawab
mereka sebagai guru. Ini memerlukan tenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru-guru
sendiri menerima padahnya. Walaupun, isu pembelajaran berterusan ini menjadi cabaran
kepada guru, namun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang
amat tepat serta sejajar dengan perkembangan bidang pendidikan dalam era gloablisasi ini.
Yazid Abdul Manap (2001) juga menyatakan bahawa guru boleh meningkatkan keupayaan
mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disediakan oleh KPM
untuk meningkatkan tahap profesionalisme. Justeru, adalah wajar bagi guru-guru untuk
merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Guru-guru haruslah sentiasa berusaha untuk
meningkatkan serta memperkembangkan profesionalisme diri mereka.
Perkembangan penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat (TMK) juga
merupakan salah satu isu kesan daripada trend globalisasi ini. Ohmae (1995) menyatakan
bahawa perkembangan dalam TMK dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya
kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi,
termasuk institusi pendidikan. Bagi menongkah arus globalisasi, sistem pendidikan di Malaysia
telah mengalami beberapa pembaharuan kesan daripada transformasi yang radikal di peringkat
global. Pembaharuan-pembaharuan ini tertumpu kepada strategi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Justeru, beberapa strategi telah diperkenalkan oleh
KPM bagi memastikan sistem pendidikan di negara kita sejajar dengan negara-negara maju
yang lain. Antaranya ialah Sekolah Bestari, Projek Sekolah Net, Projek Smart Lab dan Projek

GURU DAN CABARAN SEMASA

Sekolah Vista (Habib Mat Som, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud, 2001). Hal ini secara
tidak langsung telah menyebabkan guru menghadapi cabaran dalam mengaplikasikan inovasi
TMK terutamanya dalam pelaksanaan kurikulum pada alaf ke-21. Impak globalisasi dan
perkembangan TMK menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam cara penyampaian guru
di dalam bilik darjah. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika TMK digunakan
kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi murid-murid untuk belajar, di samping
mempercepatkan proses belajar. Kemahiran TMK mampu mentransformasikan cara murid
menimba,

mengguna

dan

mengedarkan

ilmu

pengetahuan.

Dengan

sendirinya

ini

membolehkan pelajar bersedia untuk bersaing secara global. Walau bagaimanapun, ini
bukanlah suatu tugas yang mudah. Hal ini kerana guru-guru belum bersedia untuk menerima
dan melaksanakan inovasi TMK ini di dalam bilik darjah. Harvey (1990) telah menyatakan
beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan ini.
Antaranya ialah dari aspek penambahan beban, kekurangan sokongan pentadbiran, perbezaan
tahap pengetahuan dan kemahiran serta perubahan yang kerap dan mendadak. Dari aspek
penambahan beban, guru-guru mempunyai tanggapan umum bahawa setiap perubahan yang
dilaksanakan

akan

mengakibatkan

penambahan

terhadap

beban

tugas

dan

juga

tanggungjawab. Hal ini kerana guru-guru mempunyai persepsi bahawa pihak-pihak yang
mencetuskan idea untuk melaksanakan perubahan tidak memahami bahawa tugas hakiki
seorang guru adalah untuk mendidik dan bukannya dibebankan dengan tugas-tugas lain yang
tidak berkaitan dengan pengajaran di bilik darjah. Selain itu, kekurangan sokongan dari pihak
pentadbir sekolah menyebabkan guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di
sekolah. Sokongan yang dimaksudkan adalah dari aspek kewangan, pengiktirafan serta
penyediaan peralatan untuk PdP. Kurangnya sokongan daripada pihak pentadbir sekolah ini
secara tidak langsung akan mengurangkan motivasi guru-guru untuk melaksanakan perubahan
dengan mengaplikasikan inovasi TMK di dalam bilik darjah. Perbezaan tahap pengetahuan dan
kemahiran TMK dalam kalangan guru-guru juga menyukarkan inovasi TMK dilaksanakan di
dalam bilik darjah. Hal ini berlaku kerana guru-guru yang mempunyai tahap pengetahuan dan
kemahiran yang rendah dalam TMK kurang memberikan komitmen untuk melaksanakan
perubahan berbanding mereka yang lebih berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang
tinggi dalam TMK. Di samping itu, perubahan dasar pendidikan yang kerap dan mendadak juga
akan mempengaruhi kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan dari aspek penyampaian
pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana guru-guru terpaksa mengetahui, mempelajari
dan juga melaksanakan kemahiran baru. Kesimpulannya, memandangkan guru-guru kini
berhadapan dengan impak TMK terhadap pedagogi mereka, maka seharusnya mereka
8

GURU DAN CABARAN SEMASA

mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT yang mantap bagi membantu mereka menangani
impak tersebut. Guru-guru seharusnya mempunyai kesedaran, komitmen serta memberikan
kerjasama bagi memaksimumkan keberkesanan pengintergrasikan TMK di dalam bilik darjah.
Menurut Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2001),
pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam
perkembangan dunia global terutamanya dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan
pengkomputeran. Justeru, penggunaan teknologi bagi meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan pendidikan terutamanya pada peringkat sekolah adalah wajar dilaksanakan. Hal ini
kerana penggunaan teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan
perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi sesebuah sekolah. Teknologi bukan sahaja
digunakan sebagai suatu alat tetapi juga boleh mempengaruhi sistem pengurusan dengan lebih
efisien dan kreatif dan sekaligus mewujudkan budaya sekolah cemerlang. Selain itu,
penggunaan teknologi dalam pengurusan organisasi sesebuah sekolah juga dapat membina
imej baru kepada organisasi dengan pengamalan budaya inovatif. Ini sekaligus akan
menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi
lebih produktif. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi dalam pengurusan pendidikan di
sekolah bukanlah suatu tugas yang mudah kepada guru-guru terutamanya pada abad ke-21 ini.
Lazimnya,

guru

yang

mengetuai

pengurusan

sekolah

merupakan

guru-guru

yang

berpengalaman namun mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah dalam
penggunaan teknologi (Husein Ahmad, 2001). Ini secara tidak langsung akan mendatangkan
cabaran kepada mereka. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia untuk menerima secara menyeluruh
penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian kerana penggunaan teknologi tidak dapat
dipisahkan lagi dengan kehidupan. Sekiranya guru-guru tidak menguasai kemahiran
penggunaan teknologi, mereka cenderung untuk berhadapan dengan kesukaran terutamanya
dalam pengurusan organisasi sekolah. Justeru, mahu atau tidak guru haruslah menguasai
sekurang-kurangnya kemahiran asas dalam penggunaan teknologi bagi memudahkan merka
untuk menguruskan pentadbiran serta pengajaran di bilik darjah.
Globalisasi turut memberikan impak terhadap pembentukan jati diri murid-murid
terutamanya dari aspek kemerosotan nilai moral. Umum mengetahui bahawa sekolah
merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada murid bukan sahaja dari segi akademik
tetapi juga diasuh mengenai tingkah laku yang sempurna dan diajar mengenai disiplin diri.
Keruntuhan akhlak dan kemerosotan nilai moral dalam kalangan murid ini secara tidak
langsung akan mendatangkan pelbagai implikasi terhadap sekolah dan negara. Kepesatan dan
8

GURU DAN CABARAN SEMASA

kepantasan perkembangan teknologi maklumat dalam era globalisasi ini juga menyebabkan
murid-murid mudah terpengaruh dengan budaya kuning barat seperti rap, rockers, budaya
lepak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya yang menjadi ikutan mereka tanpa memikirkan
kesan dan akibatnya (Mohd Aliff Mohd Nawi, 2011). Menurut Johnson (1986), era teknologi
maklumat telah menimbulkan pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan murid-murid.
Penggunaan internet umpamanya telah menyebabkan pelbagai-bagai maklumat diterima
pengguna tanpa dapat dikawal. Ini telah menyebabkan maklumat disalahgunakan oleh muridmurid tanpa dapat dikawal dan digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Selain itu, Ornstein
(1988) juga telah menjalankan kajian tentang peranan permainan komputer dan video terhadap
tingkah laku kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun di Philadelphia. Hasil kajian mendapati
permainan komputer dan video boleh meningkatkan tingkah laku agresif kanak-kanak jika tidak
dikawal penggunaannya. Ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi maklumat
dalam era globalisasi mempengaruhi pembentukan jati diri dalam kalangan murid-murid. Kesan
daripada kemerosotan nilai moral dalam kalangan murid ini juga akan memberikan pelbagai
implikasi masalah disiplin di sekolah antaranya ialah wujudnya kegiatan salah laku seperti peras
ugut, pergaduhan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan imej dan
kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan seterusnya memberikan
cabaran kepada guru untuk membentuk jati diri murid terutamanya pada abad ke-21 ini.
Kualiti guru juga merupakan salah satu kesan daripada trend globalisasi ini. Umum
mengetahui bahawa guru merupakan aset utama dalam memperkembangkan kualiti pendidikan
negara. Justeru, guru-guru perlulah mempunyai kualiti yang bersifat kontemporari dan relevan
dengan peredaran masa. Menurut Robiah Sidin (1994), guru-guru perlu memiliki beberapa
kriteria untuk menyediakan mereka menghadapi perubahan zaman. Antara kriteria yang
ditekankan ialah dari aspek kreativiti dan inovasi, penguasaan kemahiran dalam TMK,
keupayaan untuk memimpin dan kesediaan untuk mengikuti peredaran masa. Selain itu, untuk
memastikan guru dapat melaksanakan perubahan di sekolah sesuai dengan keperluan pada
abad ke-21 ini, guru-guru haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi.
Oleh itu, adalah penting bagi guru-guru mengambil inisiatif untuk memperkembangkan
profesionalisme mereka supaya membolehkan mereka bergerak seiring dengan arus
globalisasi. Perubahan pesat yang berlaku dalam bidang pendidikan serta gelombang
globalisasi juga menuntut guru secara berterusan melengkapkan diri dengan nilai profesional,
pengetahuan dan kemahiran terkini. Hal ini kerana latihan asas, kelayakan akademik serta
pengalaman kerja sedia ada masih tidak mencukupi untuk menyediakan kompetensi yang

GURU DAN CABARAN SEMASA

bersesuaian bagi menghadapi dan mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 (Suradi, 2014).
Justeru, pembangunan profesionalisme dalam kalangan guru perlu dilaksanakan secara
berterusan selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan kelestarian
kualiti guru di samping membudayakan kecemerlangan profesional.
Kesimpulannya, dunia pendidikan di Malaysia masa kini sedang melalui era transformasi
yang sangat dirasai gelombangnya kesan daripada globalisasi. Hal ini secara tidak langsung
telah menimbulkan pelbagai isu dan cabaran yang perlu didepani untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang lebih berkualiti. Pihak KPM juga perlu melihat isu-isu dan cabaran yang
berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif bagi memastikan pendidikan yang disediakan
dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Para pendidik di sekolah
pula perlu mengubah sentimen mereka bagi membolehkan mereka bergerak seiring dengan
arus globalisasi.

GURU DAN CABARAN SEMASA

2.2

GANGGUAN EMOSI MURID DAN CARA MENGATASINYA


Globalisasi secara umumnya telah mendatangkan impak-impak yang positif mahupun

negatif dalam segala aspek kehidupan kita. Menurut Hussein Ahmad (2001), gelombang
globalisasi telah mengakibatkan pergolakan moral dan kehidupan sosial yang semakin
membimbangkan di kebanyakan negara terutamanya dari segi budaya songsang, remaja liar,
dan bentuk-bentuk kelakuan ganas yang meliputi kes membuli, pergaduhan sesama pelajar,
vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Malaysia, sebagai salah satu negara
membangun juga tidak terlepas dari menghadapi kemelut sosial yang kian meruncing pada
masa kini. Hal ini berlaku disebabkan oleh dunia tanpa sempadan yang menyebabkan
kebanjiran maklumat, akses yang mudah kepada dunia hiburan, layaran mudah bahan-bahan
porno melalui Internet dan kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan
gejala sosial semakin dominan pada masa kini. Sekiranya kemelut sosial ini terus
membelenggu dunia pendidikan di Malaysia, adakah aspirasi untuk melahirkan individu murid
yang harmonis segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat direalisasikan? Di sinilah
guru memainkan peranan yang penting dalam mengekang kemelut ini daripada terus menular.
Untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan murid, guru perlu menjalankan
pendekatan kepedulian guru apabila berhadapan dengan masalah murid. Hal ini kerana, tugas
utama guru ialah untuk mendidik murid-murid. Pendekatan kepedulian guru sangat penting
dalam mendapatkan kepercayaan murid dan mendekatkan perhubungan antara guru dan
murid. Kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk bekorban demi orang lain.
Kepedulian didefinisikan sebagai mengambil berat terhadap orang lain. Dalam konteks guru,
setiap guru perlu mempunyai sifat kepedulian untuk menghadapi murid dalam kelas. Hal ini
kerana, murid akan merasakan bahawa guru sentiasa dekat dan menjaga hati guru yang peduli
terhadap masalah mereka. Dengan ini, hubungan yang kondusif dalam kelas akan mewujudkan
interaksi dua hala antara guru dan murid. Hussein Ahmad (2001) menjelaskan pendidikan
merupakan medium perantaraan untuk mengembangkan perasaan kasih sayang dalam
masyarakat. Melalui pendidikan, beliau menjelaskan bahawa perjumpaan dirancang atau tidak
dirancang menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
pemahaman dan penghargaan. Jelas Noddings, sekolah yang merupakan tempat utama untuk

GURU DAN CABARAN SEMASA

menimba ilmu pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan, murid dapat membentuk tingkah laku
melalui disiplin dan matlamat diri yang jelas.

Seterusnya, sikap kepedulian guru ini, akan

membantu guru untuk menjalankan akauntabiliti terhadap murid dengan adil dan saksama.
Selain itu, guru juga boleh memainkan peranan sebagai agen perubahan dalam
mengatasi kemelut sosial dalam kalangan murid-murid. Hal ini bermaksud guru-guru perlu
membawa perubahan dalam diri mereka terlebih dahulu untuk membolehkan mereka mengatasi
kemelut sosial dalam kalangan murid. Menurut Omar Mohd Hashim (1999), persiapan rapi dan
bersungguh-sungguh perlu untuk mencapai kecemerlangan. Melalui kecemerlangan diri, guru
dapat membentuk insan sekeliling yakni murid-murid. Malah, perlu ada visi jauh dan guru perlu
bersifat pragmatik, rajin berusaha, serba boleh, berilmu, rajin, berdisiplin dan teratur. Tambahan
itu, guru perlu mempunyai hubungan meluas dan baik, mempunyai kemahiran komunikasi.
Melalui usaha berterusan para pendidik bagi meningkatkan kecemerlangan profesionalisme,
sistem pendidikan akan dapat melahirkan warganegara yang berdisplin, tekun, berusaha dan
mempunyai generasi seimbang. Malah, dengan ini rakyat Malaysia akan dapat menghadapi
cabaran dalam kehidupan dengan menyesuaikan diri dengan perubahan terutamanya cabaran
globalisasi masa kini. Menyoroti usaha ini, tugas para guru sebagai agen perubahan dapat
dilihat dalam pembentukan disiplin murid. Melalui sekolah dan bilik darjah guru dapat membawa
perubahan besar kepada disiplin murid melalui dua aspek tersebut. Para guru perlu
menunjukkan kepimpinan melalui teladan, malah guru perlu memerhatikan tingkah laku pelajar
seperti minat, sikap, pergerakan secara keseluruhan untuk membentuk disiplin yang baik dalam
diri mereka.
Di samping itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa, guru berperanan besar dalam
membentuk dan mencorak tingkah laku murid. Malah kajian oleh Universiti Chicago
(Czikszentmihalyi, 1987) dalam Abdullah Sani Yahaya, mendapati bahawa purata masa yang
dikongsi oleh murid-murid dengan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ibu bapa
kekurangan masa bagi mengasuh, mendidik dan membimbing anak mereka. Ini jelas
menunjukkan bahawa masa anak-anak banyak dihabiskan di luar rumah terutamanya sekolah.
Hall (1978) menghuraikan peranan guru dalam mencorak perkembangan nilai dalam
pembangunan sekolah cukup luas. Guru yang datang dari pelbagai latar belakang sentiasa
mempengaruhi pemikiran murid dari masa ke masa. Malah, pengaruh ini dikatakan tiada
sempadan. Tambah beliau lagi, guru-guru yang berpengaruh dan berkesan mampu menjadi
role-model kepada murid-murid. Nilai-nilai tersebut disebarkan melalui aspirasi dan idealisme
guru dalam pelbagai perkara. Sebagai agen sosial, sekolah menjadi tempat guru
8

GURU DAN CABARAN SEMASA

menyampaikan ilmu dan membentuk tingkah laku murid. Malah, sekolah berperanan sebagai
penyampai kebudayaan dan melahirkan nilai-nilai budaya. Di sekolah, nilai merupakan unsur
budaya yang penting dalam mencorakkan kebudayaan murid bagi perkembangan moral,
akhlak, tingkah laku, hubungan sosial, tindakan dan peranan murid. Teori sosialisasi memberi
penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral yang perlu dititikberatkan bagi membentuk
individu yang dapat mempertahankan cara hidup berhemah, bersopan dan berakhlak mulia.
Oleh itu, guru berperanan untuk menjadi agen sosial kepada murid dengan menerapkan nilainilai agama, baik dan bermoral dalam diri pelajar. Melalui pengajaran merentasi kurikulum, guru
dapat menyampaikan nilai murni dan agama bagi menguatkan perkembangan akhlak dan moral
individu bagi menghadapi cabaran masa kini.
Selain itu, dalam menjadi agen sosial, guru-guru perlu berfikiran positif sebagai
mekanisme sosial bagi menanamkan nilai-nilai moral, akhlak, kerohanian dan tingkah laku yang
baik serta mendidik golongan muda supaya mereka dapat mempertahankan nilai-nilai yang
mendorong kemajuan dan kesejahteraan hidup. Satu istilah penting dalam tugas guru sebagai
agen sosialisasi ialah sebagai salah satu pembentuk jati diri murid. Jati diri bermaksud
membentuk dan membina diri setiap individu ke arah positif. Antara tujuan pembinaan jati diri
ialah membentuk ketrampilan diri dari segi pemikiran, pergerakan, berpakaian, berbahasa, cara
memberi maklum balas dan tindakan balas secara positif serta mempunyai sifat murni dalam
pergaulan seharian (Ahmad Marzuki Ismail, 2006). Dalam pada itu, jati diri membolehkan
individu menerima dan menangani segala perubahan dan perkembangan semasa dengan
sebaik mungkin. Selain itu, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mahu
melahirkan generasi yang seimbang, murid-murid juga seharusnya meningkatkan kemampuan
diri dengan nilai-nilai murni bagi membendung kemelut sosial ini. Kesemua nilai ini dapat
diperoleh melalui pendidikan di sekolah. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh dalam kelas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dapat dikutip melalui pengalaman
menjalankan aktiviti luar kelas seperti unit beruniform, kelab dan pertubuhan. Malah, bagi
murid-murid yang berkemampuan kewujudan kelas muzik, kelas tarian, kelas agama dan
bermacam lagi aktiviti di luar sekolah dapat diguna pakai untuk meningkatkan nilai tambah
kepada diri sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam gelaja-gejala sosial.
Kesimpulannya, murid-murid haruslah dikekang daripada melibatkan diri dalam gejala
sosial yang negatif. Hal ini kerana mereka merupakan orang yang bakal mengambil alih bagi
menerajui

pucuk

kepimpinan

negara.

Justeru,

segenap

lapisan

masyarakat

mesti

menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan sosial yang negatif ke akar umbi. Sistem
8

GURU DAN CABARAN SEMASA

pendidikan amnya dan guru-guru khususnya menghadapi cabaran untuk meletakkan muridmurid di landasan moral yang betul mengikut norma hidup masyarakat melalui keperibadian
guru sendiri dan juga pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah.

3.0

PENULISAN ESEI
INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) DALAM BILIK DARJAH.

Dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan, kaedah 'chalk n talk' sudah
tidak relevan lagi buat masa kini. Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya dari
aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Hal ini secara tidak langsung turut
mengubah trend pembelajaran pada masa kini yang lebih berfokuskan kepada penemuan dan
inkuiri, resos, projek serta pembelajaran aktif. Strategi pembelajaran pada abad ke-21 juga lebih
menekankan kepada keupayaan murid dalam mencari, meneroka, menilai, dan menggunakan
maklumat. Lantaran itu, guru haruslah bersiap sedia untuk berubah dan mendepani gelombang
inovasi yang sentiasa melanda selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa
sempadan. Pengurus sekolah memainkan peranan yang penting dalam memastikan
penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Oleh
itu, peranan pihak pentadbir sekolah khususnya guru besar adalah sangat penting bagi
memastikan guru-guru membudayakan inovasi TMK dalam PdP yang disediakan. Sekiranya
saya berpeluang untuk menjadi seorang guru besar, saya akan membudayakan inovasi TMK
dalam PdP dengan memberikan penekanan kepada strategi PdP yang inovatif, penggunaan
teknologi dalam pengajaran serta penggunaan bahan sumber pembelajaran secara meluas.
Dari aspek strategi PdP yang inovatif, saya akan menggalakkan guru-guru untuk
menyampaikan sesi PdP dengan pembelajaran elektronik (e-learning) di dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. Pembelajaran elektronik ini merujuk kepada semua jenis
pembelajaran yang berlaku melalui internet, jaringan komputer, CD ROM serta televisyen
interaktif. Ini bermaksud pembelajaran boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa
sahaja sesuai dengan keperluan pelajar. Antara contoh pembelajaran yang boleh dijalankan
adalah melalui program Frog VLE semasa di dalam bilik darjah. Frog VLE merupakan sistem
pembelajaran yang berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan

GURU DAN CABARAN SEMASA

menyatukan konsep pendidikan konvensional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).


Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara
murid-murid boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi
melalui Frog VLE. Frog VLE ini juga boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan
adanya capaian Internet. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan emel, SMS, MMS,
forum maya, laman sesawang seperti Facebook serta aplikasi WhatsApp mahupun Telegram
untuk mengadakan perbincangan serta pertukaran idea atau maklumat mengenai topik
pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan memberikan pengalaman pembelajaran yang
unik kepada murid-murid sekaligus dapat menggalakkan mereka untuk melibatkan diri secara
aktif dalam sesi perbincangan. Dengan adanya penglibatan yang aktif daripada murid-murid,
ianya secara tidak langsung akan memotivasikan murid untuk belajar.
Selain itu, saya juga akan menekankan tentang penggunaan teknologi dalam
pengajaran bagi membudayakan amalan inovasi TMK di sekolah. Penggunaan teknologi
semasa proses PdP merujuk kepada penggunaan teknologi secara terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan PdP. Integrasi teknologi dalam PdP
ini melibatkan guru dan murid-murid. Ini bermakna teknologi digunakan sebagai wahana PdP.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah
dengan persembahan penyampaian melalui penggunaan power point, tayangan video serta
penggunaan smart board interaktif. Sebagai contoh, guru-guru boleh menjalankan sesi PdP
secara interaktif dengan menggunakan smart board interaktif bagi memberikan murid-murid
pengalaman pembelajaran yang bermakna. Ini secara tidak langsung juga akan menarik
perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, guru-guru juga
boleh merakamkan isi pengajaran yang hendak disampaikan melalui podcasting. Podcasting
merupakan proses merakam siri atau episod dalam bentuk audio yang menyerupai gaya
penyampaian penyampai radio. Rakaman ini seterusnya akan dimuat naik ke dalam laman
sesawang atau portal sekolah. Bahan ini boleh dimuat turun oleh murid-murid dan didengar
melalui MP3, iPOD, telefon bimbit, komputer riba dan lain-lain lagi. Penggunaan podcast dalam
pengajaran ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk menelaah isi pembelajaran
pada bila-bila masa. Lantaran itu, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk guru-guru
memanfaatkan sebarang bentuk pengajaran untuk menjadikan proses PdP lebih menarik dan
memberi kesan yang lebih kukuh kepada murid-murid.
Pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi semakin berkembang dari sehari ke
sehari. Ini secara tidak langsung mendorong guru untuk bergantung kepada pelbagai jenis
8

GURU DAN CABARAN SEMASA

sumber pembelajaran. Oleh itu, sebagai seorang guru besar, saya akan menggalakkan guruguru untuk menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan teknologi secara meluas.
Antara sumber pembelajaran yang boleh digunakan adalah e-buku, e-portfolio serta blog dan
forum. E-buku ialah buku dalam bentuk elektronik yang memuatkan isi kandungan yang sama
dengan buku yang telah dicetak dan dimuat naik di laman sesawang. Oleh itu, ianya akan
memudahkan murid-murid untuk merujuk buku dengan mudah. Hal ini kerana, e-buku boleh
diakses melalui capaian internet pada bila-bila masa. E-portfolio pula merupakan satu alat
interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran murid, catatan interaksi
antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Melalui penggunaan E-portfolio,
perkembangan pembelajaran murid-murid dapat dipantau dari semasa ke semasa. Hal ini akan
memudahkan guru memantau dan membimbing murid-murid mengikut keperluan pada bila-bila
masa. Selain itu, blog dan forum juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk
membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang secara atas talian. Bolg
dan forum juga membolehkan murid-murid untuk berkongsi pengalaman dan pandangan
sekaligus mampu membentuk murid-murid untuk mempunyai pemikiran yang kreatif serta
inovatif. Selain itu, dengan adanya bimbingan dan pemantauan yang baik, kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid-murid juga dapat dikembangkan. Justeru, adalah
wajar bagi guru-guru untuk menggunakan pelbagai jenis sumber pembelajaran secara meluas
bagi membantu murid-murid memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran murid sesuai
dengan peredaran zaman.
Secara keseluruhannya, inovasi TMK dalam amalan PdP di bilik darjah adalah wajar
dilaksanakan untuk menyediakan pembelajaran yang lebih bermakna serta menarik kepada
murid-murid. Ini juga adalah seiring dengan arus globalisasi yang mengalakkan pembaharuan
demi pembaharuan diimplementasikan dalam sistem pendidikan negara. Dengan adanya
pengamalan inovasi TMK di dalam bilik darjah, murid-murid juga dapat dibentuk untuk
mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif di samping mampu meningkatkan KBAT dalam
kalangan murid-murid.

GURU DAN CABARAN SEMASA

4.0

PENUTUP
Secara keseluruhannya, menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan

mencapai pendidikan yang cemerlag bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah
kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigma, stail pemikiran dan bertindak
secara professional serta yang paling penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat.
Walaupun dibebani dengan tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan
berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan
kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.
Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan
mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai
kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk
menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah
semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah
merungut dengan beban tugas yang dipikul.

Anda mungkin juga menyukai