Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Nama: Lingeswari A/P Krishna


Kelas : P4H
Opsyen: TESL
Saya mendapat tugasan Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani daripada
Puan Faridah binti Abdul Rahman. Subjek ini nampak sangat menarik kerana berkaitan
dengan seni, muzik dan pergerakan. Secara umumnya, manusia akan menghayati
setiap tugasan apabila tugasan itu berkaitan dengan seni nyanyian, seni lakonan dan
seni warisan masing-masing. Setiap bangsa dan etnik di dunia ini mempunyai seni
dalam kehidupan masing-masing. Inilah dikatakan seni itu bersifat unik. Walau
bagaimanapun, apa yang saya belajar dalam subjek ini adalah tiga jenis seni dalam
pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Tugasan yang diberikan kepada saya ialah membuat satu RPH KSSR yang
lengkap yang menghubungkaitkan seni visual, muzik dan pergerakan dalam persediaan
mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Tugasan yang kedua pula, saya
bersama-sama dengan kumpulan saya dikehendaki membuat pengajaran mikro untuk
RPH tersebut dan yang terakhir sekali membuat refleksi sepanjang penyediaan
tugasan.
Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah kefahaman dan pendedahan
awal mengenai tugasan ini kepada saya. Saya sebenarnya kurang faham apa yang
perlu saya buat dalam menyiapkan tugasan ini. Disebabkan kali pertama saya
membuat tugasan sebegini dan penerangan dalam soalan tugasan juga agak kurang
jelas. Namun begitu, saya banyak bertanya kepada pensyarah pembimbing dan kawankawan mengenai tugasan ini. Setiap penerangan daripada pensyarah telah saya
catatkan agar lebih mudah ingat serta memudahkan saya untuk membuat tugasan.
Saya berpendapat bahawa tugasan ini banyak memberi manfaat kepada bakal guru.
Hal ini demikian kerana dengan adanya tugasan ini, bakal guru lebih bersikap kreatif,
inovatif, proaktif dan berdaya saing dalam menghasilkan RPH yang terbaik. Bakal guru

lebih arif dalam mencari maklumat di internet dan buku-buku di pusat sumber. Dalam
keadaan ini, bakat dan kreativiti seseorang akan terserlah ketika menjalankan tugasan
tersebut.
Mengenai isu yang diperkatakan, saya sebenarnya kurang faham mengenai
soalan tugasan yang diberikan. Pada mulanya, kami dikehendaki membuat RPH
mengikut mata pelajaran elektif kami. Namun ada sesetengah pensyarah mengatakan
bahawa ianya baik jikalau kami membuat mengikut mata pelajaran major. Oleh itu, kami
telah mengambil masa yang lama untuk mendapatkan penerangan daripada penyelaras
kursus ini. Setelah mendapat penjelasan yang terang daripada penyelaras dan
pensyarah, kami telah ditugaskan untuk membuat RPH mengikut opsyen kami iaitu
dalam bahasa Inggeris. Selain itu, apa yang merungsingkan saya adalah tajuk yang
dipilih. Seperti sedia maklum, saya telah memilih tajuk kitar semula dalam membuat
tugasan saya.
Mengenai tugasan saya dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
saya dan ahli kumpulan saya telah membuat penyelidikan mengenai kurikulum baru
iaitu KSSR. KSSR adalah kurikulum baru yang menggantikan KBSR yang telah
digunakan sejak tahun 2005 lagi. saya telah memilih subjek Bahasa Inggeris sebagai
subjek pengajaran saya. Walau bagaimanapun, saya beranggapan subjek ini sangat
bersesuaian dengan tajuk pengajaran saya iaitu Recycle. Tambahan pula, saya
membuat RPH dalam satu masa iaitu 60 minit bersamaan dengan masa untuk sehari
subjek Bahasa Inggeris. Saya dan ahli kumpulan saya telah berbincang mengenai
aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan semasa pengajaran mikro yang melibatkan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Kesimpulannya, saya dapat rumuskan bahawa menghubungkaitkan seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan amatlah penting kepada guru dan murid-murid. Di
samping itu, keseronokan belajar juga akan terhasil dalam suasana dan iklim bilik
darjah. Keadaan inilah yang penting untuk murid-murid belajar bersungguh-sungguh
kerana telah menyimpan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai