Anda di halaman 1dari 74

Jenis Karangan : Biografi

Contoh 1 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Ibu Saya ”.

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu. Nama ibu saya ialah Jolin. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya. Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik. Ibu jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa-apa kesalahan, ibu akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna. Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari nanti.

Kosa Kata :

1. bersabar = tabah

2. berusia = berumur

3. insan = manusia

4. jarang = tidak selalu, renggang

5. menguruskan = mengendalikan

- 1 -

Jenis Karangan :

Latihan 1 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Bapa Saya ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- nama berumur pekerjaan tempat bekerja

Isi 1 :

- seorang yang tegas baik hati pemurah disenangi tidak sombong

Isi 2 :

- mengambil berat keluarga pelajaran jarang marah-marah - bersabar

Penutup :

- menyayanginya amat beruntung bapa yang baik membalas jasa bapa

- 2 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 3 -

Jenis Karangan : Biografi

Contoh 2 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Keluarga Saya ”.

Keluarga saya terdiri daripada lima orang, iaitu ayah, emak, saya dan dua orang adik lelaki. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat. Ayah saya bernama Joshua Siaw. Beliau seorang guru yang mengajar di SJK Chung Hua Krokop yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Ayah saya seorang yang tegas tetapi baik hati serta pemurah. Ibu saya seorang suri rumah tangga. Beliau menguruskan rumah tangga serta keperluan kami sekeluarga. Ibu saya seorang yang sangat rajin dan pandai memasak. Saya anak yang sulung. Saya belajar di sekolah yang sama dengan tempat ayah saya bekerja. Saya belajar dalam tahun empat. Saya mempunyai sepasang adik lelaki berkembar bernama Jason dan Jeff . Mereka masih bersekolah tadika. Adik-adik saya comel dan manja. Saya amat menyayangi keluarga saya. Kami sayang-menyayangi serta mengambil berat antara satu sama lain. Saya berasa amat bangga mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap keluarga saya akan kekal bahagia selama-lamanya.

Kosa Kata :

1. bangga = megah

2. berhampiran = berdekatan, tidak berapa jauh

3. keperluan = kehendak, sesuatu yang berguna

4. manja = ramah, mesra, kasih

5. kekal = abadi

- 4 -

Jenis Karangan :

Latihan 2 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Jiran Baharu Saya ”.

* Rujuk buku teks halaman ke-2

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- nama umur pekerjaan tempat bekerja Isi 1 :

- ahli keluarga biodata keluarga

Isi 2 :

- sikap jiran peramah baik hati disenangi tidak sombong Penutup :

- berharap hidup - gembira

- 5 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 6 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 3 :

Tarikh :

Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di sebatang sungai. Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa saya memancing ikan di sebatang sungai. Sungai itu berdekatan dengan rumah kami. Kami telah menyediakan peralatan memancing seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya. Selepas itu, kami mengayuh basikal ke destinasi. Apabila tiba di tepi sungai, kami mencari suatu tempat yang sesuai. Kami duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Selepas memasang umpan, kami pun mula memancing ikan dengan sabar. Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat seekor ikan yang besar. Pada petang itu, kami berjaya mendapat lapan ekor ikan. Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Ibu telah memasak kari ikan untuk kami sekeluarga. Saya berasa gembira pada hari itu kerana telah memperluaskan pengalaman hidup saya.

Kosa Kata :

1. destinasi = tempat yang hendak dituju

2. gembira = riang

3. menyediakan = melengkapkan

4. pengalaman = apa yang telah dialami, dirasai

5. umpan = perangkap

- 7 -

Jenis Karangan :

Latihan 3 :

Tarikh :

Kamu telah menyertai perkhemahan di pinggir hutan yang dianjurkan oleh pasukan pengakap sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu itu.

* Rujuk buku teks halaman ke-14

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- cuti sekolah pasukan pengakap sekolah berkhemah menyertai - diketuai Isi 1 :

- tiba tapak perkhemahan dibahagikan menjalankan tugas - bekerjasama Isi 2 :

- waktu senja memasak siap menikmati duduk beramai-ramai -

mengelilingi unggun api dinyalakan menyanyi menari larut malam Penutup :

- pagi mengemaskan berangkat rumah gembira berpeluang - aktiviti

- 8 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 9 -

Jenis Karangan : Biografi

Contoh 4 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Rumah Impianku ”.

Rumah impianku besar dan cantik. Rumah impianku dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Rumah impianku terletak berdekatan dengan bandar raya. Rumah impianku diperbuat daripada bahan binaan bermutu. Rumah impianku berpagar. Pokok bunga ditanam di tanah lapang hadapan rumah impianku. Pokok buah-buahan pula ditanam di belakang rumah impianku. Ruang tamu rumah impianku dilengkapi dengan perabot mewah dan alat elektronik. Ruang dapur pula dilengkapi dengan peralatan baharu. Ruang makan selesa kerana dilengkapi dengan pendingin udara. Bilik tidur juga dilengkapi dengan pendingin udara dan peralatan baharu. Rumah impianku mempunyai bilik mandi yang besar. Aku berangan-angan tinggi dan yakin rumah impianku akan menjadi kenyataan. Aku mestilah rajin berusaha agar dapat mempunyai rumah seperti itu.

Kosa Kata :

1. impian = khayalan, angan-angan, yang dimimpikan

2. berdekatan = berhampiran

3. bermutu = bernilai tinggi

4. berangan-angan = bercita-cita, mempunyai angan-angan

5. berusaha = bekerja dengan giat, berikhtiar dengan sedaya upaya

- 10 -

Jenis Karangan :

Latihan 4 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Sekolah Saya ”.

* Rujuk buku teks halaman ke-18

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- belajar sekolah yang terkenal Sekolah Harapan Negara Sekolah Cemerlang - Miri Isi 1 :

- bangunan besar bilik darjah dewan besar bilik guru besar bilik guru kantin bilik multimedia makmal Sains bengkel Kemahiran Hidup Isi 2 :

guru besar - guru murid tiga bangsa kaum - kebanyakan - orang Cina bergaul mesra Penutup :

- bangga gembira berharap sekolah terus maju

- 11 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 12 -

Jenis Karangan : Biografi

Contoh 5 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Guru Besar Saya”.

Encik Tony Tie Hung Teck ialah guru besar saya. Beliau berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop, Miri. Setiap pagi beliau pergi ke sekolah dengan menaiki kereta dan sampai di sekolah pada pukul enam pagi. Apabila sampai di sekolah, beliau melihat senarai tugas yang terletak di atas mejanya. Pada setiap hari Isnin, perhimpunan sekolah diadakan. Beliau akan memberikan ucapan kepada semua pelajar tentang kebersihan, disiplin, kemajuan pelajar dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing. Selain itu, beliau juga mengajar pelajar tahun enam bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Beliau perlu menghadiri banyak mesyuarat yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta pihak sekolah. Beliau selalu sibuk dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan. Tugas dan tanggungjawab beliau sangat berat. Walau bagaimanapun, beliau tetap akan berusaha untuk melaksanakan tugasnya dengan baik sekali.

Kosa Kata :

1. berkhidmat = bekerja, bertugas

2. kemajuan = keadaan yang maju, ketinggian taraf

3. menghadiri = mengikuti

4. melaksanakan = melakukan

5. sampai = tiba

- 13 -

Jenis Karangan :

Latihan 5 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Diri Saya ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- nama berumur belajar bersekolah menaiki bas Isi 1 :

- kawan rapat duduk bersama berbincang masalah - menyelesaikan Isi 2 :

- hobi bermain gelanggang berhampiran mengenal kawan - baru Isi 3 :

- buah makan berkhasiat mengurangkan dahaga cuaca panas

Penutup :

- bercita-cita guru memberi sumbangan belajar bersungguh-sungguh

- 14 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 15 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 6 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Cita-cita Saya ”.

Setiap orang tentu mempunyai cita-cita. Ada yang ingin menjadi doktor, peguam, guru dan sebagainya. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Kalau ingin menjadi seorang guru, kita hendaklah mendapat ijazah pendidikan di institusi perguruan terlebih dahulu. Untuk mencapai hasrat itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya lulus dalam semua mata pelajaran. Menjadi seorang guru bukanlah mudah. Guru perlu mengajar ramai murid dan menjadikan sesuatu pelajaran menarik supaya murid-murid berminat dalam pelajaran itu. Saya ingin menjadi guru kerana dapat berbakti kepada masyarakat dan negara. Saya bercita-cita untuk mendidik anak-anak supaya mereka pandai menulis, membaca dan mengira. Saya juga mahu mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna. Sekiranya cita-cita saya tercapai, saya akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya akan mengadakan kelas tambahan percuma untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam pelajaran. Pendidikan sangat penting kepada kita. Oleh itu, saya hendak rajin belajar untuk mencapai cita-cita saya apabila dewasa kelak.

* Rujuk buku teks halaman ke-45

* UPSR 2008

Kosa Kata :

1. berbakti = berbuat bakti kepada, setia kepada

2. hasrat = harapan

3. ijazah = sijil akuan kolej atau universiti

4. kelak = nanti

5. menarik = memikat

- 16 -

Jenis Karangan :

Latihan 6 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Hobi Saya ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- ramai orang hobi seperti paling suka bermain bola keranjang Isi 1 :

- sejak kecil selalu bersama bapa gelanggang diajar lama-kelamaan Isi 2 :

- mewakili sekolah pertandingan peringkat negeri pasukan - hadiah Isi 3 :

- lapang bermain kawan-kawan gelanggang berhampiran - rumah

Penutup :

- dapat menjadikan otas cerdas badan sihat berkenalan kawan baru

- 17 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 18 -

Jenis Karangan : Autobiografi

Contoh 7 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Aku Sebuah Telefon Bimbit ”.

Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku Nokia. Aku dihasilkan di suatu kilang Shah Alam. Badanku berwarna jingga. Setelah dihasilkan, aku dihantar ke kedai telefon dengan menggunakan sebuah van. Dalam perjalanan, aku berasa gembira dan bimbang kerana belum pasti lagi aku hidup dengan senang atau susah. Setelah tiba di kedai, aku dipamerkan di dalam almari kaca. Di situ, aku berkenalan dengan kawan-kawan yang berjenama lain. Suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda. Setiap hari, tuan aku menggunakan aku untuk menghantar sistem pesanan ringkas kepada ringkas kepada kawan-kawannya. Aku gembira hidup dengan tuan aku kerana dia menjaga aku dengan baik. Aku harap akan dapat berkhidmat kepada tuan aku hingga ke akhir hayat.

Kosa Kata :

1. berkenalan = bergaul

2. berjenama = mempunyai jenama, ada jenamanya

3. bimbang = berasa tidak tetap hati

4. jingga = kuning kemerah-merahan

5. sistem pesanan ringkas = sms

- 19 -

Jenis Karangan :

Latihan 7 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Aku Sebuah Komputer Riba ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- nama dilahirkan - berwarna

Isi 1 :

- lengkap memasukkan kotak dihantar kedai komputer Isi 2 :

- mempamerkan di atas meja komputer reka bentuk menarik perhatian Isi 3 :

- dibeli pemuda menggunakan aku membuat kerja melayari internet Penutup :

- gembira mendapat tuan - baik

- 20 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 21 -

Jenis Karangan : Surat Kiriman Tidak Rasmi

Contoh 8 :

Tarikh :

Tulis sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti.

No. 6G, Lorong 4E, Jalan Krokop, 98000 Miri.

6 Mar 2010.

Ke hadapan nenda berdua yang kini berada di Kampung Saratok dengan selamatnya.

Nenda,

Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana? Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat. Cucunda dan keluarga di sini, sihat-sihat sahaja. Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang. Cucunda akan menyertai pertandingan bola tampar di sekolah. Pertandingan bola tampar itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini. Cucunda berharap agar nenda berdua bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda saja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas ke Korea.

Setakat ini sahaja yang dapat cucunda tuliskan pada kali ini. Doakanlah kejayaan cucunda dalam pertandingan itu. Semoga bertemu nanti.

Cucundamu yang jauh, Isaac Ting

- 22 -

Jenis Karangan :

Latihan 8 :

Tarikh :

Kamu tinggal bersama-sama nenek dan bersekolah di kampung. Tulis sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di sekolah kamu. Kamu akan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas kamu.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- menemui ayahanda sihat selalu

Isi 1 :

- apa khabar berdoa sihat anakanda nenda sihat usahlah bimbang

Isi 2 :

- meminta menghadiri majlis penyampaian hadiah tarikh masa tempat

anakanda menerima pelajar terbaik dalam kelas tempat pertama Isi 3 :

- berharap hadir majlis itu anakanda gembira jika nenda turut

hadir perasaan nenda Penutup :

- rindu akan ayahanda dan bonda

- 23 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 24 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 9 :

Tarikh :

Kamu dan kawan-kawan kamu telah pergi ke dusun pada musim buah-buahan yang lalu . Ceritakan pengalaman itu.

Pada musim buah-buahan yang lalu, saya, Ken dan Jeremy telah pergi ke dusun Pak Su. Pak Su ialah kawan bapa Jeremy. Dusun Pak Su terletak di Kampung Saratok. Apabila kami sampai di sana, Pak Su telah sedia menunggu kami di halaman rumahnya. Dia membawa kami ke dusunnya. Dalam perjalanan menuju ke sana, Pak Su memberitahu kami di dusunnya terdapat pokok rambutan, mangga, betik dan jambu batu. Pak Su menerangkan kepada kami cara untuk memilih buah-buahan yang masak dan sesuai untuk dipetik. Pak Su menggunakan buluh panjang yang mempunyai pisau pemotong di hujungnya untuk memetik buah-buahan. Kami berehat di pondok yang terletak di tepi dusun sambil menjamu buah-buahan yang telah dipetik itu. Buah-buahan itu lazat dan manis. Pada sebelah petang, kami bersiap-siap untuk pulang. Pak Su membekali kami buah-buahan untuk dibawa pulang.

Kosa Kata :

1. halaman = perkarangan

2. membekali = memberi bekal

3. menerangkan = menjelaskan

4. musim = iklim, masa yang tetap setiap tahun mengikut perubahan

5. pondok = dangau, rumah kecil

- 25 -

Jenis Karangan :

Latihan 9 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “Berkelah Di Pantai ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- cuti sekolah berkelah Tanjung Marina bertolak pagi menaiki Isi 1 :

- tiba destinasi ramai pengunjung tempat membentangkan tikar Isi 2 :

- menukar pakaian mandi-manda istana pasir menjamah bekalan berehat mendengar radio Isi 3 :

- menuju puas mengutip kulit siput cantik dibawa pulang

Isi 4 :

- ibu bersiap-siap pulang mengutip sampah membuang tong sampah

Penutup :

- pulang melawat gerai cenderamata dibawa pulang penat - gembira

- 26 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 27 -

Jenis Karangan : Laporan

Contoh 10 :

Tarikh :

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang membuat minuman ringan. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN KE KILANG MINUMAN RINGAN

Pada 30 Januari 2010, Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman J&J. Kilang tersebut terletak di Jalan Krokop, Miri. Seramai 36 orang murid telah menyertai rombongan ini. Kami diiringi oleh empat orang guru. Kami berkumpul di dewan besar sekolah pada pukul 7.00 pagi dan bertolak pada pukul 7.30 pagi. Tepat pukul 8.30 pagi, kami tiba di destinasi. Kami disambut oleh pengurus kilang, Encik Joshua Ting. Pengurus kilang, Encik Ting memberi penerangan mengenai operasi kilang itu. Setelah itu, kami dibawa melawat ke sekitar kilang. Kami berpeluang menyaksikan cara-cara minuman ringan diproses. Selepas itu, kami dijamu dengan minuman dan makanan di bilik rehat. Sebelum pulang ke sekolah, pengurus kilang telah menghadiahkan beberapa kotak minuman ringan kepada kami sebagai tanda mata. Kami berasa amat seronok kerana dapat melawat ke kilang itu. Banyak pengalaman yang berguna telah kami peroleh daripada lawatan ini. Kami tiba di sekolah pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Ken Lim S W

(KEN LIM SHENG WANG) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, SJK Chung Hua Krokop, Miri.

- 28 -

3 FEBRUARI 2010.

Jenis Karangan :

Latihan 10 :

Tarikh :

Persatuan Sains dan Matematik sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang membuat kain songket. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu.

*Rujuk buku teks halaman ke-59

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- tarikh persatuan lawatan kilang songket bilangan guru pengiring

Isi 1 :

- bertolak bas tiba destinasi disambut pegawai taklimat -melawat Isi 2 :

- melihat cara-cara kain songket dihasilkan ruang pameran produk

Penutup :

- berjaya matlamat diharapkan seperti ini masa-masa akan datang

- 29 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 30 -

Jenis Karangan : Biografi

Contoh 11 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Kehidupan Seorang Pemandu Teksi ”.

Pak Ting ialah seorang pemandu teksi. Dia tinggal berhampiran dengan rumah saya. Dia bekerja sebagai pemandu teksi selama tujuh tahun setelah bersara daripada tentera. Teksi yang dipandunya adalah kepunyaannya sendiri. Pada awal pagi, Pak Ting keluar mencari penumpang. Dia membawa air minuman sebagai bekalan. Pak Ting mengenakan tambang yang berpatutan kepada penumpang. Dia disukai ramai kerana dia seorang yang jujur dan berhemah tinggi. Pada waktu tengah hari, Pak Ting berhenti untuk makan dan berehat. Setelah itu, dia menyambung kembali kerjanya. Menurut Pak Ting, dia selalu bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Selain penumpang tempatan, Pak Ting juga membawa pelancong dari luar negara. Oleh itu, Pak Ting telah memasuki kelas bahasa Inggeris untuk memudahkan dia berkomunikasi dengan pelancong-pelancong asing. Pak Ting balik ke rumah pada pukul 9.00 malam. Semasa menikmati makan malam, Pak Ting akan berbual-bual dan bertanya perkembangan pelajaran anak-anaknya. Pak Ting gembira kerana dia mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

Kosa Kata :

1. berkomunikasi = berhubung

2. bersara = berhenti bekerja, berpencen

3. penumpang = orang yang menumpang

4. perkembangan = kemajuan

5. ragam = jenis, macam

- 31 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Latihan 11 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, Kehidupan Seorang Pekebun Sayur ”.

*Rujuk buku teks halaman ke-98

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- Pak Wong pekebun berjaya umur nenanam pelbagai jenis sayur- sayuran Isi 1 :

- awal pagi ke kebun basikal mencangkul tanah membina batas

Isi 2 :

- menyiram sayur-sayuran menggembur tanah membubuh baja subur

Isi 3 :

- mendapat hasil memetik sayur-sayuran dijual pasar malam Penutup :

- pekebun gigih berazam menjadi pekebun contoh - senang

- 32 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 33 -

Jenis Karangan : Perbincangan

Contoh 12 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Menabung Menjamin Masa Depan ”.

Wang atau duit digunakan untuk membeli serta mendapatkan barang- barang keperluan harian, makanan, minuman dan lain-lain. Menabung merupakan satu amalan yang baik demi menjamin masa depan yang lebih cerah. Terdapat pelbagai cara yang boleh menggalakkan kita menabung. Antaranya ialah membawa makanan ke sekolah, mengadakan pertandingan menyimpan wang, membeli tabung simpanan yang tidak boleh dibuka supaya kita tidak boleh mengeluarkan wang sehinggalah tabung itu penuh. Amalan menabung melatih kita supaya tidak menghabiskan semua wang saku dalam satu masa. Kita haruslah berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sahaja. Jika kita menabung wang setiap hari, kita tidak perlu membebankan ibu bapa untuk menampung yuran pelajaran apabila dewasa nanti. Kita juga boleh membeli sesuatu yang dihajati dengan wang simpanan sendiri. Kita haruslah memupuk sikap menabung sejak di sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Kosa Kata :

1. keperluan = keharusan, kemestian

2. menjamin = berjanji akan menanggung kewajipan orang lain

3. menggalakkan = mendorongkan, memberangsangkan

4. menyimpan =menghimpun

5. memupuk = meletakkan pupuk

- 34 -

Jenis Karangan :

Latihan 12 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Kepentingan Air ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- penting kehidupan minum mandi kilang-kilang tempat-tempat makan Isi 1 :

- tidak ada air hidupan mati manusia haiwan mencukupi tumbuh- tumbuhan mati kering - tandus Isi 2 :

- tidak mandi badan busuk penyakit pakaian dibasuh busuk makanan dimasak tanpa air Penutup :

- kehidupan - susah tanpa air jangan membazir menggunakan air bekalan air ada menutup pili tidak memerlukan

- 35 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 36 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 13 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Sukan Tahunan Sekolah Saya ”.

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya mengadakan sukan tahunan di Stadium Terbuka Miri. Stadium dihias dengan panji-panji yang berwarna- warni. Berbagai-bagai acara telah diadakan seperti lari berpagar, lompat jauh, melontar peluru dan sebagainya. Pada awal pagi lagi, para peserta rumah sukan yang mengambil bahagian telah berkumpul di khemah masing-masing. Para penyokong berpusu-pusu datang untuk memberi sokongan kepada rumah sukan masing-masing. Mereka pula duduk di astaka. Ibu bapa turut hadir bersama-sama menyaksikan sukan tahunan. Guru besar merasmikan sukan tahunan sekolah selepas memberi ucapan. Acara sukan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara 80 meter lelaki lari berpagar. Para penonton bersorak-sorai untuk memberi sokongan kepada para peserta. Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tambahan pula, tujuan sukan tahunan ini diadakan untuk mencungkil bakat murid di samping mengeratkan hubungan di kalangan murid-murid. Pada 11.30 pagi, peserta-peserta berehat seketika untuk menjamah makanan. Sejam kemudian, acara sukan diteruskan semula. Akhirnya, pasukan Rumah Kuda berjaya menjadi Johan. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tan Chong Heng dan Chin Yin Suen diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah pada tahun ini. Wartawan sibuk mengambil gambar para pemenang. Acara sukan tamat pada pukul 4.30 petang. Murid-murid bergotong- royong mengemaskan stadium. Semua murid bersurai dengan perasaan yang senang hati.

Kosa Kata :

1. berbagai-bagai = pelbagai

2. seperti = sebagai, macam, sama dengan

3. mengeratkan = merapatkan

4. berjaya = menang, berhasil

5. tamat = selesai, habis, berakhir

- 37 -

Jenis Karangan :

Latihan 13 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Hari Sukan “.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- masa tempat Hari Sukan Isi 1 :

- awal pagi para peserta berkumpul khemah pasukan penyokong Isi 2 :

- guru besar merasmikan Hari Sukan menyampaikan ucapan

Isi 3 :

- acara bermula penonton bersorak-sorai memberi sokongan Isi 4 :

- akhirnya pasukan johan olahragawan olahragawati Penutup :

- tamat bekerjasama mengemaskan balik - riang

- 38 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 39 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 14 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Suasana Di Kantin Sekolah Saya Pada Waktu Rehat ”.

Sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang besar. Sewaktu loceng berehat berbunyi, semua murid segera mengemaskan buku lalu berbaris. Suasana di kantin sungguh riuh-rendah. Murid-murid berbaris untuk membeli makanan. Penjual-penjual makanan dan minuman juga sibuk melayan murid-murid. Selepas membeli makanan, murid-murid pun duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak sekolah. Mereka makan dengan sopan. Sambil makan, mereka juga berbual-bual. Setelah makan, murid-murid membuang sisa makanan ke dalam tong sampah supaya kantin kelihatan bersih. Murid-murid juga meletakkan pinggan ke dalam besen. Pada pukul 10.10 pagi, loceng berbunyi lagi. Murid-murid pun balik ke kelas masing-masing.

Kosa Kata :

1. segera = cepat, gesa-gesa

2. berbaris = berjajar

3. sopan = beradab

4. sisa = baki

5. besen = baskom

- 40 -

Jenis Karangan :

Latihan 14 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Suasana Di Pasar Malam”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- pasar malam tempat tinggal diadakan hari - menemani

Isi 1 :

- suasana meriah mengunjungi membeli barang keperluan

Isi 2 :

- pelbagai jenis barangan - disusun rapi rak harga dijual - murah

Isi 3 :

- tawar-menawar penjual mendapatkan harga lebih murah membeli meletakkan bakul - dijinjing Penutup :

- balik - rumah

- 41 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 42 -

Jenis Karangan : Laporan

Contoh 15 :

Tarikh :

Persatuan Kajian Tempatan sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Sebagai setiausaha persatuan, tuliskan sebuah laporan tentang lawatan itu.

LAPORAN LAWATAN KE TANAH TINGGI CAMERON

Pada 5 Desember 2007, seramai 29 ahli Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Krokop telah membuat lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Kami telah bertolak dari sekolah tepat pada pukul 7,45 pagi bersama-sama dengan 5 orang guru pengiring. Tempat pertama yang kami lawati apabila tiba di Tanah Tinggi Cameron ialah kebun sayur. Di sini pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah kubis bunga, lobak merah, sawi dan sebagainya. Tanam-tanaman di sini subur sekali. Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula. Bunga ros yang ditanam di sini mempunyai kuntum yang besar dan cantik. Puan Hii tidak melepaskan peluang untuk membeli sejambak bunga ros. Apabila kami tiba di ladang teh, kami lihat pekerja-pekerja sedang memetik daun teh. Daun teh yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang dibawa di belakang mereka. Penyelia yang berada di situ sempat memberi penerangan kepada kami tentang cara-cara teh diproses. Sebelum pulang, kami menghabiskan masa dengan berkelah di air terjun. Di situ kami bermandi-manda dan menikmati bekalan yang kami bawa. Kami tiba di Tapah pada pukul 5.00 petang. Lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada kami. Pada bulan hadapan, kami bercadang untuk melawat ke Bandaraya Bersejarah Melaka pula.

Laporan disediakan oleh,

Michael Ngu

(MICHAEL NGU) Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan, SJK Chung Hua Krokop.

- 43 -

8 DISEMBER 2007.

Jenis Karangan :

Latihan 15 :

Tarikh :

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Muzium Angkatan Tentera Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, tuliskan sebuah laporan tentang lawatan itu.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- tarikh penganjur tempat lawatan bayaran - bilangan peserta tempat berkumpul masa bertolak Isi 1 :

- masa tiba kedatangan pegawai bertugas melawat bahagian-bahagian bilik khas menonton tayangan video mendapat gambaran awal - pameran Isi 2 :

- mengetahui sejarah perkembangan pakaian seragam dahulu terkini senjata-senjata angkatan tentera Isi 3 :

- memahami pelbagai peristiwa menyedarkan kami - peranan Penutup :

- masa berakhir membeli cenderamata - pengetahuan

- 44 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 45 -

Jenis Karangan : Autobiografi

Contoh 16 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, Aku Sebuah Televisyen ”.

Aku sebuah televisyen. Aku diperbuat daripada kaca, plastik, besi, dawai dan wayar. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Miri. Aku berjenama Sony. Permukaanku selebar 32 inci. Setelah aku disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak untuk dihantar ke sebuah kedai di bandar Krokop. Aku dipamerkan di kedai tersebut. Aku dapat menemui ramai kenalan berlainan jenama. Tiga bulan kemudian, aku dibeli oleh seorang lelaki berada dengan harga RM 6829.00. Tuan aku bernama Encik Siaw. Aku berasa sungguh gembira kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku. Aku memberikan maklumat , berita, hiburan dan pengetahuan kepada tuan aku serta anak- anaknya. Kini, sepuluh tahun telah berlalu. Badanku mulai berkarat dan sakit- sakit. Suaraku semakin tidak jelas. Warnaku mulai pudar dan kadangkala tiada warna untuk dipersembahkan. Pada suatu hari, aku ternampak sebuah televisyen baharu yang lebih cantik daripadaku. Aku mengerti bahawa televisyen itu menjadi penggantiku. Kini, aku diletakkan di sebuah bilik gelap. Aku menanti ajalku di sini.

Kosa Kata :

1. ajal = batas hidup

2. berada = kaya, berharta

3. hiburan = sesuatu untuk menghiburkan

4. inci = 2.45cm

5. pudar = tidak berseri-seri

- 46 -

Jenis Karangan :

Latihan 16 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, Aku Sebuah Basikal ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- jenama warna dibuat kilang basikal Isi 1 :

- siap dihantar kedai basikal dipamerkan rakan-rakan Isi 2 :

- datuk dan cucu datang membeli basikal

Isi 3 :

- puas membelek-belek akhirnya milih aku membayar balik - van Penutup :

- gembira mendapat tuan rajin membersihkan sayang akan aku

- 47 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 48 -

Jenis Karangan : Perbincangan

Contoh 17 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Kebaikan Menggunakan Komputer ”.

Pada masa kini, penggunaan komputer begitu meluas. Penggunaan komputer banyak kebaikannya. Dengan menggunakan komputer, kita senang mendapatkan maklumat. Banyak maklumat boleh kita dapati dengan melayari internet. Maklumat tersebut juga boleh disimpan di dalam komputer. Selain itu, komputer juga memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Sebagai contoh, kota boleh berurusan dengan bank menggunakan komputer. Oleh itu, kita tidak perlu berbaris panjang di bank. Di samping itu, kerja yang dihasilkan dengan komputer lebih baik mutunya. Misalnya, surat dan laporan yang kita taip dengan komputer lebih kemas dan cantik. Demikian juga, jika kita hendak membuat jadual. Oleh itu, setiap orang mestilah belajar menggunakan komputer. Hal ini demikian kerana komputer banyak kebaikannya dan telah menjadi keperluan pada masa kini.

Kosa Kata :

1. penggunaan = perihal menggunakan sesuatu

2. menggunakan = memakai

3. mendapatkan = memperoleh sesuatu

4. berurusan = berhubungan dengan

5. keperluan = keharusan

- 49 -

Jenis Karangan :

Latihan 17 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Faedah Membaca ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- proses mendapatkan ilmu bahan bacaan pelbagai berfaedah - seperti Isi 1 :

- menambah meluaskan pengetahuan membaca surat khabar - mengetahui Isi 2 :

- menggunakan masa berfaedah hobi - aktiviti

Isi 3 :

- cerita baca novel memberi panduan pedoman pengajaran - berguna Penutup :

- membaca mendatangkan faedah pupuklah minat sejak kecil

- 50 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 51 -

Jenis Karangan : Surat Kiriman Tidak Rasmi

Contoh 18 :

Tarikh :

Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda di luar negara untuk menceritakan pengalaman anda bercuti ke suatu tempat yang menarik

No. 4E, Lorong 6G, Jalan Krokop, 98000 Miri. 6 Jun 2010.

Menemui sahabatku, Hong Quan di Jepun. Semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Baru-baru ini saya telah melawat ke Tasik Titiwangsa. Saya berpeluang menaiki buaian putaran roda yang terbesar di Asia Tenggara. Buaian ini dikenal sebagai “ Eye on Malaysia ”. Buaian ini merupakan mercu tanda Tahun Melawat Malaysia 2007. Ketika menaiki buaian ini, saya dapat melihat pemandangan indah Kuala Lumpur. Saya dapat melihat Menara Kuala Lumpur, Istana Budaya dan Menara Berkembar Petronas. Pada malam itu, pertunjukan bunga api turut diadakan. Pemandangannya sungguh cantik. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan. Setakat ini cerita daripada saya. Sambutlah salam mesra untuk saudara sekeluarga. Sekian, terima kasih.

- 52 -

Sahabatmu,

Joshua Ting

Jenis Karangan :

Latihan 18 :

Tarikh :

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda bercuti ke suatu tempat yang menarik.

- 53 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 54 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 19 :

Tarikh :

Kamu dan kawan-kawan kamu telah menyertai aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah. Ceritakan pengalaman itu.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan gotong- royong. Murid-murid tahun enam dan beberapa orang guru ditugaskan membersihkan kawasan sekolah. Pada pagi itu, kami berkumpul di dewan sekolah. Cikgu Su membahagikan kerja kepada kami. Cikgu Kong memberi peralatan kepada kami. Kami mula menjalankan tugas masing-masing. Saya dan rakan-rakan mengutip sampah-sarap. Kami memasukkan sampah-sarap ke dalam tong sampah. Murid-murid yang lain mencabut rumput dan mencuci longkang. Beberapa orang murid perempuan sibuk menanam pokok bunga. Kerja gotong-royong itu tamat kira-kira tiga jam. Selepas itu, kami menyimpan peralatan ke dalam stor. Kemudian, kami berehat sambil minum. Saya dan kawan-kawan berasa sangat gembira dan puas hati. Kini, kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah. Murid-murid balik dengan hati yang gembira.

Kosa Kata :

1. mengadakan = menyediakan

2. membersihkan = mencucikan

3. peralatan = bermacam-macam alat

4. membahagikan = memisahkan

5. menyimpan = menaruh di tempat yang selamat

- 55 -

Jenis Karangan :

Latihan 19 :

Tarikh :

Penduduk kampung kamu terpaksa dipindahkan kerana telah dilanda banjir. Ceritakan pengalaman itu.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- hujan lebat air sungai melimpah tebing sungai menimbulkan - cemas Isi 1 :

- banjir melanda kampung pemindahan dilakukan polis marin

pertubuhan sukarela Isi 2 :

- hari pertama di pusat pemindahan suasana penuh sesak sedih

menyelebungi balai raya Isi 3 :

- hari kedua hujan semakin reda beberapa buah keluarga dibenarkan mula pulang gembira

Penutup :

- hujan berhenti semua mangsa dibenarkan pulang membersihkan rumah

- 56 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 57 -

Jenis Karangan : Autobiografi

Contoh 20 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Aku Sebatang Sungai ”.

Aku sebatang sungai. Aku bernama Sungai Rejang. Aku ialah sungai yang paling panjang di Malaysia. Aku berpunca daripada kawasan tanah tinggi seperti gunung dan bukit. Perut aku terkandung air dan khazanah. Jadi, aku sumber alam semula jadi yang amat penting kepada manusia. Aku merupakan pembekal air yang utama kepada manusia. Selain itu, aku dijadikan tempat untuk berkelah dan bersuka-ria pada hujung minggu. Di dalam peritku juga merupakan tempat manusia mencari rezeki. Ada ikan, ketam, udang dan bermacam-macam hidupan. Nelayan bebas menangkap rezeki. Aku bangga dapat berbakti kapada nelayan. Kini aku selalu sakit-sakit. Perutku menjadi tempat longgokan dan pembuang sampah-sarap. Air yang mengalir kotor dan menjijikkan. Semua ini angkara perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam perutku juga mengandungi sisa toksik dan bahan buangan dari kilang. Dahulu air dalam perutku sangat jernih tetapi sekarang airku berwarna hitam pekat. Semua hidupan yang dahulunya sering menghiburkan aku sudah tiada lagi. Aku sudah tidak tahan lagi menghadapi semua penderitaan ini. Aku sedih kerana sikap tidak bertanggungjawab manusia menyebabkan aku semakin nazak.

Kosa Kata :

1. berpunca = bermula daripada

2. terkandung = termuat, tersimpan

3. pembekal = orang yang memberi bekal

4. menjijikkan = menganggap jijik

5. jernih = (air) bening, tidak keruh

- 58 -

Jenis Karangan :

Latihan 20 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Aku Sebuah Sekolah ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- Namaku Miri - berusia Isi 1 :

- besar cantik menampung murid pokok bunga sekeliling badan Isi 2 :

- terdiri empat buah bangunan dilengkapi kemudahan seperti

Isi 3 :

- hari persekolahan murid- datang menimba ilmu belajar -bermain Penutup :

- bangga berkhidmat - masyarakat

- 59 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 60 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 21 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Permainan Yang Paling Saya Gemari ”.

Pada masa lapang, saya suka berenang, bermain bola tampar dan badminton. Permainan yang paling saya gemari ialah bola tampar. Saya dan kawan-kawan bermain bola di gelanggang sekolah pada setiap hari Selasa dan Khamis. Cikgu Ho merupakan Ketua Panitia Sains merangkap jurulatih pasukan bola tampar sekolah. Pada mulanya, kami belajar menguasai kemahiran asas. Kami berlatih menyangga bola dan membuat servis melintasi jaring. Kemudian, kami cuba mengumpan dan merejam bola. Cikgu Ho sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang cara bermain bola tampar. Saya merupakan ketua pasukan bola tampar sekolah. Tidak lama lagi, kami akan menyertai pertandingan bola tampar antara sekolah peringkat bahagian. Oleh itu, kami perlu melipat ganda usaha untuk memperoleh kejayaan dalam pertandingan itu. Saya akan terus bermain bola tampar. Saya dapat mengisi masa lapang saya secara berfaedah.

Kosa Kata :

1. permainan = apa-apa yang dimainkan

2. merupakan = membentuk, jelma

3. menyangga = menyokong, menopang atau menahan dari bawah

4. mengumpan = mengenakan tipu daya

5. berfaedah = bermanfaat, berguna

- 61 -

Jenis Karangan :

Latihan 21 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Saya Suka Makan Buah-buahan Tempatan ”.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- suka makan buah-buahan tempatan lebih suka makan - contoh Isi 1 :

- dua jenis bermusim dan tidak bermusim - contoh Isi 2 :

- rasa sedap segar berbanding dengan buah-buahan import sebagai pelawas terus dari dusun mudah didapati gerai tepi jalan Isi 3 :

- harga lebih murah tidak dikenakan cukai tidak membebankan Isi 4 :

- amat berkhasiat mengandungi zat dan vitamin - contoh Penutup :

- banyakan makan buah-buahan tempatan

- 62 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 63 -

Jenis Karangan : Keperihalan

Contoh 22 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Sambutan Hari Kebangsaan”.

Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Pelbagai acara diadakan bersempena dengan sambutan ini. Pada hari itu, pemimpin negara berada di pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini. Acara dimulakan dengan upacara menaikkan bendera ‘‘Jalur Gemilang’’. Semasa bendera dinaikkan, lagu ‘‘Negaraku’’ dinyanyikan. Setiap yang hadir menyanyikan lagu kebangsaan itu bersama-sama. Selepas itu, ikrar taat setia dilafazkan dengan penuh semangat. Tidak lama selepas itu, upacara ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah, pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian, nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini meliputi pelbagai kaum dan negeri di Malaysia. Sambutan Hari Kebangsaan disambut dengan meriah. Bagi yang tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.

Kosa Kata :

1. pelbagai = berbagai-bagai

2. utama = terpenting

3. bersejarah = ada sejarahnya

4. kebudayaan = peradaban

5. sketsa = lakonan pendek

- 64 -

Jenis Karangan :

Latihan 22 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Sambutan Hari Kebangsaan ”.

- 65 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 66 -

Jenis Karangan : Ucapan

Contoh 23 :

Tarikh :

Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain. Tulis ucapan untuk kamu sampaikan di majlis perpisahan yang akan datang.

Selamat petang diucapkan kepada guru besar, Cikgu Eric Lim, para guru dan rakan-rakan sekalian. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir dalam majlis yang kami adakan ini. Seperti yang telah dimaklumkan, majlis ini diadakan untuk meraikan guru kelas kami, iaitu Cikgu Eric Lim yang akan bertukar ke Saratok pada akhir bulan ini. Walaupun Cikgu Eric Lim baru bersama kami, namun hubungan kami dengan Cikgu Eric Lim memang rapat. Perpisahan ini memang menyedihkan kami, namun kami terpaksa menerimanya kerana semuanya sudah ditakdirkan. Jasa Cikgu Eric Lim kepada kami tidak akan dilupakan. Terimalah serangkap pantun daripada kami; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga ; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Sebelum mengakhiri ucapan ini, kami mempersilakan semua jemputan yang hadir menikmati makanan yang telah kami sediakan. Sekian, terima kasih.

- 67 -

Jenis Karangan :

Latihan 23 :

Tarikh :

Andaikan kamu seorang guru kelas. Tulis ucapan sempena sambutan Hari Guru.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- kata alu-aluan Isi 1 :

- ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir terharu dengan sambutan dan jamuan yang dibuat Isi 2 :

- bangga dengan kesungguhan murid guru sedar akan tanggungjawab pentingkan kejayaan murid Isi 3 :

- terus belajar - tanpa jemu gembira dengan kejayaan murid Penutup :

- ucapan terima kasih

- 68 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 69 -

Jenis Karangan : Dialog

Contoh 24 :

Tarikh :

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Kamu menghubungi rakan kamu melalui telefon untuk memberitahunya. Tulis perbualan kamu itu.

Ken

: Selamat petang! Boleh saya bercakap dengan Jeremy?

Jeremy

: Selamat petang, ini Jeremy bercakap. Boleh saya tahu siapakah

Ken

yang bercakap di sana? : Saya Ken. Saya hendak meminta jasa baik awak untuk

Jeremy

memberitahu Cikgu Su bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama beberapa hari. : Kenapa Ken? Awak tak sihat?

Ken

: Sebenarnya sejak semalam saya berasa kurang sihat. Ayah

Jeremy

telah membawa saya berjumpa dengan doktor. Menurut doktor, saya menghidapi demam campak. : Oh, begitu! Patutlah semalam saya lihat muka awak ada bintik-

Ken

bintik merah. Berapa lamakah awak tidak dapat hadir ke sekolah, Ken? : Doktor telah memberi saya cuti sakit selama lima hari. Saya

Jeremy

akan bawa surat daripada doktor ke sekolah setelah saya sembuh. : Baiklah Ken, saya akan beritahu Cikgu Su nanti. Janganlah awak

Ken

risau. : Terima kasih, Jeremy.

Jeremy

: Sama-sama.

Kosa Kata :

1. menghubungi = menemui

2. campak = sejenis penyakit berjangkit

3. bintik = bintil

4. sembuh = baik, betah

5. risau = bimbang

- 70 -

Jenis Karangan :

Latihan 24 :

Tarikh :

Kamu dan Alvin pergi ke hospital untuk menziarahi Jordan yang ditimpa kemalangan. Tulis perbualan kamu bertiga.

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

- bertanya khabar meminta maaf lewat menziarahi

Isi-isi :

- menceritakan bagaimana kemalangan berlaku berbincang tentang pelajaran yang tertinggal mengucapkan terima kasih Penutup :

- meminta diri untuk pulang

- 71 -

Komen

Cemerlang

Baik

Usaha lagi

Sila buat

Tarikh

guru

pembetulan

menyemak

- 72 -

Jenis Karangan : Perbincangan

Contoh 25 :

Tarikh :

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Masa Itu Emas ”.

* Rujuk buku teks halaman ke-161

Masa itu emas bermaksud masa itu sangat berharga. Kita tidak boleh membuang masa begitu sahaja. Masa seharusnya digunakan dengan sebaik- baiknya. Kita mestilah pandai membahagikan masa. Masa yang cukup mestilah diperuntukkan untuk belajar dan berehat. Kita boleh membina jadual waktu untuk menyusun kegiatan harian kita. Sikap suka membuang masa hendaklah dielakkan. Sebagai contoh, janganlah kita menghabiskan masa bermain permainan komputer terlalu lama. Kebanyakan masa yang ada tidak sepatutunya dihabiskan untuk berhibur sahaja. Orang yang menghargai masa akan menggunakannya dengan sebaik- baiknya. Dia tidak akan melepak di pusat beli-belah. Sebaliknya dia akan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca buku cerita. Kesimpulannya, kita mestilah pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Hal ini demikian kerana semua masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.

Kosa Kata :

1. berharga = bernilai

2. membahagikan = memisahkan

3. menghabiskan = menyudahkan

4. menghargai = menilai

5. berfaedah = bermanfaat, berguna

- 73 -

Jenis Karangan : Surat Kiriman Rasmi

Contoh 26 :

Tarikh :

Anda telah menghidapi penyakit selesema dan dinasihati oleh doktor untuk berehat sehari. Tuliskan sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk memohon cuti.

240, Jalan Krokop,

98000 Miri,

Sarawak.

Guru besar,

SJK Chung Hua Krokop, Jalan Krokop,

98000 Miri,

Sarawak.

10 OKTOBER 2010.

Tuan,

Memohon Cuti

Dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa saya, Cong Ming, murid 4G di sekolah ini tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana menghidapi demam selesema.

2. Emak saya telah membawa saya pergi ke klinik untuk mendapatkan

rawatan doktor. Doktor menasihati saya supaya berehat selama satu hari. Dia juga memberikan saya ubat untuk makan.

3. Saya akan datang belajar di sekolah seperti biasa pada keesokan hari

( 11 OKTOBER). Diharapkan permohonan saya mendapat pertimbangan tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Cong Ming

( CONG MING)

- 74 -