Anda di halaman 1dari 1

CONTOH PANTUN

Pantun Dua Baris


Pantun Dua Belas Baris
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana.
Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Pantun Enam Baris
Apa didapat orang memburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi di celah
batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu
susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1991, halaman 319]

Pantun Lapan Baris


Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai
Pustaka, 1958, halaman 68]

Rotan sepatah dua patah,


Tarik kerakap batang padi,
Dibawa Sutan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi
susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd.
Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985,
halaman 20]

Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya
embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya
embun,
Dipandang sahaja diambil tak
boleh.
Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak
boleh,
Bertambah geram di dalam hati.
[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu
susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1975, halaman 28]

Anda mungkin juga menyukai