Anda di halaman 1dari 2

1.

Antara kata yang disenaraikan ini, yang manakah terdiri daripada kata
tunggal ?
A
golf, seruling,ketua,pelajar
B
ubat,telunjuk,adik,kepada
C
apabila,serabut,keruping,gerigi
D
beruang,ketiak,manfaat,bendahara
2. Proses-proses yang berikut berkaitan dengan pembentukan kata, kecuali
A
mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar.
B
membubuh imbuhan pada kata dasar.
C
meminjam kosa kata daripada bahasa asing
D
menggabungkan dua patah kata atau lebih untuk membentuk kata
yang baharu.
3. Kawasan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur indah dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan imej bandar raya tersebut.
Imbuhan yang betul bagi kata indah dalam ayat di atas ialah
A
diperB
diper-i
C
diper-kan
D
di-

4. Tukang kayu itu sedang memperbesar rumah jutawan itu.


Awalan memper- dalam ayat di atas membawa maksud
A
menjadikan
B
melakukan sesuatu
C
menghasilkan sesuatu
D
menjadikan lebih atau bertambah

5. Ayat-ayat yang berikut menggunakan kata berimbuhan ter- dengan


pengertian yang sama,kecuali
A
Pasu-pasu bunga tersusun di kedai bunga itu.
B
Pelbagai juadah terhidang di atas meja.
C
Pintu rumah masih tertutup apabila polis sampai.
D
Pak Tua terpikul bakul yang berat itu.

6. Kata yang manakah antara yang berikut telah mengalami perubahan


golongan kata daripada kata dasarnya yang menerima apitan ?
I
Penempatan
II
Dibukukan
III
Mempertontonkan
IV
Pembangunan
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan IV

III dan IV

7. Pilih proses yang tidak digunakan dalam membentuk kata akronim.


A
pencantuman huruf-huruf awal setiap kata.
B
Pencantuman huruf dengan suku kata sesedap sebutan
C
pencantuman suku-suku kata awal setiap kata
D
Pencantuman dua kata dasar atau lebih.
8. Semua kata yang berikut mengalami proses penggandaan separa bersisipan,
kecuali
A
tali-temali
B
gilang-gemilang
C
turun-temurun
D
porak-peranda
9. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang kata
tunggal ?
I
Kata tunggal boleh berfungsi sebagai ayat.
II
kata tunggal boleh terdiri daripada kata ganda.
III
Kata tunggal dikenal juga sebagai kata dasar.
IV
Kata tunggal juga merangkum kata akronim
A
I dan II
B
I dan Iv
C
II dan III
D
III dan IV
10.Yang manakah penyataan mengenai kata tunggal ini benar
I
Kata tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan dan pengandaan.
II
Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan.
III
Kata tunggal sama dengan kata dasar dalam proses pembentukan
kata.
IV
Kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu
suku kata
A
I dan II
B
II dan III
C
II dan IV
D
III dan IV

Anda mungkin juga menyukai