Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Latar belakang Kerjaya


Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang yang dilakukan olehnya
seharian. Bagi individu dewasa, untuk meneruskan hidup beliau perlu bekerja bagi
mendapatkan wang atau upah bagi menyara kehidupan dirinya mahupun keluarga yang
ditanggung. Tidak kira apa jua kerja yang dilakukan, ianya amat penting dalam meneruskan
hidup seharian. Setiap manusia inginkan kehidupan yang selesa, memiliki apa yang
dikehendaki olehnya dalam memuaskan kehendak diri masing-masing. Terdapat pelbagai
bentuk kerjaya dari segi bidang tugas, tempat dan masa dan identiti. Pemilihan kerjaya adalah
amat penting dalam meningkatkan kepuasan diri, serta mendapat apa yang dihajati dalam
melakukan sesuatu bidang perkerjaan yang diminati. Kerjaya tidak semata-mata bergantung
kepada melakukan kerja seharian, tetapi ia melibatkan satu pelan jangka masa panjang dalam
terhadap masa depan, ilmu dan pendidikan yangdimiliki, pembangunan mahupun motivasi diri
sendiri, latihan dan sebagainya. Namun, ada juga dalam kalangan remaja yang tidak
mempunyai atau kurang pasti serta keliru tentang pemilihan kerjaya setelah tamat persekolahan
kelak. Apakah yang akan terjadi pada mereka? Apakah yang boleh dibuat bagi remaja yang
masih belum pasti tentang kerjaya masa depan mereka? Apa maksud kerjaya yang
sebenarnya?
Terdapat beberapa makna dan definisi yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar
dalam bidang berkenaan. Antaranya ialah Hall, Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang
berterusan atau kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam
kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan
sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan
dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil Che Din (2001)
menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluankeperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan
bekerja hingga berjaya. Terdapat beberapa bidang kerja yang telah menjadi pekerjaan kini bagi
semua orang. Antaranya adalah kewangan atau perniagaan, penulisan dan komunikasi,
perubatan dan sains, perkeranian dan pentadbiran seni reka dan kreativiti, teknikal,
keusahawanan serta perkhidmatan. Cabarannya akan timbul apabila seseorang itu tidak dapat
memilih bidang kerja yang benar-benar diminatinya dan dapat melaksanakannya dengan
kepuasan yang tinggi. Jadi bagi membantu kanak-kanak lebih memahami diri mereka dan
memberikan keyakinan supaya dapat memilih kerjaya yang sesuai dan mantap ke arah
pencapaian objektif kehidupan masing-masing satu usaha perlu diambil. Teori Kerjaya Holland

adalah salah satu daripadanya. Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland
terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan
Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada
aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan
personaliti seseorang.
2.0 Pendekatan Teori
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang
memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk
berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh
yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang.
Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran
sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan
sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)
Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori
yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat
Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi
antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan
biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu
dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktivitiaktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada
pembentukan kumpulan kecekapan tertentu. Tidak dapat dinafikan bahawa keenam-enam
aspek tersebut merangkumi semua jenis pekerjaan yang terdapat kini. Yang pertamanya adalah
realistik. Ciri-ciri personaliti atau keperibadian yang terdapat pada seseorang yang realistik
adalah Orang realistik menghadapi persekitaran secara konkrit dan fizikal. Individu realistik
biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri
yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang
kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala,
materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain. Yang keduanya adalah Investigatif yang
merupakan satu aspek di mana ia adalah sesuai bagi individu yang suka membuat kajian
sendiri. Aspek ini sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan
seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigatif mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-

hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain. Kerjaya yang
sesuai bagi seseorang yang bersifat sebeginia adalah doktor perubatan, doctor gigi, ahli
kajibumi, penyelidik dan sebagainya. Yang ketiga pula adalah Artistik. Individu yang bersifat
artistik dan inovatif ini akan suka bekerja dalam keadaan atau situasi yang kurang
bersistematik. Mereka ini lebih mengemari kerja-kerja yang memerlukan daya imaginasi dan
kreativiti yang tinggi. Yang keempat pula adalah Sosial. Individu sosial ini akan memilih aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik,
memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur
dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti
berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistik, empati, baik
hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan
dan kaunselor. Yang kelima pula adalah Enterprising atau dikenali sebagai extrovert. Mereka ini
suka berinteraksi dengan manusia dan lebih berminat dalam mengarah, memimpin dan
mengurus individu lain. Kerjaya yang sesuai bagi mereka ini ialah spekulator, pengarah
syarikat, peguam, ahli politik dan sebagainya. Yang keenam adalah Konvensional atau
praktikal. Ini adalah sebuah aspek dimana mereka ini lebih suka bekerja dengan data dan
nombor misalnya seperti penyimpan kira-kira, akauntan, kerani bank dan sebagainya.

3.0 Latarbelakang klien


Nama Klien

Pavithiran a/l Thangarajan

Tahun / Umur

Tahun 6 / 12

Bangsa

India

Status keluarga

Miskin

Tahap pencapaian akademik

Cemerlang

Hobi

Menolong orang

Jenis pekerjaan yang diminati

sosial

Nama Klien

Biruntha a/p Subramaniam

Tahun / Umur

Tahun 6 / 12

Bangsa

India

Status keluarga

Kaya

Tahap pencapaian akademik

Cemerlang

Hobi

Menolong bapanya dalam perniagaan

Jenis pekerjaan yang diminati

konvensional

4.0 Analisis Data


Kajian ini melibatkan klien yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 dari Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Gopeng, Perak. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki
dan perempuan yang meliputi kaum India. Setelah saya melaksanakan kajian ke atas dua
orang murid tahun 6 saya dapat membuat satu kesimpulan tentang hasrat sebenar mereka.
Melalui kajian ini, Saya dapat membuat keputusan ini berdasarkan penganalisan data yang
terkumpul hasil daripada kajian yang saya lakukan. Menerusi kajian yang saya lakukan ke atas
dua orang murid tahun 6, saya dapat mengenalpasti dan membuat satu rumusan bahawa
kedua-dua murid tersebut lebih menyukai aspek S dan K iaitu sosial di mana Individu sosial
adalah individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan orang lain seperti memberitahu,
melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti
eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka
mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka
menolong, idealistik, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik,
ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor. dan K bermaksud dimana

Individu

Konvensional ini suka bekerja dengan data dan nombor. Memiliki minat, kecekapan, persepsi
diri, melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. Digambarkan
sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli, sentiasa kemas, dan konservatif. Contoh kerjaya
adalah seperti akauntan, setiausaha atau operator. Menerusi kajian tersebut saya dapat
mengenalpasti minat seseorang itu amat penting dalam memilih kerjaya yang diminatinya.

Kedua-dua perkara tersebut mempunyai satu ikatan yang amat rapat dan kuat untuk
melahirkan sebuah binaan yang kukuh yang dikatakan sebagai kerjaya.

Minat merupakan

elemen penting dalam meransang individu untuk melakukan perkara yang disukainya. Minat
yang kuat terhadap sesuatu akan mendorong seseorang melakukannya secara sukarela.
Contohnya pelajar yang meminati subjek Matematik akan memberi perhatian sepenuhnya
dalam kelas dan berusaha menyelesaikan soalan yang diberi oleh guru. Biasanya perkataan
minat dikaitkan dengan keseronokan. Keseronokan menurut Abdullah (2001) adalah satu
perasaan yang wujud dalam diri seseorang disebabkan rasa suka, gembira dan bahagia
(selesa) dengan sesuatu perkara yang dilakukan. Perasaan ini akan mempengaruhi sikap (rajin
atau malas) dan reaksi (tersenyum atau monyok) seterusnya memberi kesan kepada
persekitaran termasuklah manusia sekeliling.
Melalui kajian ini saya dapati bahawa murid pertama iaitu Pavithiran a/l Thangarajan
yang lebih konfiden dan meyukai aspek-aspek yang lebih berfokus kepada S iaitu sosial.
Manakala murid kedua pula yang bernama Biruntha a/p Subramaniam lebih menyukai aspekaspek yang berkaitan dengan K yang bersifat lebih bersistematik. Menerusi dapatan kajian
berkenaan saya dapat membuat suatu rumusan di sini bahawa jantina juga memainkan
peranan yang tinggi dalam proses pembentukan sifat murid terhadap pemilihan kerjaya masingmasing. Faktor jantina adalah faktor yang sangat mempengaruhi minat dan pemilihan kerjaya
pelajar. Biasanya pelajar lelaki dan perempuan mempunyai minat dan haluan yang berbeza.
Kajian Kifer (1975) telah membuktikan bahawa memang terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina dalam perkembangan dan pembentukan sikap. Pencapaian akademik yang
berbeza memberi kesan yang tidak sama terhadap sikap mereka. Pencapaian akademik yang
tinggi atau sebaliknya, berkemungkinan besar memberi kesan yang berbeza-beza terhadap
sikap pelajar lelaki dan perempuan. Sementara itu, Tomlinson dan Even-Hughes (1992) yang
menggunakan teori Holland dengan enam jenis personaliti RIASEK (realistik, investigatif,
artistik, sosial dan konvensional) menunjukkan pelajar lelaki lebih berminat kepada kerjaya yang
realistik berbeza dengan pelajar perempuan yang lebih cenderung kepada personaliti artistik.
. Di sini saya juga ingin menekankan bahawa jantina seseorang itu juga memainkan
peranan penting dalam pembinaan personaliti seseorang dari segi pemilihan kerjaya. Hal ini
demikian kerana semasa saya membuat penganalisan terhadap data yang terkumpul saya
dapat melihat yang murid lelaki lebih menyukai kerjaya-kerjaya yang bersifat realisitik yang tidak
memerlukan daya inovatif dan kreatif. Manakala murid perempuan pula lebih mengemari
kerjaya yang lebih berfokus kepada daya kreativiti. Saya tidak dapat mengatakan perkara ini

secara muthlak disebabkan jumlah klien saya yang berada dalam kiraan yang rendah. Tetapi
bagi pendapat saya ini merupakan satu perkara yang boleh diambil sebagai satu fakta yang
boleh dipertimbangkan.
Selain daripada itu, bagi pendapat saya latar belakang keluarga klien juga memainkan
peranan yang tinggi dalam meninggalkan kesan ke atas pembinaan personaliti seterusnya
pemilihan kerjaya seseorang itu. Klien pertama saya yang bernama Pavithiran adalah seorang
murid lelaki yang berasal daripada keluarga yang miskin. Bapanya pula bekerja sebagai
pemandu lori di sebuah kilang manakala emaknya pula seorang suri rumah. Semasa yang saya
melakukan kajian ke atas murid berkenaan saya dapat mengetahui bahawa murid tersebut
pernah bekerja dengan emaknya pada waktu lapang untuk mendapatkan wang lebihan bagi
pembiayaan yuran sekolah adik beradiknya.
Di sini, saya dapat mengatakan bahawa latar belakang murid ini mungkin telah
mempengaruhi hasrat dan minatnya di mana murid berkenaan lebih menyukai aspek sosial
berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Begitu juga dengan klien kedua saya yang bernama
Birunth yang berasal daripada sebuah keluarga yang kaya di mana ayahnya bekerja sebagai
seorang peniaga di kawasan Gopeng manakala emaknya pula merupakan seorang suri rumah.
Di sini saya dapat merumuskan bahawa latar belakang keluarga berkenaan yang sentiasa ada
perbincangan

tentang

pendidikan,

perkembangan,

perniagaan,

data-data

mengenai

pendapatan dan perbelanjaan dan sebagainya telah mempengaruhi murid berkenaan dan
menyebabkan murid berkenaan lebih mengemari aspek K yang suka bekerja dengan data
dan nombor serta memiliki minat, kecekapan, persepsi diri, melakukan sesuatu
secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu
bapa murid tersebut semestinya suka bergaul mesra sesama masyarakat dan sentiasa
memikirkan tentang perkembangan perniagaan dan kesedaran dalam golongan masyarakat
yang masih lagi bersifat tidak bertanggungjawab. Apabila anaknya itu membesar dalam
keadaan atau suasana sebegini secara langsung mereka akan berasa lebih selesa dalam
perkara-perkaya seperti yang telah dinyatakan itu.
Tambahan pula, kawasan penempatan atau tempat tinggal seseorang itu juga
memainkan peranan atau mempengaruhi minat seseorang itu dalam pemilihan kerjaya. Oleh itu
para pengkaji telah membuat kajian ke atas hubungan persekitaran dengan minat kerjaya
mereka (Matsumoto.2000) Ginzberg (1951) dan Osipow (1983) mendapati remaja lelaki yang
berasal dari keluarga yang mempunyai status ekonomi yang tinggi beranggapan bahawa

mereka akan memasuki universiti atau kolej lebih awal dan seterusnya akan memilih pekerjaan
yang profesional manakala remaja yang berasal dari kelurga yang status sosialnya rendah
memilih pekerjaan yang mendapat ganjaran yang lebih sedikit dari pekerjaan bapa mereka.
Tempat tinggal seseorang murid itu akan mempengaruhi minat kerjaya mereka. Hal ini demikian
kerana seseorang yang tinggal di kawasan pedalaman atau kampung misalnya kurang berminat
dalam aspek-aspek yang lebih bersistematik misalnya seperti aspek Konvensional atau
praktikal yang memerluka kemahiran dalam bidang perkeranian serta kebolehan dalam
mengguna nombor. Sub budaya tersebut termasuklah tempat tinggal individu berkenaan iaitu di
bandar ataupun di luar bandar. Bloom (1979) dalam kajiannya mendapati terdapat bidangbidang bakat yang tidak berkembang atau separuh berkembang di dalam suatu masyarakat
kerana amalan penggalakkan yang berbeza antara masyarakat. Oleh itu didapati persekitaran
individu mempengaruhi minat kerja mereka.

5.0 Penutup
Guru adalah merupakan profesion yang begitu penting dalam masyarakat. Setiap hari
mereka menjalankan tugas menyebarkan pelbagai maklumat dan mengubah sikap dan
kelakuan pelajar-pelajar secara langsung melalui kurikulum yang diajar dan secara tidak
langsung melalui amalan, sikap, kelakuan, nilai dan hubungan dengan pelajar-pelajar mereka.
Guru yang baik sentiasa optimis dengan apa yang akan dicapai oleh pelajar mereka dalam
sebarang situasi dan latar belakang. Hal ini demikian, sebagai seorang bakal guru, saya berasa
gembira kerana kajian yang saya jalankan ini merupakan satu perkara yang sangat bermanfaat
kepada saya. Hal ini demikian kerana saya bakal menemui murid-murid yang semestinya akan
menempuhi konflik-konflik seperti yang tersebut dalam pemilihan kerjaya mereka nanti. Jadi,
pengetahuan yang saya dapat dari kerja kursus ini sudah pasti membantu saya pada masa
akan datang semasa saya berkerja di sekolah nanti.
As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be
teaching because education is a constant process of change. Every single time you
teach something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human
being emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009)
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu
dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai
lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali
sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina
kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui
dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid
Fahmy Zarkasyi 1990)
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas
dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui
negara ini. Ilmu atau pengetahuan mengenai teori-teori ini merupakan keperluan yang mana
menjadi tempat untuk setiap guru yang mengajar di sekolah untuk mengkategorikan murid
mengikut bidang yang diminati oleh pelajar dan melatih mereka supaya mereka boleh
mendalami bidang mereka tersendiri. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu mendekatkan diri
saya dengan keadaan sebenar di sekolah dan melalui kajian ini saya telah mendapat peluang
untuk mengenalpasti masalah-masalah yang akan timbul semasa pemilihan kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai