Anda di halaman 1dari 2

Sejarah lari berganti-ganti 4 x 400

Acara lari berganti-ganti 4x 400 merupakan acara yang tergolong dalam acara
pecut. Acara lari berganti-ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. Menurut
sejarah hanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter sahaja diadakan pada tahun 1893
di Pennsylvania. Ini bermakna 4x 400 adalah cabang daripada 4x 100. Meter. Kini lari
berganti-ganti 4 x 400 menjadi acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga dari
peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik.
Kepopularan acara ini standing dengan acara 4x 100 meter sama ada segi penyertaan
ataupun sambutan orang ramai.
Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir
di antara satu sama lain, mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan
membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada
pelari seterusnya. Jika

baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang

menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada dalam lorongnya


sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.
Dalam acara berganti- ganti 4x 400 meter, terdapat empat orang pelari yang
akan berlari sejauh 400 meter atau sartu pusingan balapan, menjadikan keseluruhan
jarak yang dilalui oleh keempat empat orang pelari ini 1600 meter. Cara larian adalah
sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain, iaitu peserta pertama akan berlari
sejauh satu pusingandengan membawa baton, untuk diberi kepada pelari kedua, yang
akan berlari satu pusingan balapan untuk diberi kepada pelari ketiga dan seterusnya
pelari terakhir yang akan menamatkan keseluruhan larian.
Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, acara 4x 400 meter diletak sebagai
acara terakhir, yang kadang-kadang merupakan penentu kepada pencapaian sebuah
pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan pungutan pingat. Acara 4 x 400 meter
wanita dan diikuti dengan 4x 400 lelaki menjadi acara pentup kejohanan itu. oleh
kerana 400 meter dianggap sebgai acara pecut, maka lari berganti-ganti 4x 400 meter
ini juga tergolong dalam acara pecut.

Anda mungkin juga menyukai