Anda di halaman 1dari 3

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKT LADANG JENDARATA BHG 3, 36009


Kod Sekolah:

1. Nama Guru ARVENAA SUBRAMANIAM

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244

6. Terbitan
PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membicarakan tentang disiplin pelajar dan cara bagi menanganinya.
Berdasarkan Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu
kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
bukan suatu perkara yang mudah untuk diselesai. Ia juga tidak akan berhenti dan
selesai begitu sahaja dengan tindakan guru dalam masa yang singkat, tetapi
berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja
yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercaya
merupakan tanggung jawabnya. Pendisiplinan adalah usaha usaha untuk menanamkan
nilai ataupun pemaksaan agar subjek memiliki kemampuan untuk menaati sebuah
peraturan.Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya
dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini memang memberi satu
bimbangan kepada para ibubapa dan guru akan memberikan kesempatan kepada orang
luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menerangkan tentang tahap disiplin seseorang pelajar, pelbagai masalah
disiplin yang berlaku di sekolah, cara mengenali sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah
pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara
pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif,
hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan &
kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, aspirasi dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat menjadi
insan yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat
institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.
.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan punca-punca masalah disiplin berlaku dan cara


menanganinya seperti didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran,
persekitaran tempat tinggal juga, sikap guru yang tiada tulen sewaktu mengajar dan
ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti
ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut
tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar
itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan
pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya.
Justeru itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai
dalam diri pelajar melalui P&P, pemupukan nilai dI rumah, pemupukan nilai dalam
kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga
cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea terutamanya pada guru cara bagaimana
mengatasinya dan pendekatan yang sesuai bagi mengubah tabiat pelajar yamg negatif
kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak
menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan kesalahan dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini dapat ditangani dengan berhemah serta bijaksana. Guru perlu
mengawal disiplin murid dengan pintar supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang
kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh
dibiasakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan
guru-guru terhadap murid itu mengingatkan kita guru berperanan sebagai ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.

Kesimpulan

Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih cekap dan gigih
supaya masalah masalah disiplin dapat dikurangkan maka berlahirlah insan yang mulia
di tanah air kita.. Pelajar adalah aset berharga yang perlu dikawasi dengan bjaksana.

Anda mungkin juga menyukai