Anda di halaman 1dari 6

JAWAPAN KUMPULAN 1:

1. Adakah dibenarkan untuk menghukum pelajar yang tidak memberikan perhatian semasa
pengajaran guru?
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983:
Sebagai seorang guru, cikgu Ashikin dibenarkan untuk menghukum pelajar yang tidak
memberikan perhatian semasa pengajarannya asalkan hukuman tersebut:
a.
bersifat pendidikan
b. hukuman yang adil, jujur
c.
hukuman yang setimpal
2

Adakah guru besar telah memberikan bimbingan dan pendedahan yang mencukupi mengenai
peraturan-peraturan disiplin sekolah?
Guru besar tidak memberikan pendedahan yang mencukupi mengenai peraturan-peraturan
disiplin sekolah kepada guru di bawah jagaannya. Oleh itu, guru besar boleh disabitkan (prima
facie) dengan kesalahan yang dilakukan oleh gurunya kerana terdapatnya hubungan di antara
majikan dengan pekerjanya.
3. Adakah Cikgu Ashikin memainkan peranannya sebagai In Loco Parentis?
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995.
Cikgu Ashikin telah tidak memainkan peranananya sebagai In Loco Parentis dan tidak
bertindak munasabah untuk melindungi para pelajarnya daripada kecederaan fizikal. Dalam kes
ini Cikgu Ashikin telah mengenakan hukuman yang keterlaluan ke atas pelajarnya iaitu dengan
menyuruh murid melakukan ketuk ketampi sebanyak 1000 kali yang telah dinyatakan sebagai
salah satu hukuman yang dianggap keterlaluan
4. Adakah Cikgu Ashikin menjalankan hukuman mengikut prosdur?
Cikgu Ashikin tidak mengikut prosedur semasa menjalankan hukuman. menghukum murid
berdasarkan panduan-panduan seperti yang terkandung di dalam:
a.Panduan Am Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran, Percetakan Adabi, K.Lur 1981.
b.Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan.
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988.
c.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan
Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang
Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
5. Adakah guru berkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pelajar perempuan?
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972:
Cikgu Ashikin tidak berkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pelajar perempuan.
Corporal Punishment ke atas pelajar perempuan adalah dilarang sama sekali. Corporal
Punishment hendaklah mengikut prosedur-prosedur seperti yang berikut:
a. dijalankan oleh guru besar atau guru yang dihormati oleh murid tersebut.
b. rotan pada tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian.
c. dicatatkan bilangan pukulan, bahagian yang dipukul, kesalahan yang telah dilakukan oleh
pelajar tersebut, tarikh dilaksanakan hukuman, tandatangan dan nama guru yang menjadi saksi
ketika hukuman tersebut dilaksanakan.

JAWAPAN KUMPULAN 2
Isu 1 : Adakah tindakan Cikgu Busra menghukum Bujal mengikut tatacara mengenakan
hukuman ke atas pelajar-pelajar sekolah?
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983:
Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk / menyekeh kepala murid, menampar, mencubit
hingga lebam, memulas telinga, mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil
memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur, atau
menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagaibagai lagi. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.
Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 :
hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan
sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di
punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh guru besar
ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
Isu 2 : Adakah tindakan Cikgu Busra merupakan satu kesalahan jenayah terhadap
kanak-kanak ?
Kanun Keseksaan Seksyen 319: Cedera
Barang siapa yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang
adalah dikatakan menyebabkan cedera.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah
Laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.
Tindakan Cikgu Busra melaksanakan hukuman sehingga mencederakan murid adalah satu
kesalahan yang boleh dikenakan tindakan jenayah.
Isu 3 : Adakah Cikgu Busra mengambil tindakan berjaga-jaga sebelum dan selepas insiden?
Cikgu Busra tidak mengambil tindakan berjaga-jaga sebelum dan selepas mendapati
muridnya mengalami kecederaan. In loco perantis mewajibkan guru memberi bantuan
perubatan kepada pelajar sementara menunggu ketibaan bantuan profesional. Jika
bantuan diberi secara ikhlas dan munasabah, guru tidak perlu bimbang terhadap tindakan dan
kesan selanjutnya. Tindakan Cikgu Busra menenyeh dan menghantuk kepala Bujal adalah
keterlaluan yang menyebabkan kecederaan di bahagian dahi Bujal.. Kebajikan Bujal tidak
dijaga oleh Cikgu Busra. Cikgu Busra dianggap guru yang mengabaikan tugas dan
tanggungjawabnya serta melakukan perbuatan yang tidak bijak.

Isu 4 : Adakah pihak sekolah bertanggungjawab sama (liabiliti vikarius) di atas tindakan Cikgu
Busra?
P.U. (A) 246 Bahagian 1a
Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai
bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar
mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan
tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Pihak
sekolah bertanggungjawab sama (liabiliti vikarius) di atas tindakan Cikgu Busra. Plaintif
boleh mensabitkan pihak sekolah sebagai defendan kedua melalui liabiliti vikarius berdasarkan
Undang-undang Tort kerana menyebabkan kecederaan peribadi berasaskan kecuaian
(negligence) defendan pertama
Isu 5 : Adakah kuasa budi bicara boleh digunakan untuk menyelesaikan kes tersebut?
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/ 1998: Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil
Tindakan
Kuasa budi bicara boleh digunakan untuk menyelesaikan kes tersebut dari berlarutan.

JAWAPAN KUMPULAN 3

1) Adakah Cikgu Zaman mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajarnya.


Di bawah Akta Liabiliti Penghuni 1957, mengikut Seksyen 2 (3) (a) Akta 1957 Cikgu Zaman
mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajarnya.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/ 1981 Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu
hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan
sekolah sebelum tibanya masa untuk berbuat demikian.
2) Adakah terdapat satu hubungan yang sangat rapat dan kaitan langsung antara Cikgu
Zaman dengan pelajar.
Terdapat hubungan yang sangat rapat dan kaitan langsung antara Cikgu Zaman dengan
pelajar.
3) Adakah kecederaan pelajar itu disebabkan oleh kecuaian secara langsung Cikgu Zaman?
Telah terdapat kecederaan dan kerugian kepada pelajar disebabkan oleh kecuaian Cikgu
Zaman semasa menyelia dan mengendalikan kelas bahasa Inggeris Tahun Dua Pandai .
Cikgu Zaman langsung tidak memasuki kelas tersebut. Oleh itu, beliau telah memungkiri
kewajipan berjaga-jaga yang mengakibatkan pelajarnya telah mengalami kecederaan di
mana kepala pelajar itu telah terhantuk bucu sebuah meja murid. Pelajar telah
menanggung kerugian dan kecederaan akibat kegagalan Cikgu Zaman mematuhi
kewajipan berjaga-jaga terhadap pelajarnya .
Kecederaan yang menimpa pelajar berkenaan boleh dielakkan jika sekiranya arahan dan
penyeliaan secara munasabah dilakukan oleh Cikgu Zaman.
4) Sama ada terdapat kecuaian dalam kewajipan berjaga-jaga seorang guru besar dalam
melakukan penyeliaan kepada orang dibawah jagaannya.
Terdapat kecuaian dalam kewajipan berjaga-jaga seorang guru besar dalam melakukan
penyeliaan kepada orang dibawah jagaannya.

JAWAPAN 4
1) Adakah Cikgu Bujang telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah?
Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) menegaskan bahawa sesiapa penjawat
awam yang telah diamanahkan dengan harta atau apa-apa kuasa, jika dia melakukan
pecah amanah terhadap harta itu, dia boleh dipenjara (tidak kurang dari dua tahun dan
tidak lebih dari dua puluh tahun), disebat dan dikenakan denda.
Cikgu Bujang telah didapati melakukan kesalahan pecah amanah jenayah.
2) Adakah Cikgu Bujang telah menyalahi Perintah Am Peraturan 4 (2) Bab D 1980?
Mengikut Perintah Am Bab D Peraturan 4 (2), 1980 iaitu: ) dia telah
membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya
hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam;
Boleh dihukum dua hukuman atau lebih:
(a) amaran;
(b) denda;
(c) lucuthak emolumen;
(d) tangguh pergerakan gaji;
(e) turun gaji;
(f) turun pangkat; atau
(g) buang kerja
3) Adakah Cikgu Bujang telah melakukan penipuan terhadap Dana Yayasan Felda dan
Dana Khas Kerajaan Persekutuan semasa menjalankan tugasnya?
Telah terdapat kesalahan penipuan yang dilakukan oleh Cikgu Bujang terhadap
pengurusan dana Yayasan Felda dan Dana Khas Kerajaan Persekutuan. Mengikut
Intisari Kanun Keseksaan, Seksyen 417 iaitu:
1. Jika sabit kesalahannya tertuduh akan dihukum penjara untuk tempoh sehingga
lima (5) tahun atau denda, atau kedua-duanya.
4) Adakah budibicara harus digunakan untuk menyelesaikan kes pecah amanah jenayah
perkhidmatan awam Cikgu Bujang?
Berdasarkan asas-asas bagi Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman, maka budibicara
wajar digunakan dalam menyelesaikan kes Cikgu Bujang.

JAWAPAN KUMPULAN 5
1. Adakah Cik Toh mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap keselamatan Maggie?
Cik Toh mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap keselamatan Maggie. Maggie telah
dihantar oleh ibu bapanya ke sekolah untuk tujuan belajar. Setelah Maggie dihantar ke
sekolah, pihak pentadbir dan guru-guru sekolah mempunyai kewajipan untuk menjaga
keselamatan Maggie (in loco perentis). Setelah mendapati kecederaan Maggie, Cik Toh
tidak mengambil tindakan yang selanjutnya iaitu membubuh ubat pada luka Maggie.
Kebajikan Maggie tidak dijaga oleh Cik Toh. Cik Toh.
2. Adakah tindakan Cik Toh memotong rambut Maggie di dalam kelas mematuhi
Tatacara Disiplin Sekolah?
Tindakan Cik Toh tidak mematuhi peruntukan Tatacara Disiplin Sekolah. Perbuatan
menggunting rambur pelajar bukan jenis hukuman atau denda yang termaktub dalam
panduan ini. Cik Toh didapati tidak mempunyai kuasa untuk memotong rambut Maggie.
Beliau harus memberi nasihat kepada Maggie supaya memotong rambutnya yang
panjang.
3. Adakah Cik Toh telah membuat penyataan awam yang melanggar kelakuan dan tatatertib
di bawah PUA 246?
Cik Toh sebagai pegawai awam telah melanggar kelakukan dan tatatertib di bawah PUA
246. Cik Toh tidak memaklumkan perkara ini kepada guru besar sebelum membuat
laporan polis. Harus mendapat kelulusan dari ketua jabatan. Cik Toh telah didapati
melanggar Perintah Am 17(3), Bab D. Siaran kes ini dalam akhbar telah memburukkan
nama sekolah. Sebenarnya Cik Toh tidak mempunyai kuasa untuk bersuara kepada pihak
luar tentang kes ini kecuali beliau mendapat kebenaran daripada Menteri Pelajaran.
4.

Adakah kecederaan Maggie disebabkan secara langsung oleh kecuaian Cik Toh dalam
tindakan memotong rambut?
Kecederaaan Maggie disebabkan oleh kecuaian Cik Toh semasa beliau menggunting
rambutnya. Cik Toh mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Maggie kerana
wujudnya hubungan guru dan pelajar. Cik Toh telah melakukan pencerobohan ke atas hak
orang lain. Beliau telah melanggar undang-undang tort yang membawa maksud serangsentuh iaitu menggunakan kekerasan dengan sengaja ke atas seseorang plaintif yang
berlawanan dengan kehendaknya.

Anda mungkin juga menyukai