Anda di halaman 1dari 5

PANITIA MATEMATIK

SK SAINT ANTHONY TENOM


60 MINIT
AKTIVITI BIJAK FIKIR TAHAP 2
1. Isikan nombor 1 hingga 9 ke dalam petak dibawah dengan syarat jumlah
nombor bagi setiap baris menegak, melintang atau menyerong adalah 15.

2. Isikan 6 tanda X ke dalam ruang di atas dengan syarat tiada 3 tanda X


yang sebaris secara melintang, menegak atau menyerong dihasilkan.

3. Kira berapakah jumlah segi tiga yang terdapat di dalam gambar rajah di
bawah.

4. Susun semula huruf-huruf di bawah supaya membentuk perkataan dan ayat


tertentu.
IDGHNU AATPD AEEBMMZNKA EUULHSP IURB ISEJN UBA
_____________________________________________________________________
5. Terdapat empat nombor . Nombor pertama adalah satu per tiga daripada
nombor kedua. Nombor ketiga adalah jumlah nombor pertama dan kedua.
Nombor keempat adalah tiga kali nombor kedua. Apakah nombor itu ?
___ ___ ___ ___

6. Seekor katak terjatuh ke dalam perigi buta sedalam 20 meter. Setiap hari, ia
hanya mampu melompat setinggi 5 meter dan berehat pada ketinggian itu.
Apabila malam, ia tertidur dan terjatuh 4 meter ke bawah. Pada hari ke
berapakah katak itu mampu keluar dari perigi berkenaan?
______________________________________________________________________________
7. Berapa kali anda dapat tolak 5 daripada 25 ?
______________________________________________________________________________
8. Yang manakah lebih berat satu kilogram besi atau satu kilogram kapas ?
______________________________________________________________________________
9. Di suatu kaunter pejabat pos, beberapa lelaki sedang beratur. Di hadapan
seorang lelaki, berdiri dua orang lelaki. Di belakang seorang lelaki, berdiri dua
orang lelaki. Seorang lelaki berdiri di tengah-tengah. Berapa orang lelaki
yang beratur sebenarnya ?
______________________________________________________________________________
10.Siti mengira hari dalam satu bulan pada kalendar dan dia mengira hingga 28
hari bulan. Apakah bulan yang mungkin dikira oleh Siti ?
______________________________________________________________________________
11.Dalam perjalanan ke Bandar, Kamal berselisih dengan sebuah bas. Di dalam
bas itu terdapat seorang pemandu bas lelaki dan 40 penumpang. Di antara
penumpang itu adalah 5 pasangan suami isteri. Setiap pasangan suami isteri
itu memiliki 3 anak. Daripada 3 anak itu, 2 adalah perempuan. Berapa
orangkah lelaki yang menuju ke Bandar ?
______________________________________________________________________________
12.Terdapat 4 orang gadis yang ingin membeli belah di Pasar Raya Jumbo,
Taman Universiti. Mereka terdiri daripada Siti, Nurul, Intan dan Sarafina.
Seorang daripada mereka sudah membeli tudung manakala seorang lagi
membeli jam tangan. Seorang daripada mereka sudah membeli kasut
manakala seorang lagi membeli beg tangan. Pasar Raya ini mempunyai 4
tingkat. Pada setiap tingkat hanya menjual satu jenis sahaja barang daripada
keempat-empat jenis barang yang disebutkan tadi.
Siti pergi ke tingkat satu.
Tudung hanya dijual di tingkat empat.
Intan pergi ke tingkat dua.
Nurul membeli jam tangan.
Siti tidak membeli beg tangan.
Fikirkan apakah yang telah dibeli oleh setiap individu ?
Siti membeli ____________________ Intan membeli _____________________
Nurul membeli ___________________ Sarafina membeli ______________________

13.Seorang penjaja buah limau kehilangan kesemua buah limau yang


dimilikinya. Apabila ditanya mengenai bilangan buah limau yang dicuri,
penjaja itu menjawab :
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau

dikumpulkan
dikumpulkan
dikumpulkan
dikumpulkan
dikumpulkan
dikumpulkan

dalam
dalam
dalam
dalam
dalam
dalam

gandaan
gandaan
gandaan
gandaan
gandaan
gandaan

2,
3,
4,
5,
6,
7,

baki yang tinggal


baki yang tinggal
baki yang tinggal
baki yang tinggal
baki yang tinggal
tiada baki.

1.
2.
3.
4.
5.

Berapakah bilangan buah yang dicuri? ________________________


14.Seorang pemuda merayakan hari terima gaji pertamanya dengan membawa
ahli keluarganya makan malam di sebuah restoran. Semasa menjamu selera,
pemuda itu melihat setiap muka ahli keluarganya itu. Ia mendapati yang
hadir adalah:
i.
Seorang datuk
ii.
Seorang nenek
iii.
Dua orang bapa
iv.
Dua orang ibu
v.
Empat orang anak
vi.
Tiga orang cucu
Sebagai seorang yang baru bekerja, pemuda ini belum mempunyai banyak
wang dan terpaksa berbelanja dengan cermat. Ia hanya mempunyai jumlah
wang yang cukup bagi membayar belanja makan malam itu. Pemuda itu
sudah dimaklumkan oleh tuan punya restoran itu bahawa makan malam itu
berharga RM 20.00 seorang. Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar bagi
jamuan itu ?
RM ________________________
15.Joseph mempunyai keinginan membeli satu set jersi pasukan Manchester
United yang Original berharga RM 97.00 sahaja. Joseph kesempitan wang dan
meminjam wang daripada 2 rakan baiknya. Kedua-duanya memberikan RM
50.00 kepada Joseph Jadi Joseph memiliki wang sejumlah RM 100.00. Joseph
membayar RM 100.00 kepada jurujual itu dan menerima baki RM 3.00. Joseph
membayar bailk hutang kepada rakannya sebanyak RM 1.00 setiap seorang.
Oleh itu, baki yang tinggal pada Joseph ialah RM 1.00. Hutang yang tinggal
pada setiap seorang ialah RM 49.00. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah RM
98.00. Joseph mempunyai RM 1.00. Jadi jumlahnya RM 99.00. Ke manakah
hilangnya RM 1.00 lagi bagi mencukupkan RM 100.00 ?
Berikan penerangan anda berdasarkan soalan di atas ?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

16.Dalam sebuah kampong terdapat seorang penternak itik yang bernama


Hassan. Hassan mempunyai 2 reban itik yang berjumlah 1,111 ekor itik, di
mana 505 ekor adalah itik jantan dan 606 ekor lagi adalah itik betina.
Hassan mempunyai seorang isteri bernama Atikah yang selalu membantunya
dalam menguruskan itik-itiknya itu. Dalam beribu-ribu itik peliharaannya itu,
terdapat seekor itik kesayangan mereka. itik itu ditempatkan dalam satu
reban khas. Pada suatu pagi, itik kesayangan mereka itu didapati hilang.
Mereka berdua berfikir bagaimana hendak mencari itik itu. Adakah itik itu
hilang ataupun sudah bercampur dengan ribuan itik-itik peliharaan mereka
itu.
Bolehkan anda semua mencari berapakah bilangan sebutan itik yang
terdapat dalam cerita tadi ?
______________________________________________________________________________
17.Dalam keadaan apakah 11 + 2 = 1 ?
______________________________________________________________________________
18.Anda menyertai satu perlumbaan kereta. Anda mengejar dan memotong
kereta yang kedua. Sekarang anda di tempat yang ke berapa ?
______________________________________________________________________________

8 8 8 8 8 8 8 8

19.

Anda diberi lapan angka 8 dan operasi tambah (+), kemudian anda perlu
menggunakan angka dan operasi yang diberi, supaya hasil tambah angka itu
adalah 1000. Anda boleh menggunakan angka dan operasi tambah (+)
berulang kali.
___________________________________________________ = 1000
20.Seorang peniaga melakukan jual-beli seperti berikut:
Dia beli barang berharga RM 700.
Dia menjual barang tersebut RM 800.
Dia membeli semula barang tersebut RM 900.
Dia menjual barang tersebut RM 1000.
Berapakah keuntungan dia dapat ?
______________________________________________________________________________

NAMA

: ________________________________________________________________

KELAS

: ________________________________________________________________

2
0

Anda mungkin juga menyukai