Anda di halaman 1dari 5

SKEMA JAWAPAN UJIAN 1: BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan amalan asas dalam bidang urus niagadalam kalangan peniaga
Malaysia
Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]
1. Perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku. (2 m)
2. Harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan. 2
3. Sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. 2
4. Tidak harus lupa daratan/harus memberikan sumbangan kepadapihak yang memerlukan. 2
5. Berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga dengan pihak lain. 2
6. Harus menghayati sikap berperikemanusiaan. 2
7. Boleh membuat keputusan dengan rasional. 2
8. Berpegang kepada kod etika perniagaan. 2
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
1. Mengadakan jualan murah/jualan menghabiskan stok/jualanpotongan harga. 2
2. Membuat promosi/menjalankan pengiklanan secara intensif. 2
3. Mengadakan cabutan bertuah. 2
4. Mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. 2
5. Memberikan perhatian dan keutamaan kepada kehendak pelanggan. 2
6. Menggunakan kaedah penyusunan barangan yang dapat menarik pelanggan.
7. Menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik dan tahan lama. 2
8. Kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit. 2
9. Pemesanan barangan secara dalam talian. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Kesimpulan/Penutup [2 markah]
Dunia perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan prinsip tertentu supaya kebajikan
pengguna terjamin dan ekonomi negara dapat berkembang dengan lancar.
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum
(i)

Maksudnya tidak menjalankan usaha perniagaan yang melampau batas-batas yang


dibenarkan/
tidak menjalankan usaha perniagaan yang terlampau mementingkan keuntungan sematamata. [2 markah]
(ii) Kepentingannya
-Untuk menjamin kepentingan pengguna. [1 markah]
-Untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. [1 markah]
-Untuk mengekalkan kepercayaan pengguna. [1 markah]
(iii) Kebaikan pengiklanan
-Memberi panduan cara menggunakan sesuatu produk. [1 markah]

-Mengelakkan pengguna daripada tertipu. [1 markah]


-Memberi panduan akan halal atau haram kandungannya. [1 markah]
-Memberi panduan tentang kesesuaian dengan keperluan diri pengguna. [1 markah]
-Panduan lokasi produk itu boleh diperoleh. [1 markah]
-Memberi panduan harga. [1 markah]
-membolehkan pengguna memilih barangan yang terbaik untuk diri sendiri
-melariskan jualan peniaga
-peniaga perlu menjaga kualiti produk kerana terdapat banyak pesaing yang mengiklankan
produk yang sama
[4 markah]
SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

ii.

A)BINA AYAT dari Laras Bahasa


Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan
dan makna frasa tersebut. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan ,
menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.
alat kawalan jauh
(laras sains dan teknologi)
Alat kawalan jauh televisyen sudah rosak kerana terhempas ke lantai.

iv.

kepelbagaian biologi
(laras sains ekologi)
Kepelbagaian biologi negara ini semakin terancam akibat pencemaran yang dilakukan oleh
manusia.

v.

mengaku tidak bersalah


(laras undang-undang)
Perompak itu mengaku tidak bersalah setelah tuduhan itu dibaca oleh pendakwa raya.
iv.menjunjung titah perintah
(laras bahasa diraja)
Misi kemanusiaan ke Somalia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana
menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong.

vi.

papan kekunci
(laras sains komputer)
Makmal komputer sekolah telah membeli sepuluh buah papan kekunci yang baharu bagi
menggantikan papan kekunci komputer yang telah rosak.

vii.

servis bertukar tangan


(laras sukan )
Servis bertukar tangan daripada Lin Dan kepada Lim Chong Wei setelah bola tangkis yang
dipukul Lin Dan terkeluar dari gelanggang.
( 6 markah )

b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif danAyat Aktif Tak
Transitif dalam ayat-ayat tersebut.
vii.
Amir menangis kerana sakit perut.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
viii.
Pada setiap hujung bulan, Salleh akan menziarahi ibunya.
AYAT AKTIF TRANSITIF
(Ayat Pasif: Pada setiap hujung bulan, ibunya
diziarahi oleh Salleh)
ix.
Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.
AYAT AKTIF TRANSITIF
x.
Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.
AYAT AKTIF TRANSITIF
xi.
Semua pelajar perlu berusaha gigih demi masa depan masing-masing.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
xii.
Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
iv.
Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yangletak di hadapan rumahnya.
berjogging berjoging
letak
- terletak
v.
Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan
hidangan membuka selera.
membuka - pembuka
mayoneis - mayones
vi.
Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat
dan busjeket pada setiap hari Isnin .
pakai - memakai
busjeket - busjaket
( 6 markah )
d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
iv.

Mariam tidak boleh memasuki Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana tidak diizinkan
oleh kedua ibu bapanya.

memasuki - menyertai
kedua
- kedua-dua
v.

vi.

Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana
mereka bukan kembar serupa.
dari - daripada
serupa - seiras
Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang
tersohor di bandar ini.
setangkai - sesisir/sesikat
pasaraya - pasar raya
( 6 markah )

e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
iv.
Bersumpah
angkat sumpah
v.
melarikan diri
angkat kaki/cabut lari
vi.
khabar yang belum pasti
khabar angin/desas-desus
( 6 markah )
SOALAN 4: NOVEL
(15 MARKAH )
[masa cadangan: 15 minit]
Berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah jawab soalan-soalan
berikut;
c) Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada permulaan novel.
( Bab 1-Bab 3)
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang dikaji terdapat dua peristiwa
penting pada permulaan novel.
Peristiwa penting yang pertama ialah peristiwa Fuad bersiar-siar di Pantai Batu Buruk, di situ
Fuad terkenang akan Sofia yang dilarikannya daripada Pak Ismail dan Mak Salmah untuk
dipertemukan dengan ibi bapa Sofia, Tindakannya menyebabkan Sofia mati dalam
kemalangan dan Fuad dibenci oleh Mak Salmah.
Peristiwa penting kedua, ialah peristiwa Mak Salmah terkenang Sofia yang meninggal dunia
dan Mak Salmah amat membenci Fuad kerana dikatakan punca kematian Sofia. Akhirnya

kemarahannya hilang apabila dia mendapati Fuad sangat ikhlas untuk menolong sabagai
tanda keinsafan dan sesungguhannya setelah memeluk Islam.
Peristiwa penting ke tiga, ialah peristiwa Fuad membelikan sebidang tanah dan sebuah
motosikal untuk Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad dan Pak Ismail bersama-sama
mengusahakan kebun jagung setelah Fuad berhasrat menjadi usahawan tani.
Peristiwa penting yang ke empat ialah kedatangan Cikgu Abas ke kebun jagung Pak Ismail
untuk bertemu Fuad. Semasa pertemuan , Fuad ditawarkan dengan jawatan guru sandaran
Bahasa Inggeris bagai mengatasi masalah kekurangan guru tersebut di Sekolah Menengah
Seri Setia.

( 7 markah)
d)

Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.


bil
1
2
3
4

isi
huraian
Persoalan
tanggungjawabFuad tetap mengerjakan solat walupun sedang bermusafir.
terhadap agama
Dia menunaikan solat Zuhur di sebuaah surau dalaam
perjalanan dari Kuala Terngganu ke Sungai Ruan
Persoalan tanggungjawab ayahRobert Lim memasukkan wang sejumlah RM200,000.00
terhadap anak
ke dalaam akaun Fuad walaupun Fuad telah berkrisis
dengannya dan sudah setahun tidak pulang ke rumah,
Persoalan
tanggungjawabPak Ismail mengajarkan bacaan Al-Quran kepada Fuad
sesama saudara seagama
seorang mualaf yang tinggal bersama-samanya sejak
setahun.
Persoalan tanggungjawab guruFuad mengadakan kelas tambahan selepas waktu
terhadap para pelajarnya
persekolahn di kantin sekolah bagi membimbing pelajrpelajar yang kurang baik penguasaan subjek Bahasa
Inggeris
Persoalan
tanggungjawab Cikgu Abas melakukan rondaan semasa kelas
seorang
ketua
organisasibimbingan diadakan bagi memastikan kelas berjalan
terhadap organisasi yanglancar. Beliau menegur pelajar Tingkatan Tiga yang tidak
dipimpinnya
memanggil guru untuk memulakan pengajaran dan
pembelajaran
Cikgu Abas berjumpa dengan Fuad dan menawarkan
jawatan guru sandaran Bahasa Inggeris bagi mengatasi
masalah kekurangan guru subjek tersebut di Sekolah
Menengah Seri Setia

Persoalan tanggungjawab anakFarhana mengambil cuti untuk menjaga ibunya , Mariana


terhadap ibu bapa
yang dimasukkan ke hospital kerana sakit.
( 8 markah )

*********************** kertas soalan tamat************************

Anda mungkin juga menyukai