Anda di halaman 1dari 2

SMK GUNSANAD II, KENINGAU

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


TINGKATAN 4
SUBJEK: BAHASA MELAYU
ARAHAN SOALAN: JAWAB SEMUA SOALAN (4 SOALAN )
Disediakan Oleh :

Disemak dan disahkan oleh :

.............................
(ZULFADZLI BIN SUBRI)
Guru BM Tingkatan 4
SMK Gunsanad II, Keningau

..............................
(AHMAD BIN WAHIDE)
Ketua Bidang Bahasa
SMK Gunsanad II, Keningau

SOALAN 1: RUMUSAN
[30 markah]
[ masa cadangan: 30 minit ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip dalam perniagaan dan
kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikan keuntungan tetapi penuh
dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai dengan begitu mudah
sebaliknya memerlukan kegigihan dan kesanggupan menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang peniaga perlu
menghayati dan mengamalkan etika atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin kepentingan pengguna dan
menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan ini juga bertujuan untuk
mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan.
Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku dan
membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang dengan harga yang berpatutan atau
memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Seorang peniaga juga
harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan dalam mengawal harga ke atas barangan keperluan
harian untukkestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna.
Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna.
Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada sesuatu produk semata-mata
untuk mengaut keuntungan. Sesetengah peniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk
meningkatkan harga. Tindakan ini sudah pasti menyulitkan dan membebankan pengguna. Selain itu peniaga
yang berjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangan kepada pihak yang
memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman berniaga untuk memberikan
peluang dan membangunkan usahawan muda.
Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh para peniaga. Sebagai
contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannya dan ingin menukarkan produk tersebut
kembali sama ada dalam bentuk produk lain atau mendapatkan wangnya kembali, peniaga harus bersetuju dan
menyanggupinya. Peniaga juga harus boleh membuat keputusan dengan rasional supaya dapat memberikan
manfaat dan mengutamakan kepentingan pengguna.
Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan yang diasaskan berdasar kepada
nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negara ini. Dalam apa juga keadaan
peniaga yang ingin berjaya harus berpegang kepada kod etika perniagaan tersebut. Manfaatkanlah kod etika
tersebut demi kepentingan pengguna dan pemantapan ekonomi negara.
(Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim,
Dewan Masyarakat, Februari 2005)

SOALAN 2 : PEMAHAMAN
(9 MARKAH )
[ masa cadangan: 15 minit]
Soalan 2: Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan. [2 markah]
(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan. [3 markah]
(iii) Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan. [4 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA


(30 MARKAH )
[ masa cadangan: 30 minit]
a)Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan dan makna frasa
tersebut. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan , menggunakannya sebagai kata nama khas
dan peribahasa.
i.
alat kawalan jauh
ii.kepelbagaian biologi
iii.
mengaku tidak bersalah
iv.menjunjung titah perintah
v.
papan kekunci
vi. servis bertukar tangan
( 6 markah )
b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif dalam ayat-ayat
tersebut.
i.
Amir menangis kerana sakit perut.
ii.
Pada setiap hujung bulan, Salleh akan menziarahi ibunya.
iii.
Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.
iv.
Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.
v.
Semua pelajar perlu berusaha gigih demi masa depan masing-masing.
vi.
Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.

Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.

ii.
Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan
membuka selera.
iii.
Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat dan
busjeket pada setiap hari Isnin .
( 6 markah )
d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i.

Mariam tidak boleh memasuki Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana tidak diizinkan oleh kedua ibu
bapanya.

ii.

Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana mereka bukan kembar
serupa.

iii.

Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang tersohor di
bandar ini.
( 6 markah )

e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud
peribahasa tersebut:
i.
bersumpah
ii.
melarikan diri
iii.
khabar yang belum pasti
( 6 markah )
SOALAN 4: NOVEL
(15 MARKAH )
[masa cadangan: 15 minit]
Berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah jawab soalan-soalan berikut;
a)

Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada permulaan novel.


( 7 markah)

b)

Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.


( 8 markah )

*********************** kertas soalan tamat************************

Anda mungkin juga menyukai