Anda di halaman 1dari 7

Abstrak

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk
Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif
tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah
menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi
pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti
masalah utama dalam pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar
dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada.
Perkara ini dimulakan dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan
membicarakan konsep inklusi daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian
empirikterhadap perkembangan pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan
analisis dasar, didapati bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah
didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa
dimensidimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan
saling bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak
semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah
ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang
meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan memahami matlamat sebenar
persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh
menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti
pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan.
1.0

Pendahuluan

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Kuala
Nal, Kuala Krai, Kelantan. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai
murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru
damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata
pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah
pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas
yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism
Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang
(PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan
guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru
pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid
bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru
pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak
sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan
dapat
diimplimentasikan
dengan
berkesan
dan
sistematik.

2.0

Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu


hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya

segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus
perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya
kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak
mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau
badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar
semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh
Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi
meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu
dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb. Kuala Nal supaya ia dapat
diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid
yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di
kelas tersebut.
3.0
Objektif
1.
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2.
Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa
daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks
yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).
3.
Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan
khas dengan murid di aliran perdana.
4.
Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka
menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka
juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan,
kekurangan dan kecacatan.
5.
Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
6.
Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi
masyarakat.
7.
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar
berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
4.0
Kepentingan cadangan/ garis panduan
Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
(PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit
Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir
sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolahsekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh
dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi muridmurid
tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan
mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid
inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima
murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan
membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan
lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).
5.0

Tinjauan Literatur

5.1

Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa
(Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajarpelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai
kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).
5.2

Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah
istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu
istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia
telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang
mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah
pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid
berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk
menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu
sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan
inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab
empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.
5.2.1

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai muridmurid berkeperluan khas.
5.2.2

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa
bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa,
mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru
pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2.1

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran
perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
5.2.2.2

Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran


atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas
(guru pembimbing).
5.3

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai


organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau
NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan
wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran
daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas
tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat
tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran
pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan
Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang


menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16
tahun
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan
khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi
kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara
umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang
komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan
untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

5.4
Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan
Inklusif (PPI)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United
Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan,
sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling
berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO
menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan
mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai
sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanakkanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya
(IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua
akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira
sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini
agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci
berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa
pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward,
2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan

yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi
keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.
6.0

Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung


kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan
bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di
dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan
mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada muridmurid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak
memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika
murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi
kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M.
2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran
Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan
khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua
faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.
6.1

Jenis-jenis

pelajar

Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"

Autistik

Down Syndrome

Terencat akal ringan.

Hyperaktif

Cerebral Palsy

masalah

pembelajaran

6.2

Tenaga pengajar

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata
pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:
6.3

Kemudahan asas untuk pelajar khas


Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.

Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah


menengah.
Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa
akademik.
Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan
kaunseling.

6.4

Pengurusan

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar

Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu


yang sesuai
Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid
bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan
Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat,
pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.
6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki


peperiksaan umum.
Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid
supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan


komunikasi.
Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di
sekolah.
Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar
sekolah.

7.0 Syor
Pihak pentadbiran Sek. Keb. Kuala Nal adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan
meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat
dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
8.0 Rumusan
Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program
yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan.
Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan
teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari
satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana
mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.
Rujukan
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,
Terengganu.
Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:
David Fulton Publisher.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak
Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters
yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and
Inclusion. London: SAGE Publications Inc.
Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA :
Thomson Wadsworth .
Dicatat oleh adnan che noor di 8:27 PG

Anda mungkin juga menyukai