Anda di halaman 1dari 5

Siti Sarah Terharu Pihak Media Dan Peminat Masih Lagi

Memberikan Sokongan Buatnya


Bertahun lamanya kita tidak melihat penyanyi Siti Sarah Raissuddin muncul didalam mana-mana acara hiburan
ataupun melakukan persembahan. Namun, kemunculan Siti Sarah menerusi program Gegar Vaganza 3
membuat ramai terpukau dengan persembahan beliau yang agak mantap.

Malah, Siti Sarah dapat mengungguli tangga teratas selepas konsert pengenalan GV3 tamat.

Menerima pelbagai komen positif, Siti Sarah terharu apabila wartawan dan peminatnya masih lagi menyokong
beliau.
Selama tempoh senyap itu selain fokus pada keluarga saya banyak bermuhasabah diri. Banyak kesilapan telah
saya lakukan sepanjang menyanyi dahulu.
Saya ini manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, termasuk mungkin ada perbuatan saya yang
menyakitkan hati orang lain.

Bertemu kembali rakan-rakan media, saya sangat terharu kerana mereka banyak membantu menaikkan nama
saya suatu ketika dahulu. Sokongan pihak media berterusan apabila saya menyertai GV3.
Pada masa yang sama, Siti Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana cukup bahagia bersama suaminya Shuib
Sepahtu. Menurut Siti Sarah, Shuib banyak mengajar beliau tentang erti kehidupan.

Suami sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya buat keputusan betul menerima Shuib sebagai
suami dan kini kami bahagia dengan tiga anak.
Shuib banyak mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sebelum
ini banyak hal saya harungi tetapi Shuib sangat penyabar, penyayang dan prihatin tentang apa jua saya lakukan.

Tidak kami nafikan Siti Sarah melakukan persembahan yang agak memukau meskipun sudah lama tidak
menyanyi. Kami harap minggu ini, Siti Sarah masih dapat mengekalkan mutu persembahannya.
Sumber Berita : Mangga Media
_________________________________________________________________________
Serius Abang Nara dah jatuh cinta dengan applikasi MANIS yang super duper awesome ini. Kalau selama ini
lepas bershopping, makan di kedai dan beli barang dapur, resit resit yang diberi entah hilang ke mana, tapi sejak
ada applikasi MANIS nie, semuanya Abang Nara simpan elok elok untuk disnap.

Anda mungkin juga menyukai