Peraturan - Bsepak (M)

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLASEPAK

Pendaftaran Pemain:
Setiap pasukan di dalam kejohanan ini dibenarkan mendaftarkan nama tidak lebih
dari 12 orang pemain. Hanya pemain yang dilahirkan pada tahun 2004 dan tahun
selepas itu di terima untuk menyertai kejohanan jemputan ini. Setiap pemain
dikehendaki menyimpan kad pengenalan diri atau pasport di sepanjang masa
kejohanan ini dan bersedia untuk ditunjukkan kepada jawatankuasa teknikal bila
perlu.
Cara Permainan:
Kejohanan ini adalah berdasarkan 9 sebelah dan tiada offside.
Jangka Masa Permainan:
Bagi pusingan liga dan kalah mati perlawanan akan bermain selama 15 minit
termasuk 1 minit masa rehat.
Bagi pertandingan akhir perlawanan akan bermain selama 25 minit termasuk 5 minit
masa rehat.
Jumlah Minima Pemain Semasa Permainan:
Sekurang-kurangnya 7 pemain dari satu-satu pasukan wajib berada di dalam padang
sebelum perlawan boleh dimulakan. Sekiranya kurang, maka kemenangan percuma
akan diberikan kepada pasukan lawan.
Masa Menunggu Sebelum Perlawanan:
Masa menunggu yang diberikan adalah selama 5 minit selepas wisel permulaan telah
ditiup. Sekiranya gagal, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan
dengan 2 jaringan dan 3 mata penuh.
Pertukaran Pemain:
Tiada had bagi pertukaran pemain dan pemain dibenarkan keluar dan masuk
kepadang semula sepanjang perlawanan berlangsung. Pertukaran pemain hendaklah
dibuat di garisan tengah dengan dipantau oleh pembantu pengadil padang
Masa Perlawanan:
Jawatankuasa Teknikal berhak untuk mengubah jadual perlawanan pada bila-bila
masa tanpa membuat pengumuman awal.
Jersi Pasukan:
Sekiranya terdapat persamaan warna jersi dalam satu-perlawanan, pasukan kedua
atau pasukan lawan dikehendaki menukar jersi berwarna lain atau memakai bib yang
disediakan oleh pihak penganjur.
Kad Kuning:
Pemain yang menerima 2 Kad Kuning tidak akan dibenarkan bermain untuk 1
perlawanan yang berikutnya.
Kad Merah:
Pemain yang menerima kad merah secara langsung akan digantung sebanyak 2
perlawanan seterusnya. Pemain yang menerima kad kuning kedua dan seterusnya
diberikan kad merah akan digantung sebanyak 1 perlawanan.
Pemain yang Tidak Berdaftar dan Lebih Had Umur:

Sekiranya ada pasukan yang membuat bantahan kepada jawatan kuasa penganjur
kerana terdapat pasukan yang mempunyai pemain tidak berdaftar atau lebih had
umur maka pasukan tersebut secara otomatik tidak akan dibenarkan bermain dalam
kejohanan ini (termasuk diperlawanan akhir) dan kemenangan 2-0 diberikan kepada
pasukan yang satu lagi. Segala kemusykilan mengenai perlawanan, Pengurus atau
Ketua pasukan perlu berjumpa dan berbincang dengan pihak jawatankuasa penganjur
sebelum satu2 perlawanan bermula. Bukti pengenalan diri dan umur perlu disediakan
apabila diminta oleh pihak jawatankuasa penganjur.
Keputusan:
Keputusan Pengadil adalah muktamad.
Perilaku:
Pemain atau pengurus yang terlibat dengan pergaduhan atau mengganggu
perlawanan dan merosakkan peralatan kejohanan, mereka tidak akan dibenarkan
bermain atau dikehendaki keluar dari kawasan kejohanan.
Peraturan yang Tidak Dinyatakan:
Sebarang kemusykilan dan bantahan yang tidak dinyatakan di dalam syarat-syarat
dan peraturan hendaklah dirujuk kepada pihak jawatankuasa penganjur yang mana
setiap keputusan itu adalah benar dan muktamad.
Bantahan:
Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Keputusan pengadil dan pihak jawatankuasa
teknikal adalah muktamad.
Sistem Mata:
Tiga (3) mata akan diberikan untuk menang, satu (1) mata untuk seri dan kosong (0)
untuk kalah.
Sekiranya jumlah mata sama selepas tamat pusingan awal (liga), Pasukan yang
teratas akan dipilih seperti berikut (senarai mengikut pilihan utama):
1) kelebihan perbezaan jaringan
2) gol terbanyak
3) bolos paling kurang
4) keputusan perlawanan antarta kedua pasukan (satu sama satu)
5) pasukan yang paling banyak menang dalam pusingan awal (liga)
Sekiranya kedua pasukan masih seri, tendangan penalti perlu dilakukan dimulai
dengan tiga (3) tendangan terbaik dan diikuti dengan kalah mati. Setiap pasukan
perlu menyediakan 9 pemain untuk tendangan penalti dan sekiranya masih seri,
tendangan perlu teruskan mengikut turutan pemain seperti sebelumnya.
Sekiranya jumlah jaringan sama bagi kedua pasukan selepas tamat perlawanan
dalam peringkat kalah mati, tendangan penalti perlu dilakukan dimulai dengan tiga
(3) tendangan terbaik dan diikuti dengan kalah mati. Hanya pemain yang berada di
atas padang yang dibenarkan untuk mengambil tendangan penalti dan sekiranya
masih seri, tendangan perlu teruskan mengikut turutan pemain seperti sebelumnya.
PIBG SKTIE, Kelab Bolasepak Veteran Tmn Impian Emas, Para pengadil dan
Jawankuasa Penganjur Kejohanan Bolasepak Jemputan Antarabangsa 9S Bwh 12,
tidak akan bertanggungjawab diatas segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan
disebabkan oleh peserta, pemain atau penonton sepanjang hari kejohanan ini. Setiap
pasukan digalakkan untuk memastikan bahawa setiap pemain mereka mempunyai
insuran yang sesuai.
Maklumat Lanjut:

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut diharap dapat hubungi En Hasif Bin A.


Samad, HP no: 012-7558461

Anda mungkin juga menyukai