Anda di halaman 1dari 2

Hadirin sekalian.

Untuk makluman semua, Pada 11 mac hingga 19 mac 2016 yang lalu, tiga
orang pelajar SK seri Aman telah mewakili pasukan bola baling negeri Johor
untuk menyertai kejohanan MSSM Bola Baling 2016 bertempat di Sik Kedah.
Dalam kejohanan tersebut, pasukan Johor P12 telah Berjaya mendapat
Johan. Berikan tepukan yang gemuruh.
Dengan itu, Majlis menjemput yang berusaha en zainurin bin sabtu, guru
besar sksa dgn diiringi en zainorin bin banon, gpk kokurikulum sksa untuk
menyampaikan hadiah.
Dipersilakan
1.

NUR SHAQIRAH BT CHE MAT KILAU

6 SERI GEMILANG

2.

NURLISA HUMAIRA BINTI NORIZAM

6 SERI GEMILANG

3.

NURUL NAJIHAH BT MD ROFI

6 SERI GEMILANG

Pada 9 mac 2016, kontingen olahraga Sk Seri Aman telah menyertai


kejohanan balapan dan padang MSSD Kota Tinggi. Dalam kejohanan
tersebut, kontingen SKSA merangkul satu emas dan satu perak sahaja.
Dengan itu, majlis mempersilakan NUR SHAQIRAH BT CHE MAT KILAU DARI 6
SERI GEMILANG Untuk menerima hadiah Beliau telah memenangi emas
dalam acara 100m P12 dan mendapat perak bagi acara 80m lari berpagar.
Selain itu, beliau juga dinobatkan sebagai peserta terbaik P12 MSSD Kota
Tinggi 2016. Tahniah diucapkan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Guru Besar atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

ANUGERAH KHAS

Hadirin sekalian, pada 13-16 april yang lalu, seorang pelajar Sk Seri Aman
telah mewakili Kota Tinggi untuk menyertai kejohanan Olahraga dan Balapan
peringkat MSS Johor di Muar Johor.
Dalam kejohanan tersebut, atlet Sk Seri Aman telah Berjaya memperoleh 1
emas bagi acara 80m lari berpagar dan 3 perak bagi acara 200m, 4x100m
dan 4x200m.

Dengan itu, majlis mempersilakan, adik Nur Syaqirah binti dato Cik Mat Kilau
untuk menerima hadiah.

Untuk makluman hadirin sekalian, adik Nur Syaqirah akan mewakili negeri
Johor untuk peringkat MSSM yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada
minggu hadapan. Diharap semua dapat bersama sama mendoakan kejayaan
beliau dan seterusnya, menjadi pemangkin semangat untuk pelajar-pelajar
yang lain untuk aktif dan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam
bidang sukan.

Anda mungkin juga menyukai