Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM, SMK MENGKARAK 2016


Pembukaan/Aluan

Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam


1Malaysia
Yang berusaha, Pn. Hajah Rahamah Binti Said Pengetua SMK Mengkarak
Yang Berusaha, En. Mohd Maizani Bin Mohd Ahdan, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Mengkarak,
Para guru
Para pelajar yang dikasihi sekalian
Sebelum meneruskan majlis, hadirin dan hadirat diminta berdiri untuk menyanyikan
lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu Sekolah.
Semua hadirin dipersilakan duduk

Ucapan
Pengerusi

Indah berbalam si awan petang


Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat dating
Awal bismillah pembuka bicara
Assalammualaikum wbh dan saalam sejahtera.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program Perkhemahan
Bersepadu unit Beruniform kita telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik
ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing. Dan segala yang
berbaur itu menjadi satu pengajaran dan kenangan yang akan terus dikenang
selamanya dalam lipatan sejarah.
Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Majlis
dengan
segala
hormatnya
mempersilakan
wakil
_________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Selesai bacaan doa) Amin ya rabulalamin.

Ucapan
Komandan

Kem

pelajar

Sepanjang 2 hari 1 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan
bersama. Banyak pengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar secara lebih
menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan
dengan segala hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem Komandan untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang berada di sini. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan Pegawai
Ramsar

Seterusnya
majlis
dengan
sukacitanya
menjemput
pegawai
Ramsar
_______________________ untuk menyampaikan ucapan Majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan tadi.

Ucapan Perasmi

Para hadirin dan hadirat sekalian,


Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,


Batu diangkat bunyi meletup;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Pengetua, Pn. Hajah
Rahamah Binti Said untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, SMK Mengkarak 2016 . Dipersilakan.
Majlis
menjemput
dan
mempersilakan
Puan
Pengetua
.. diiringi PK Kokurikulum SMK MENGKARAK
untuk menyampaikan cenderamata kepada fasilitator RAMSAR.
Menjemput
Penyampai
Hadiah

Terima kasih atas ucapan perasmian penutup sebentar tadi.


Sekali
lagi
majlis
menjemput
dan
mempersilakan
Puan
Pengetua
.. diiringi PK Kokurikulum SMK MENGKARAK
untuk menyampaikan hadiah untuk pertandingan JPAM kepada para pemenang.
Dipersilakan.
Kategori .Nama / Kumpulan :..
Kategori .Nama / Kumpulan :..
Kategori .Nama / Kumpulan :..

Penutup

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah itu tadi,
maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Unit
Beruniform SMK Mengkarak bagi sesi 2016.
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru, dan
semua yang terlibat di dalam menjayakan program perkhemahan ini. Terima kasih di
atas segala kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sebelum mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada
bicara yang mengguris perasaan.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai