Anda di halaman 1dari 4

Assignment 2 (Rumusan Jurnal)

Menguruskan konflik di tempat kerja berdasarkan elemen budaya berpandukan jurnal


Peranan Komunikasi Kepemimpinan Diri Dan Organisasi Dalam Perspektif Islam.
1. PENGENALAN
Komunikasi merupakan salah satu faktor yang penting dalam menjalankan proses
administrasi dan interaksi antara elemen pada suatu organisasi, samada internal ataupun
eksternal. Tanpa adanya jalinan komunikasi yang baik, besar kemungkinan semua proses di
dalam organisasi

tidak akan dapat berjalan dengan baik seperti mana yang

telah

direncanakan. Kemampuan komunikasi sangat dapat membantu semua proses yang ada
dalam organisasi. Merujuk kepada jurnal ini, dan berpandukan jurnal yang diberi (Asma
Abdullah) elemen budaya yang ingin dibincangkan adalah Andaian Tersirat di mana elemen
ini mempunyai perkaitan, menyokong jurnal yang ditulis oleh Asma Abdullah (Facilitating
Harmony In Diversity: Using Delights, Puzzles And Irritations To Meet The Challenge Of
Diversity).
2. ANDAIAN DASAR/TERSIRAT
Andaian Dasar yang mendasari budaya adalah kepercayaan yang dihayati oleh anggotanya
pada tahap tidak sedar. Semua kepercayaan ini cenderung membentuk cara anggota melihat
persekitaran dan melihat dunia, diri dan orang lain dan menentukan nilai yang dianggap kritis
yang dihayati oleh anggota.
2.1 Hubungan dengan Allah
Kebiasaan Pekerja yang beragama Islam akan mencari kepuasan bekerja dengan
mengenepikan kepentingannya demi menafaatkan orang lain, sebaliknya mereka
hanya mencari kepuasan dengan cara solat dan bertafakur kepada Allah. Keadaan ini
menunjukkan dalam proses kerja manusia perlu ada hubungan dengan Allah.
Berdasarkan jurnal ini, Komunikasi kepimpinan dalam islam amat perlu bagi
seseorang pengurus. Pengurus seharusnya membina hubungan yang baik dengan
alam. Komunikasi adalah satu alat dalam proses pembinaan hubungan dengan Alam.
Komunikasi adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam sebagaimana yang
dijelaskan dari beberapa ayat Al-Quran dan Hadis. Antaranya adalah : Sampaikan
dariku walaupun sepotong ayat. (Hadis) Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). (96:1) Dan hendaklah ada di atara
DCE 5130 Kepelbagaian Budaya

kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan


Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada
segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat demikian adalah orang-orang
berjaya. (3:104) Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengesa dan meamatuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh (41:33) Wahai orang berselimut. Bangunlah serta
berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (74:1-2) Menurut Islam,
pemimpin harus menjadi contoh dan teladan kepada yang dipimpin. Contoh dan
teladan yang perlu ditunjukkan bukan sahaja gaya, kaedah, dan strategi
berkomunikasi tetapi juga tentang akhlak dan amal ibadat. Menurut Islam lagi,
seseorang yang baik dalam komunikasi tetapi kekurangan dalam bidang akhlak dan
beramal soleh, belum lagi boleh dianggap sebagai pemimpin yang baik. Malah, Islam
meragui kebolehan seseorang boleh menjadi pemimpin yang baik, jika akhlaknya
buruk dan amalnya kurang.

2.2 Hubungan dengan Alam


Manusia seharusnya mengawal persekitaran supaya dapat disesuaikan dengan
keperluannya. Sungguh pun begitu, terdapat juga sesetengah budaya lebih suka hidup
harmoni dengan dunia sahaja. Dalam konteks komunikasi kepimpinan pengurus
semestinya mengawal persekitaran agar ianya bersesuaian, yakni percaya bahawa
kuasa alam mesti dimanfaatkan dalam proses memimpin. Melalui jurnal ini, Mohd.
Yusuf Hussain berpendapat, seseorang pemimpin harus memenuhi beberapa syarat
untuk melaksanakan komunikasi kepemimpinan dalam Islam, antaranya:

Mempunyai banyak sifat-sifat mahmudah antaranya berilmu, adil, berani,


kesucian moral, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, menepati janji, benar,

tegas, bijaksana,cekap berfikir, merendah diri (tawadu), dan sebagainya.


Memelihara hubungan baik dengan Allah s.w.t. sesuai dengan firman Allah
s.w.t., Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (51:56)


Memelihara hubungan baik dengan manusia sesuai dengan firman Allah
S.w.t., Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah s.w.t. (agama
Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai.(3:10)
DCE 5130 Kepelbagaian Budaya

Memelihara hubungan baik dengan alam persekitaran, iaitu tumbuh-tumbuhan


dan binatang-binatang sesuai dengan sepotong hadis Rasullullah s.a.w. yang
bermaksud, Kasihanilah kepada setiap penghuni (makhluk) di bumi semoga
kamu dikasihani oleh mereka yang di langit.
Tegasnya, dalam proses memimpin hubungan dengan persekitaran alam

diperlukan agar komunikasi kepimpinan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan


oleh seseorang pengurus. Pemahaman yang jelas tentang hubungan dengan alam,
maka sudah pasti pengurus dapat melakukan pembaharuan atau perubahan dalam
organisasinya. Pengurus adalah manusia yang dipertangungjawabkan untuk mendidik
atau merubah pekerja. Azahari (1998) yang mendefinisikan bahawa konsep
kepemimpinan dalam organisasi termasuk konsep Iqra', iaitu pemimpin perlu belajar,
mengkaji, meneliti, merenung, menghisab, meneroka, menguji, menyelidik, menilai,
mengamal, bertanya, memajukan, dan menganjak paradigma untuk berubah.

3. RUMUSAN
Kemahiran menggunakan Komunikasi Kepimpinan dalam memimpin organisasi pencapaian
objektif yang telah ditetapkan akan mudah dicapai di mana pekerja yang ada dalam organisasi
akan lebih termotivasi untuk memberi komitmen. Keadaan ini secara tidk langsung dapat
melahirkan pemimpin atau pengurus yang ada wibawa. Dalam Islam, kewibawaan seseorang
dilihat dari perspektif keperibadian (sakhsiyyah), kemahiran, pencapaian, kelayakan dan ilmu
pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin atau pengurus. Al-Farabi menyatakan,
seorang pemimpin yang berwibawa adalah seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat
mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna (Idris,1996).
Bagi Ibnu Sina, seseorang pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai kebolehan
dan keistimewaan melebihi orang lain supaya ia boleh memimpin rakyat dan negara. Islam
telah mengetengahkan konsep insan kamil (manusia sempurna) sebagai pemimpin yang
berwibawa yang hanya dapat dizahirkan oleh para nabi dan rasul (Idris, 1996). Sementara AlFarabi mengatakan bahawa pemimpin yang unggul merupakan seorang yang berfikiran
tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Tegasnya di sini,
pemimpin yang berwibawa merupakan seorang pemimpin yang dapat mengarah organisasi
keseluruhannya ke arah matlamat yang telah ditetapkan.
DCE 5130 Kepelbagaian Budaya

4. RUJUKAN:

Asma Abdullah, (2000). Facilitating Harmony In Diversity: Using Delights,


Puzzles And Irritations To Meet The Challenge Of Diversity" -International
Association of Facilitators The Art and Mastery of Facilitation
Worlds of Change Toronto, Ontario, Canada April 27 30, 2000

Asma Abdullah, (2006). Ke Arah Glokal: Dimensi Budaya Dalam Pengurusan

Malaysia. Permai Padu Jaya SDN BHD, Ampang Selangor.


Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan : ulasan teori dan kajiannya di Malaysia.
dlm. Psikologi Melayu, diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.


Azahari Ismail. Modul Kepemimpinan UPM (MHRD).

Ab. Aziz Yusof. (2003). Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi. New Jersey:
Prentice Hall

Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong
Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat, Nurliya Yaacob.
(2005). Pra-U Pengajian Perniagaan 1. Pearson Longman

Ainon Mohd, Teori dan Teknik Kepimpinan,( 2005), PTS Consultants Sdn
Bhd.Bentong Pahang

Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap,( 1997),
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Aizzat Mohd,Nasaruddin,Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad,

Pengantar

Pengurusan,(2006), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Ramanathan, Konsep Asas politik. (1988),Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Ahmad Atory Hussain (1986), Tingkahlaku organisasi dalam pengurusan moden.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adib Bisri Musthofa, Terjemahan Shahih Muslim, Jilid 11, (1993),CV. Asy Syfa
Semarang.

H. Zainuddin Hamidy, H. Fachurudin HS, H. Nashruddin Thaha, Johar Arifin,


A.Rahman Zainuddin M.A, Terjemahan Hadis Shahih Bukhari, Jilid 1,11,111,1V,
(2002),Darel Fajr Publishing House,Singapore.
DCE 5130 Kepelbagaian Budaya

Anda mungkin juga menyukai