Anda di halaman 1dari 3

KERTASKERJA CADANGAN

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 2009


SURAU AL AMIN, BANDAR TUN HUSSEIN ONN

1.0 OBJEKTIF PROGRAM

1.1 Memakmurkan aktiviti Surau Al Amin.


1.2 Mempererat silaturahim antara Surau Al Amin dengan masyarakat.
1.3 Merealisasikan Surau Al Amin sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan di
BTHO.

2.0 LATARBELAKANG PROGRAM

2.1 Surau Al Amin ( SAA ) pernah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil
Adha tahun 2008 yang lalu dengan sambutan yang menggalakkan
dikalangan masyarakat Bandar Tun Hussein Onn dan kawasan sekitar.

2.2 Terdapat keperluan yang difikirkan oleh sebahagian jamaah SAA bagi
mengadakan acara yang sama pada tahun ini dan dalam mesyuarat SAA
yang lalu telah memutuskan untuk mengadakan acara berkenaan.

3.0 CADANGAN PROGRAM.

3.1 Konsep Program.


Konsep yang dicadangkan berbentuk jamuan dan diadakan secara gotong
royong.

3.2 Tarikh Dan Masa


Tarikh : 27 November 2009 (atau seperti ditetapkan).
Masa : 9.30 pagi selepas khutbah Aidil Adha.

3.3 Cadangan Menu

1. Lemang - 200 batang


2. Rendang - 50 kg daging
3. Nasi himpit - 15 kotak
4. Kuah kacang - 20 kg kacang
5. Agar-agar - 2 kotak
6. Bihun goreng - 3 beg
7. Kueh mueh
8. Minuman panas / sejuk

1
3.4 Bajet.
Dengan aktiviti dan kegiatan yang dirancang, berikut adalah bajet yang
dicadangkan :-

A. MAKANAN
1. Lemang - RM 1,060.00
2. Rendang - RM 1,470.00
3. Nasi himpit - RM 100.00
4. Kuah kacang - RM 200.00
5. Agar-agar - RM 150.00
6. Bihun goreng - RM 200.00
7. Kueh mueh - RM 200.00
8. Minuman panas / sejuk - RM 200.00

B. LOGISTIK DAN KELENGKAPAN LAIN


1. Khemah @ 5 unit )
2. Kerusi @ 250 unit ) - RM 1,100.00
3. Meja buffet @ 8 unit )
4. Polystreine - RM 220.00
5. Gas memasak - RM 100.00
JUMLAH BESAR - RM 5,000.00

3.5 Ajk Pelaksana.

NAMA BIDANG TUGAS

Zulkefli Ahmad = Pengarah, khemah, kerusi, hebahan.


Hj Ahmad Shaari = Setiausaha, kueh mueh, polysteirene
Hj Ibrahim Ahmad = Kayu, buluh, daun.
Rusli = Santan, kerisek, masak lemang.
Madzelan = Barang kering.
Mohaini = Masak rendang, bihun, agar-agar.
Hj Abdullah Ali = Minuman sejuk & panas.
Ustazah Nasriyah = Hidangan, kuah kacang.
Hj A. Razak = Kebersihan

3.6 Anggaran Kehadiran


Berdasarkan kepada pengalamn yang lepas, dianggarkan sejumlah 1,000
orang penduduk BTHO dan sekitar akan hadir pada program tersebut.

4.0 KELULUSAN.
Sehubungan dengan itu, kelulusan mesyuarat AJK SAA adalah dipohon untuk
melaksanakan program yang digariskan didalam kertas kerja ini dan juga
bajet di Para 3.4.

Disediakan oleh :-

ZULKEFLI AHMAD
2
Pengarah

Anda mungkin juga menyukai