Anda di halaman 1dari 24

Unsur-

unsur
patriotisme
Esei
Berdasarkan soalan yang diberikan, modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui
aktiviti sukan dan permainan dengan meningkatkan pendekatan permainan tradisional
terhadap masyarakat negara. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan tradisi negara
lalu menyebabkan mereka bersyukur kerana mempunyai negara yang menghargai tradisi
mereka. Tradisi permainan dan sukan di negara mereka yang mempunyai asal usul
mereka serta cara melakukan aktiviti tersebut mampu menarik minat masyarakat yang
suka aktiviti yang lasak. Semangat cinta akan negara dapat dipupuk melalui cara ini.
Selain itu, aktiviti sukan dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan mereka
dengan mengadakan pertandingan sukan di dalam dan luar negara. Cara ini akan
menjadikan seseorang berusaha untuk mengharumkan nama negara. Seorang insan yang
patriotik juga dapat dipupuk dengan aktiviti sukan dan permainan kerana aktiviti sukan
memberikan cabaran kepada masyarakat yang bertanding dalam aktiviti tersebut. Ini akan
menyebabkan mereka tertarik dengan negara mereka kerana negara mereka mampu
menyediakan aktiviti yang mencabar kebolehan mereka. Di samping itu, aktiviti sukan
boleh memupuk semangat patriotisme dengan memenangi pertandingan yang dianjurkan
secara antarabangsa. Ini akan meningkatkan imej negara lalu menyebabkan masyarakat
tempatan lebih berbangga terhadap negara mereka. Pertandingan yang dimenangi akan
menjadikan rakyat tempatan ingin berjuang demi negara mereka dalam pertandingan
tersebut. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional akan menyebabkan mereka berminat
dalam mewarisi budaya tersebut. Ini akan menyebabkan mereka mempunyai keinginan
untuk mewariskan budaya yang merupakan khazanah negara itu kepada generasi-generasi
yang akan datang. Dengan ini, masyarakat akan cuba memahami budaya negara mereka
dengan lebih jelas dan mendalam. Tambahan pula, Malaysia menyediakan pelbagai jenis
permainan dan aktiviti sukan. Kepelbagaian aktiviti sukan dan permainan ini
menyebabkan rakyat tempatan boleh memilih permainan dan aktiviti sukan yang mereka
ingin lakukan. Ini juga akan menyebabkan mereka lebih suka memilih negara mereka
berbanding negara-negara yang lain kerana negara mereka menyediakan permainan yang
mereka minati. Akhir sekali, modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti
sukan dan permainan dengan pemberian peluang kepada masyarakat tempatan untuk
menceburi bidang sukan dan permainan. Kebanyakan orang tidak mempunyai peluang
untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan walaupun mereka mempunyai bakat dalam
aktiviti tersebut. Ini kerana mereka tidak diberi perhatian dalam pemilihan wakil-wakil
negara. Pemberian peluang ini akan menyebabkan mereka berterima kasih kepada negara
mereka kerana rela memberi peluang kepada mereka untuk menceburkan diri dalam
aktiviti sukan.
Pendahulua
n
Permainan wau ataupun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular
di kawasan pedalaman seperti di kawasan lapang seperti sawa padi. Kini permainan ini
telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum.

Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan 2 orang rakan


sekolah saya iaitu Lam dan Puspaa. Kami bekerjasama dan saling membantu bagi
memperoleh data dan maklumat. Saya menggunakan masa selama sebulan untuk
memperoleh maklumat dan menaip laporan lengkap secara individu.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum
termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di


Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.
Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar
negara.
Hasil
Kajian
 
  

Permainan wau ini lebih dikenali sebagai layang-layang. Permainan ini
kebayakkannya dimainkan oleh penduduk-penduduk kampung namun penduduk kota
juga tidak ketinggalan dalam permainan ini. Permainan ini biasanya dipermainkan
oleh golongan lelaki tidak kira tua mahupun muda, semuanya turut bermain. Wau
lazimnya dimainkan semasa musim menuai ataupun ketika suatu pesta mahupun
pertandingan diadakan. Permainan ini sebenarnya telah lama wujud sejak zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka, iaitu kira-kira sekitar seribu lima ratus
masihi. Terdapat juga lagenda mengenai wau dari negeri Kedah Darul Aman.
Cerita ini bermula dengan tentang seorang petani dan isterinya menemui seorang
bayi perempuan yang dibuang. Dengan perasaan gembira, mereka membawa pulang
bayi itu. Mereka memberi kasih sayang kepada bayi itu, apabila besar, bayi
tersebut menjadi seorang gadis yang cantik. Petani itu menyayangi anak
angkatnya lebih daripada segala-galanya. Ini menimbulkan perasaan cemburu di
dalam hati isterinya. Suatu hari isteri petani itu hilang kesabaran dan telah
memukul gadis tersebut dan menghalaunya keluar mengikut arah barat. Ekoran
daripada kejadian itu tanaman mereka tidak menjadi lagi. Mereka mengambil
keputusan utuk berjumpa tuk nujum. Nujum memberitahu anak itu adalah
semangat padi. Nujum mencadangkan agar petani membuat dan menerbangkan wau
yang berbentuk bulan sebagai tanda mengembalikan semangat. Petani itu pun
mengikut kata-kata nujum dan pada tahun berikutnya tanamannya menjadi semula.
Selepas itu, permainan wau berterusan hingga hari ini.
Pada awalnya, wau dicipta untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Di negara China
misalnya, wau dicipta untuk menerbangkan makanan kepada mereka yang
terperangkap di bukit-bukau atau gunung-ganang semasa berlakunya banjir sebelum
adanya helikopter. Di samping itu, wau juga digunakan untuk mengesan keadaan
cuaca. Ada juga yang menyatakan bahawa permainan wau atau layang-layang ini
adalah permainan manusia sejagat. Maksudnya permainan ini boleh dipermainkan
oleh semua bangsa dan golongan tanpa mengira kedudukan. Permainan ini
dikatakan berasal dari negara China iaitu bermula sejak tiga ribu tahun yang silam.
Wau juga mudah difahami oleh masyarakat sebagai layang-layang. Kedua-duanya
sinonim dengan masyarakat dan dikenali seerti oleh kerana wau dan layang-layang
memiliki reka bentuk dan cara permainan yang hampir sama. Mungkin ada
perbezaan sedikit dari segi saiz dan juga warna serta jenisnya namun pastinya wau
dan layang-layang dari rumpun yang sama iaitu syaratnya wau dan layang-layang
diterbangkan di udara. Nama asal usul wau masih lagi menjadi persoalan
kebenarannya yang dikatakan berkaitan dengan asal-usul nama wau yang dikenali
hingga ke hari ini. Seperti cerita ini juga masih menjadi persoalan. Difahamkan
bahawa dahulu kala wau ini diperbuat dari daun yang tertentu dan diikat dengan
tali pada tulang belakang daun. Setelah seimbang dan siap maka dinaikkan di
tempat yang mempunyai angin dan ketika sedang asyik bermain tali wau putus.
Maka angin yang kuat itu telah menerbangkan wau yang diperbuat daripada daun
itu lalu kanak-kanak itu menangis ” Wa...., wa.. wa..” maka lahirlah perkataan
wau tetapi kenyataan ini bukanlah fakta yang jelas.
Ada juga yang mengatakan bahawa faktor lain wujudnya nama wau daripada
semangat padi. Namun, sehingga ke hari ini masih mencari kebenaran asal-usul
sebenar wau.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi,
wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan adalah
wau yang sangat digemari oleh orang Melayu. Wau bulan cukup terkenal di pantai
timur, wau merak pula di negeri Johor, wau kebaya lang sewah di negeri Perlis,
wau kuching, wau sementau dan jala budi di negeri Kedah serta wau kapal wau
kikek di negeri Selangor. Dalam banyak-banyak wau, wau bulan, wau kuching dan
wau jala budi adalah diiktiraf untuk pertandingan wau antarabangsa. Reka corak
biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakkan wau yang dihasilkan
dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau
juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan yang kebanyakkanya dibeli oleh
pelancong asing. Secara tidak langsung, wau dapat dikenali oleh negara luar selain
dapat meningkatkan ekonomi negara dalam bidang penghasilan kraftangan. Wau
bulan pula menjadi kegemaran kepada pembuat wau dan wau yang terbesar yang
pernah adalah wau yang mempunyai ketinggian setinggi tujuh kaki. Manakala
lebarnya sepanjang sepuluh kaki dan tali yang digunakan untuk menjulang wau
tersebut adalah sepanjang dua ratus hingga tiga ratus kaki.
 

Terdapat juga istilah-istilah dalam permainan wau. Berikut adalah istilah-istilah


yang biasa digunakan di dalam permainan wau adalah:
a) Anjung:
Merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan proses
menjulang wau untuk naik ke udara.

b) Belalai:
Merupakan rambu tambahan pada hujung kepala wau bulan yang
berukuran lebih kurang lima belas centimeter.

c) Bilah Ekor:
Bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan
rangka ekor wau.

d) Busur:
Alat yang dipasang pada kepala wau untuk mengeluarkan dengung
dan mengimbangkan antara berat ekor.
e) Indang:
Kedudukan wau yang dinaikkan dan terkawal dalam kedudukan
sembilan puluh darjah.

f) Juru Anjung:
Orang yang menganjung atau melambung wau.

g) Batang Busar:
Ia dikenali sebagai Bok.

h) Juru Wau:
Orang yang menyediakan peralatan dan padang serta perundangan
dan juga megetahui peraturan wau dalam satu-satu pertandingan.

i) Penyemat:
Buluh atau bahan lain untuk melekat busur pada kepala wau.

j) Pinggang:
Bahagian ekor wau jala budi yang lebar punggungnya sama dengan
bukaan sayapnya.

k) Selengkung:
Keadaan wau yang terbalik jatuh menjunam.
 

  


Bahagian Perincian Wau
Secara ringkasnya, terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu
terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian
pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau cara tradisional
adalah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang
bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Pemilihan buluh yang bakal digunakan juga ada petua serta pentang larangnya.

  

 

  .

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

 

Pada zaman dahulu, wau dihasilkan adalah diperbuat dengan menggunakan daun
pokok yang ringan dan dilekatkan pada rangka yang diperbuat daripada buluh
yang telah diraut halus. Wau yang bermutu tinggi hanya boleh dihasilkan oleh
pembuat wau yang cukup mahir serta berpengalaman luas dan mempunyai
kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan wau. Antara negeri yang mahir dalam
pembuatan wau yang berkualiti adalah dari negeri Kedah Darul Aman, Kelantan
Darul Naim dan juga dari Terengganu Darul Iman. Membuat wau sebenarnya
adalah satu proses yang rumit yang memerlukan kreativiti yang tinggi di samping
mempunyai daya cermat serta berhati-hati dalam proses pembuatan wau agar wau
yang dihasilkan kelihatan cantik dan gah terbang di awan. Pembuat wau juga
perlu bijak dalam seni lukis serta pandai memilih dan memadankan warna yang
bakal digunakan. Wau yang hendak dihasilkan mestilah ditentukan bentuk terlebih
dahulu bagaiman rupa dan bentuknya. Pembuatan wau juga mengambil masa yang
agak lama bergantung pada saiz, kemahiran, serta corak yang mahu dihasilkan.
Pengambilan masa yang lama ini termasuk dari meraut buluh sehinggalah kepada
kerja-kerja melekatkan kertas pada rangka wau tersebut yang kadangkala
mengambil masa dua minggu.

Meraut Buluh

Langkah pertama dalam pembuatan wau adalah meraut buluh. Buluh perlulah
diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan
kulit. Tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian
sayap wau agar tidak terhayun-hayang apabila diterbangkan. Pisau khas digunakan
untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut
dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Kesilapan kecil boleh mengakibatkan masalah besar berlaku pada wau.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :


1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap pada kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter
dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter.

  

Proses memasang tanah wau merupakan proses kedua dalam pembuatan wau.
Satu lapisan iaitu ’tanah’, lapisan asas yang akan dipasang pada wau agar wau
tersebut tahan lasak keran sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak
ditembusi angin. Pemasangan pula melibatkan beberapa langkah sebelum siapnya
wau tersebut. Langkah tersebut adalah

1. ukur kertas dengan saiz bingkai wau


2. kemudian kertas yang ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua
sentimeter dari rangka bingkai.
3. potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ’V’.
4. lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek
Corak

Unik atau keistimewaan sesebuah wau terletak pada ukiran lukisan pada badan
wau. Proses ini adalah proses terakhir dalam pembuatan wau dan dalam proses
ini, kreativiti dan cermat adalah perkara yang memainkan peranan agar wau yang
dihasilkan kelihatan cantik, unik, istimewa dan tersendiri. Langkah-langkah terakhir
tersebut adalah:

a) Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor
b) Mulakan lukisan dari bahagian dada wau sehingga ke hujung sayap dengan
menggosokkan satu ruang kosong untuk tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama denga corak di bahagian
sayap.
c) Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
d) Corak akan ditampal pada kertas warna lain dan biasanya warna emas
dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur
dengan air terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berkedut. Kertas
bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan
perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
e) Potong semula corak yang hemdak disobek dan ditampal sekali lagi dengan
kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
f) Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan
menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal
kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka
buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang
hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air.
Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran
sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan
wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

 

 

 

Jambul atau rambu dipasang dengan ditilitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kerta ’crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang
untuk membentuk rambu.
Proses Membuat Serta Memasang
Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.
Wau mempunyai keunikannya yang tersendiri dan istimewa. Warisan tradisional ini
haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan negara.
Kini permainan wau mulai popular dan tidak terhad kepada luar bandar sahaja
malah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

 

Pelbagai cara serta teknik untuk bermain wau ini. Bagi yang belum pernah
menaikkan wau, jangan memandang rendah akan perkara ini kerana bukan mudah
untuk menaikkan wau. Lazimnya wau akan dimainkan oleh dua orang pemain di
tempat yang lapang seperti di sawah padi. Ini kerana di kawasan yang lapang
tiada banyak halangan seperti pokok yang menggangu wau ini dari tersangkut
apabila wau tersebut diterbangkan ke udara. Namun apa yang penting adalah di
kawasan ini angin bertiup dengan baik yang seterusnya membantu menerbangkan
wau tinggi ke udara. Seorang daripada mereka akan memegang wau dan orang ini
akan dikenali sebagai juru tarik dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan
berperanan memegang tali wau.
Juru anjung akan menolak wau ke udara dan dalam waktu yang sama,wau ini
akan ditarik oleh juru tarik sehingga wau yang diterbangkan ke udara itu
melayang tinggi. Juru tarik juga berperanan mengawasi wau yang dilayangkan.
Angin yang bertiup merupakan masa yang sesuai untuk bermain wau. Apabila
angin bertiup maka tali wau akan ditarik melawan arus angin iaitu dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara.
Ketinggian sesebuah wau adaalah bergantung kepada panjang atau benang yang
diikat pada badan dan sayap wau yang digunakan untuk menerbangkan wau
tersebut. Kilauan cahaya matahari yang memancar akan menambah kecantikan wau
yang dihiasi berwarna-warni. Wau perlu dikawal dengan baik agar wau tersebut
tidak terbang rendah serta tali yang digunakan perlu kuat agar tidak terputus
sewaktu wau ditarik di udara. Dalam sesuatu pertandingan wau, beberapa aspek
penting dititikberatkan seperti kedudukan wau, ketinggian wau, kekuatan bunyi
dengungan yang regu yang mahir merupakan syarat-syarat yang terpenting dalam
sesuatu pertandingan wau bagi menentukan siapakah yang bakal memenangi
pertandingan tersebut.
Wau yang mempunyai busar akan mengeluarkan bunyi semasa wau tersebut
diterbangkan di udara atau angkasa yang mampu menggamit pendegaran sesiapa
sahaja yang mendengarnya. Menurut kepercayaan masyarakat zaman dahulu, bunyi
dengung wau kononnya mempunyai kuasa yang mampu untuk menghalau hantu
jembalang yang ada pada sekitar tempat bermain. Sama ada ia mempunyai
kebenaran atau tidak, ia hanyalah sebagai suatu kepercayaan yang kadangkala
mungkin sebagai suatu gurauan.
 

Terdapat pelbagai jenis wau yang terdapat dalam negara kita. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dengan berwarna-warni. Sehingga kini masih ada pihak yang sanggup
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan
ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

a) Wau Bulan:

Wau bulan merupakan wau yang sebahagiannya ekornya menyerupai bulan


sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di
antara bulan sabit dengan sayapnya.

b) Wau Jala Budi:

Wau Jala Budi merupakan wau yang menyerupai lembaga manusia yang
bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini juga dikenali
kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.

c) Wau Kuching:

Wau yang bahagiannya ekornya menyerupai kepala kucing jika diterbalikkan


secara grafik

d) Wau Merak:

Wau yang menyerupai bentuk burung merak.

e) Wau Payang:
Wau yang menyerupai bentuk perahu paying

f) Wau Sobek:

Wau rekaan tradisi daripada kertas dengan menggunakan faedah meretas,


menebuk, melorek atau tampal cantum bertujuan untuk dipamerkan dan bukan
untuk dinaikkan. Ia memang direka khas untuk perkhiasan.

g) Wau Lenggang Kebayak:

Merupakan wau kucing yang berekor

h) Wau Kapal:

Wau ini merupakan sebuah wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut
atau kapal layer dan berasal dari negeri Selangor.

i) Wau Daun:

Wau ini pula merupakan wau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak
mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan
dapat diterbangkan oleh angin yang sederhana kerana ringan dan berasal dari
Siam atau Patani. Ia juga dikenali sebagai wau barat.

j) Wau Helang:
Wau yang terakhir ini pula merupakan wau yang menyerupai bentuk burung
khususnya pada bahagian ekor dan berasal dari Perlis.

Lampiran
Gambar Wau.

Wau Bulan, Wau kucing, Wau daun

Wau helang, Wau Jalabudi, Wau kenyalang

Wau merak, Wau puyuh, Layang-layang

Rumusan
Setelah menjalankan kajian folio ini, saya berasa amat bersyukur kerana
dilahirkan sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikkan dan
kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negar yang tercinta ini.
Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam
tetang permainan wau. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.
Saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia, akan cuba untuk
mempertahankan permainan wau, permainan tradisi sejak turun-temurun
daripada lenyap ditelan zaman. Jika semua rakyat masyarakat kita
mempertahankan serta memelihara warisan tradisi ini, maka akan timbul
bersefahaman dan dapat memupuk budaya cintai warisan negara kepada dalam
diri masyarakat. Dengan persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum
malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara
kaum. Semangat muhibah yang wujug ini mungkin membolehkan perpaduan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia
yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahun dalam semua aspek untuk
membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga
sebagai warganegara Malaysia.

Wau merupakan warisan negara yang sangat berharga. Kita, rakyat Malaysia,
mestilah berganding bahu dalam memelihara warisan ini yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri.

Rujukan
Internet -Warisan Budaya Malaysia www.malaysiana.pnm.my
Buku

a) OAK Publications,2003,Siri Permainan Tradisonal Melayu:Permainan


Wau,No.B1-02,Industrial Park,Seksyen 13,Jalan Kemajuan,46200,Petaling
Jaya,Selangor, OAK Enterprise

b) Mazlan Othman-Ruzitah Tapah-Hassan Mohd Gahazali,2004,Pendidikan Seni


Visual Tingkatan 3,4 Jalan Maju U1/15,Seksyen U1,Hicom-Glenmarie Industrial
Park,40150 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

c) Noordin Sulaiman-Rosidah Awang,2000,Multiwarisan Unik:Permainan Dan


Hiburan Tradisi,No.76,Jalan 2/133,Batu 6 1/2,Jalan Klang Lama,58000,Kuala
Lumpur,Penerbit Pinang Sdh.Bhd

d) Zawiah Ahmad,1997,Siri Kebudayaan:Gasing,Wau&Sepak Takraw,No.A1-


05,Tingkat 1,PJ Industrial Park,Jalan Kemajuan,46200,Petaling Jaya,Selangor,SAMA
PUBLICATIONS&DISTRBUTORS

e) Nasman Ahmad-Rosnah Ramli,1997,Siri Kebudayaan Masyarakat


Malaysia:Masyarakat Melayu,550,Taman Melaka Raya,75000,Melaka,Associated
Educational Distributors(M) Sdn.Bhd

Majalah - Majalah Siswa, Mei 2007, halaman 19

Anda mungkin juga menyukai