Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA

37200 BERUAS
PERAK

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT


DAERAH MANJUNG

1.0 PENDAHULUAN
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin" merupakan Falsafah Pendidikan Guru yang digubal untuk bertujuan
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, seseorang bakal guru
perlulah didedahkan teori bahkan amali P&P daripada pelbagai aspek supaya apabila tamat
kursus nanti dapat merealisasikan dan melaksanakan P&P menepati cita-cita yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

2.0 RASIONAL
Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru untuk
mempelajari cara mengelolakan sesuatu pertandingan sama ada peringkat
sekolah/daerah/bahagian/negeri/ peringkat negara. Seterusnya,peganjuran pertandingan bola
baling ini juga tidak langsung dapat membentuk sahsiah keguruan dalam diri. Pertandingan
ini juga dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan bola baling.

3.0 MATLAMAT
Pengolalaan pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada guru untuk
memperkayakan pengalaman agar ilmu ini dapat digunakan semasa di alam pengajaran nanti.
Seterusnya, guru-guru pelatih juga dapat melengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan Standard Guru Malaysia(SGM) disamping
dapat melatih dan membina kekuatan fizikal,emosi dan mental guru pelatih.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada guru untuk meneroka kebolehan mereka dalam mengelolakan
suatu pertandingan dan mencungkil bakat dalam diri guru untuk mengendalikan sesuatu
pertandingan.

4.2 Dapat memberi pengalaman yang berguna kepada guru untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Membina kerjasama dan semangat patriotik antara guru.


SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA
32700 BERUAS
PERAK DARUL RIDZUAN

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH


MANJUNG

TARIKH DAN MASA

Tarikh : 2 - 3 / 2 / 2016

Hari : Selasa dan Rabu

Masa : 7.00 am-6.00 pm (2 Febuari 2016) Lelaki

: 7.00 am-6.00 pm (3 Febuari 2016)) Perempuan

TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Gangga, Beruas.

PENYERTAAN

Terbuka kepada semua sekolah daerah Manjung


KEWANGAN

SUMBERKEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH
YuranPenyertaan

PasukanLelaki32XRM120 RM 3840.00
1.
PasukanPerempuan23XRM120 RM 2760.00

Sumberkewangankeseluruhan RM6600.00
PERBELANJAAN
Makanandanminuman
Pengadil 20 orang X RM 15 X 2 Hari RM600.00
1.
Urus setia 20 orang X RM 15 X 2 Hari RM600.00
BayaranPengadil
16orangxRM100 RM1600.00
2.
WangSaku20orangTKRSXRM10 RM200.00
AirMineral
3.
6kotakuntuk2hari RM 100.00
6kotakairtin100plus RM 150.00
AlatTulis
KertasputihA4x1bungkus Memohondaripadapihak
4.

Penx5batang. Sekolah.

PapanWhiteboard1keping RM 40.00
5.
Kayuspin5batangX12kaki RM 50.00
Kayupenyapu50batangXRM1.00 RM 50.00
Tape merah putih 10 gelung X RM 5 RM 50.00
Membeli Tiang Gol 1 set RM 1800.00
Sewa lori RM 200.00
Perbelanjaan Runcit RM 160.00
6. Airrakyat2hariXRM100.00 RM100
Sijil900keping RM 900
JUMLAH RM 6600.00
JAWATANKUASAJAWATANKUASAINDUK
PenaungI EncikSuhaimiBinRamli
(PegawaiPendidikanDaerahManjung)

Penasihat EncikNorsuhaimiBinMdNoor
(PenolongPegawaiPPDKokurikulum)

Pengerusi EncikZakariaBinAbuHassan
(GuruBesarSKGangga)

NaibPengerusiEncikSuhaimiBinSulaiman
(GPKKokurikulumSKGangga

EncikKhalidBinHajiMohamed
(GPKPentadbiran)

EncikIdrisShazaliBinMohdSaid
(GPKHalEhwalMurid)

Penyelaras EncikMohdAzlanBinZamari
PTPSBolaBalingDaerahManjung

Setiausaha EncikZainolAzreenBinZakaria

Bendahari EncikMuhammadFaisalBinKarim

JAWATANKUASAPENGELOLA

Pendaftaran :PuanNoorHamizahBintiHamzah
EncikMohdIhsanSabriBinMohdNayan

Pengacara :PuanAznaniBintiAbdulHalim
EncikMuhammadAkhyarBinArzmi

Makanan/Minuman
Urusetia :EncikAriffinBinAbdulKadir

BukuProgram :PuanNoorAidahbintiRoslan

Sijil,Pengadil& :EncikZainolAzreenBinZakaria
JadualPerlawanan

Jurugambar :EncikMohdIhsanSabriBinMohdNayan

PersiapanTempat& :EncikSuhaimiBinSulaiman
Padang PekerjaSwasta

Siaraya :EncikMuhammadAkhyarBinArzmi
Hadiah :PuanAznaniBintiAbdulHalim

PencatatMarkah/ :TKRSSKGangga
Kutip Bola

Air MInuman Pemain : En Mohd Nor Akram Bin Abdul Rahman

Pengurus Pasukan Lelaki : Encik Zainol Azreen Bin Zakaria

Pengurus Pasukan Perempuan : Encik Hafizuddin Bin Abdul Rani

ATURCARA PERTANDINGAN

Jadual masa:

(2 Febuari 2016)
Masa Perkara
7.007.30am PendaftaranPemainLelaki
7.308.00am Pembukaanrasmi
8.0012.00pm Pertandingandimulakan
12.001.00pm Rehat
2.007.00pm Pertandinganditeruskan&Penyampaianhadiah

(3 Febuari 2016)
Masa Perkara
7.007.30am PendaftaranPemainPerempuan
7.3012.00pm Pertandingandimulakan
12.002.00pm Rehat
2.006.00pm Pertandinganditeruskan
6.30pm Penyampaianhadiah

11 PERATURAN BOLA BALING TAHUN 2011

11.1 PENDAFTARAN :

11.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan


borang pendaftaran yang disediakan.

11.3 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi
pasukan masing-masing.

Pengurus Pasukan

Jurulatih

11.4 KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN

L12 / P12

12 PAKAIAN

Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan
nombor masing-masing di depan dan belakang.

12.1 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan
siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang
pertandingan.

12.2 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam,
berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.

12.3 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

13 MASA PERMAINAN

Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3
minit. (15.3.15)

*diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.Masa Rehat Pasukan (1
minit )

(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa.

(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan
dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20
cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-

Semasa pasukannya mengawal bola.


Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.

14 SISTEM PERTANDINGAN

14.1Pertandingan ini dijalankan secara pusingan liga kumpulan

14.2Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.

14.3Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :

14.4Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

14.5 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang
mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua
perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti
memberi alasan bertulis mengapa

pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan
kepada Pengarah Pendidikan Negeri.

14.6 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata
yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah:

14.7 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

14.8 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.

14.9 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.

14.10 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.Jika
masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.

14.11 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL

14.12 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.

14.13 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali
kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana
pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.

14.14 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang
kejohanan tersebut.
16 SISTEM BALINGAN 7 METER

Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5
orang pemain.Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang
pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.

16.1 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

16.2 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan
dahulu.

16.3 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan


mengambil balingan 7 meter.

16.4 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan
mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

16.5 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.

16.6 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

17 KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.

18 BANTAHAN

Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam
masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak
akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.Keputusan Juri adalah
muktamad.

19 JURI RAYUAN

Terdiri daripada :

19.1. Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / ZON

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan/Pengerusi Pengadil1

19.2. Orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.
20 PERATURAN BARU

20.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga
masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang
pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak
bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.

(peraturan 2:5)

20.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit /
kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.

(peraturan 2 :8)

20.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan
pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri
pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman
atas dasar tiada semangat kesukanan.

(peraturan 4:11)

20.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam
lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.

(peraturan 4:1)

20.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk
rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil.

(peraturan 4:1)

20.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurang-
kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan
tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.

(peraturan 10.3)

20.7. Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat
pemain pertahanan yang mendapat hukuman.

(klarifikasi no 4)
20.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan
percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.

(peraturan 15.6)

20.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir
kepada pasukan lawan.

(peraturan 11.3)

20.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.

(klarifikasi no 3)

22 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah
muktamad.

23 PENUTUP
Diharapkan agar semua guru pelatih dapat mengelolakan sesuatu pertandingan dengan
jayanya.Aktiviti ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai batu loncatan bagi
memperkasakan ilmu pengetahuan dalam diri guru pelatih disamping aktiviti ini juga dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru pelatih dan pelajar.Akhir sekali,semoga
semua guru-guru pelatih mendapat sesuatu pengalaman yang berguna daripada aktiviti
seumpama ini.

Anda mungkin juga menyukai