Anda di halaman 1dari 10

Tindakbalas kimia

EKSPERIMEN BERINGKAT PETROLEUM

EKSPERIMEN BERPERINGKAT PETROLEUM


1.TAJUK
Penyulingan berperingkat petroleum

2.TUJUAN
Untuk mengkaji penyulingan pecahan petroleum

3.PENGENALAN

Petroleum adalah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai di dalam


tanah. . Petroleum atau minyak mentah terjadi secara semulajadi di permukaan
bumi. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun daripada hidupan laut yang mati,
kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati, bangkai
mereka tenggelam ke dasar laut. Kemudian bangkai-bangkai tersebut tertimbus oleh
sedimen. Melalui tindakan bakteria, pereputan separa akan berlaku dalam keadaan
kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang
tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila
terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap. di antara dua lapisan
batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas
asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon
berat .
. Petroleum merupakan cecair yang mudah terbakar yang terdiri daripada
campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan
berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. Penyulingan berperingkat
dilakukan disebabkan sifat-sifat bahan yang berbeza dari segi takat didih pecahan
petroleum tersebut.Semakin rendah takat didih pecahan tersebut, semakin cerah
warnanya dan semakin mudah pecahan tersebut terbakar dan semakin kurang likat
pecahan tersebut Semakin rendah takat didih pecahan petroleum tersebut,
semakin kurang likat pecahan tersebut,semakin cerah warnanya,semakin mudah
pecahan tersebut terbakar dan semakin bersih nyalaannya. Manakala semakin
tinggi takat didih pecahan petroleum tersebut, semakin likat pecahan tersebut,
semakin gelap warnanya, semakin sukar pecahan tersebut terbakar dan semakin
berjelaga .
Semasa penyulingan berperingkat petroleum dipanaskan dalam
sebuah menara pemeringkat. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebioh rendah
meruap terlebih dahulu, naik ke bahagian atas lalu dikondensasikan dan
diasingkan.Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di
bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair. Hidrokarbon dalam
petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya
tersendiri. Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan ,proses peretakan dan penulenan
dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut. Proses peretakan digunakan untuk
memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang
kecil. Petroleum termasuk minyak mentah sahaja, tetapi dalam penggunaan biasa
termasuk hidrokarbon semua cecair, gas, dan pepejal (misalnya, parafin). Di bawah
tekanan permukaan dan keadaan suhu, ringan hidrokarbon metana, etana, propana
dan butane wujud sebagai gas, manakala pentana berada dalam bentuk cecair
atau pepejal.
Dari segi sifat kimia, petroleum adalah campuran daripada jumlah yang
sangat besar hidrokarbon yang berbeza; molekul yang paling biasa ditemui adalah
alkana (linear atau bercabang), cycloalkanes, hidrokarbon aromatik, atau bahan
kimia yang lebih rumit seperti asfaltena. Setiap pelbagai petroleum mempunyai
gabungan unik molekul, yang menentukan sifat-sifat fizikal dan kimia, seperti warna
dan kelikatan.. Di bawah tekanan permukaan dan keadaan suhu, ringan hidrokarbon
metana, etana, propana dan butana berlaku sebagai gas, manakala pentana dan
berat yang berada dalam bentuk cecair atau pepejal. Molekul-molekul yang
berlainan dipisahkan oleh penyulingan pecahan di kilang penapisan minyak untuk
menghasilkan petrol, bahan api jet, minyak tanah, dan hidrokarbon lain. Jumlah
pelbagai molekul dalam sampel minyak boleh ditentukan dalam makmal. Jadi untuk
membuktikan bahawa petroleum dapat dipecahkan mengikut molekul-molekul
tersebut bergantung kepada suhu maka eksperimen telah dijalankan. Eksperimen
berperingkat petroleum telah dilakukan dengan menggunakan beberapa radas dan
bahan.Kemudian, ciri-ciri fizikal pecahan yang diperolehi akhirnya ditentukan
dengan pengesan yang sesuai, seperti menguji kebolehnyalaan,warna nyalaan,
jelaga yang dihasilkan dan kelikatan dan warna setiap hasil pecahan.

1. RADAS
1. Penunu bunsen
2. kaki retort dan pengapit
3. 4 buah mangkuk pijar
4. Penyumbat dengan termometer (-10C hingga 360C)
5. 4 buah Kelalang kon
6. Kasa dawai
7. 2 Salur getah
2. BAHAN KIMIA
1. Minyak mentah( petroleum)
2. Serpihan porcelain

3. PROSEDUR
6.1. Penyulingan berperingkat petroleum:
.1.20 cm minyak mentah dimasukkan ke dalam tabung didih bersama sedikit
porcelin.
3. Radas dipasang dan kelalang bulat diapit dengan kaki retort.
4. Adaptor dipasang pada kelalang bulat.
5. Termometer dimasukkan ke dalam kelalang bulat dengan memastikan bebuli berada
di bahagian corong adaptor.
6. Salur pair di pasang dengan memasang air masuk pada bahagian bawah dan air
keluar pada bahagian atas Liebig.
7. Kelalang kon di letakkan pada corong turasan.
8. Air di alirkan secara berterusan dan seterusnya, penunu Bunsen dinyalakan.
9. Minyak di dalam tabung didih dipanaskan perlahan-lahan.
10. Pemerhatian dilakukan pada termometer mengikut suhu yang ditetapkan seperti
dalam jadual 1.
11. Empat pecahan petroleum yang tersuling keluar pada suhu 30C hingga 80C yang
ditetapkan dikumpulkan .
12. Proses pemanasan diteruskan dan air penyulingn dibawah suhu
80C 120C, 120C 160C dan 160C 200C dikumpulkan dalam
kelalang kon yang berlainan.

peringkat suhu
Pertama Antara suhu 30C dan 80C
Kedua Antara suhu 80C dan 120C
Ketiga Antara suhu 120C dan 160C
Keempat Antara suhu 160C dan 200C

Rajah 1: Jadual peringkat hasil sulingan mengikut masa

6.2. Ujian Hasil Eksperimen


1.Hasil penyulingan petroleum yang didikumpulkan di dalam kelalang kon.
2. sebuah mangkuk pijar yang diletakkan di atas sekeping jubin putih
disediakan.
3. Kelikatan pecahan diperhatikan dengan menuang hasil sulingan ke dalam
mangkuk pijar.
4. Sebatang lidi dinyalakan dan diuji pada hasil sulingan.
5. Warna nyalaan,kebolehnyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil
diperhatikan
6. Pemerhatian yang diperolehi di catatkan dalam jadual keputusan yang disediakan
pada rajah 2.
1. KEPUTUSAN

PEMECAHAN SUHU WARNA KELIKATAN NYALAAN/


PETROLEUM KEBOLEHNYALAAN
Sangat menyala
Pecahan 30C-80C Jernih Cair Warna nyalaan biru
pertama Tiada Jelaga

mudah menyala
Pecahan 80C- 120C Kuning Sedikit likat Warna nyalaan kuning
kedua muda sedikit
Sedikit Jelaga
sukar menyala
Pecahan 120C- kuning Likat Nyalaan berwarna
ketiga 160C kuning
Sedikit jelaga

Pecahan 160C- jingga Sangat likat Sangat sukar


keempat 200C menyala
Nyalaan berwarna
kuning dan merah
Banyak jelaga

2. SOALAN

9.1 Bincangkan kebolehbakaran pecahan petroleum.

Secara umumnya pecahan yang mempunyai takat didih yang rendah iaitu
yang mempunyai struktur molekul yang rendah yang terkondensasi awal
semasa proses pengekstrakan petroleum adalah lebih mudah terbakar dan
diikuti dengan yang lain. Ini kerana struktur molekul yang ringkas
memudahkannya bertindakbalas dengan oksigen dan menghasilkan nyalaan
yang lengkap.

9.2 Bincangkan hubungan antara takat didih pecahan dengan;

a) warna pecahan
Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan adalah tanpa
warna
(colorless ) seperti benzene dan toluene dan sehingga kepada takat didih
yang
tinggi akan menghasilkan pecahan yang gelap seperti minyak tar. Ini merujuk
kepada formula molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul
yang
ringkas dibandingkan formula molekul yang besar/kompleks akan
menghasilkan
struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku
pertambahan
jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada larutan.

b) kelikatan pecahan

Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan mempunyai


kelikatan yang rendah (cair). Ini merujuk kepada formula molekul yang
rendah
akan mengahasilkan struktur molekul yang ringkas dibandingkan formula
molekul
yang besar dan kompleks akan menghasilkan struktur molekul yang juga
kompleks. Secara tak langsung berlaku pertambahan jisim per isipadu yang
memberikan ikatan yang lebih kuat dan kelikatan larutan bertambah.

c) Jumlah jelaga yang dihasilkan oleh pecahan

Takat didih yang rendah selalunya pecahan yang dihasilkan tidak atau kurang
menghasilkan jelaga manakala pecahan yang diperolehi pada takat didih yang
tinggi mempunyai jumlah jelaga yang tinggi.Jelaga ini terhasil daripada
karbon.Semakin tinggi takat didih, semakin banyak kandungan karbon
dan semakin berjelaga sesuatu sebatian.sebaliknya .
9.3. Pecahan X mempunyai formula C6H14.Ramalkan warna, kelikatan dan
jumlah jelaga yang dihasilkan oleh X

Pecahan X tanpa warna, kelikatan rendah dan jumlah jelaga yang dihasilkan
sangat sedikit

9.4 Tulis persamaan keseimbangan kimia untuk mewakili pembakaran


petrol (CH)

2 C8H18(l) + 25 O2(g) 16 CO2(g) + 18 H2O(g) + 10.86 MJ/mol (of octane)


9.5 Pembakaran yang tidak lengkap petrol dalam pelepasan gas-gas beracun
menghasilkan gas seperti karbon monoksida dan nitric oksida.Tulis
persamaan kimia seimbang untuk mewakili pembakaran yang tidak lengkap
gasoline CH

8 C8H18(l) + 9O2(g) CO2 + 7CO(g) +9 H2O(g)

9.6 Apakah biodiesel ?

Bahan bakar yang dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti daripada


tumbuhan kelapa sawit, biji jarak dan sebagainya bagi menggantikan diesel
daripada sumber petroleum.

9.7 Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding dengan petroleum?


Petroleum kurang mencemarkan alam sekitar,lebih murah dan sumber boleh
dipelbagaikan daripada pelbagai tumbuhan .

3. PERBINCANGAN
Dalam eksperimen yang telah dijalankan minyak mentah digunakan.
Minyak mentah mempunyai takat didih yang berbeza. Eksperimen yang telah
dijalankan secara penyulingan berperingangkat.. Penyulingan berperingkat yang
telah dijalankan menggunakan beberapa bahan seperi minyak mentah dan
porselin,radas seperi kelalang penyulingan untuk meletakkan minyak mentah
beserta porselin, thermometer untuk menyukat suhu, bagi mengasingkan hasil
sulingan kepada empat peringkat mengikut suhu yang ditetapkan iaitu suhu di antara
30C hingga 80C, 80C hingga 120C,120C hingga 160C dan 160C hingga
200C.kondenser liebig,tungku kaki tiga untuk meletakkan kelalang penyulingan, kaki
retort beserta pengapit untuk memegang kelalang kon dan kelalang penyulingan
agar lebih kukuh, kelalang kon untuk mengumpul hasil sulingan dan mangkuk pijar
untuk meletakkan hasil sulingan bagi ujian nyalaan.
Langkah pertama yang dilakukan adalah memasukkan minyak mentah ke
dalam kelalang penyulingan . Semasa memasukkan minyak mentah tersebut,
langkah berhati-hati perlulah dilakukan dengan menggunakan spatula berserta
dengan rod kaca untuk menolak minyak mentah ke dalam kelalang bulat yang
mempunyai permukaaan yang sempit.Hendaklah juga memastikan bahawa minyak
tersebut tidak berada di luar tabung didih untuk mengelakkan pembakaran diluar
kelalang bulat. Kerana minyak mentah sangat mudah meruap.Termometer yang
dipasang pada kelalang bulat adalah bertujuan untuk menyukat suhu bagi hasil
empat pecahan mengikut bacaan yang telah ditentukan. Semasa memasang
thermometer tersebut, langkah berhati-hati dibuat agar termometer tidak pecah dan
memastikan bahawa bebuli termometer berada betul-betul di bahagian mulut salur
kondenser. Ini adalah kerana wap air yang di hasilkan daripada pemanasan minyak
mentah betul-betul terkena pada bebuli termometer.
Langkah kedua adalah memasang adaptor dengan kondenser liebig.
Semasa memasang kesemua radas, langkah-langkah keselamatan perlu diberi
perhatian kerana kebanyakan radas adalah diperbuat daripada kaca yang sangat
mudah pecah. Salur getah dipasang adalah untuk mengalirkan air yang
berterusan pada liebig.ia bertujuan untuk menyerap haba yang dapat menukarkan
wap air kepada cecair menerusi proseds kondensasi. Langkah berjaga-jaga perlu
dibuat apabila memasang salur getah,iaitu salur getah dibawah adalah air yang
dimasukkan,manakala salur getah di atas adalah bertujuan untuk mengalirkan air
keluar.Pastikan bahawa air telah air telah penuh dalam kondenser,sebelum api
penunu bunsen dinyalakan.Kondenser digunakan adalah untuk menukarkan wap
hasil peringkat petroleum kepada cecair. Air yang dialirkan berterusan akan
menyejukkan condenser dan membolehkan proses kondensasi iaitu perubahan wap
air kepada cecair.Pemanasan terhadap petroleum dilakukan dengan perlahan-lahan
kerana ia mudah meruap.
Suhu pada termometer hendaklah selalu diperhatikan. Kutip hasil
penyulingan yang terkumpul mengikut suhu yang ditetapkan.Langkah berhati-hati
dilakukan apabila hendak menukar kelalang kon ia hendaklah dilakukan dengan
cepat agar hasil penyulingan yang menitis tidak terkena permukaan meja.Hasil
sulingan hendaklah dikumpul mengikut suhu, kerana akan mempengaruhi hasil
sulingan akan berbeza dari segi warna, kelikatan, kebolehnyalaan dan kuantiti
jelaga.Ini kerana semakin tinggi suhu, semakin bertambah molekul dan semakin
kompleks struktur sebatian.Ini bermakna warna larutan semakin gelap, kelikatan
semakin bertambah, kuantiti jelaga turut bertambah kerana pertambahan kandungan
karbon.
Semasa pemanasan dijalankan didapati wap air/asap memenuhi kelalang
penyulingan seterusnya memasuki condenser liebing.wap terkondensasi dan
seterusnya terkumpul di dalam kelalang kon. Pada suhu 30C hingga 80C,hasil
pertama dikutip.hasilnya sedikit terjejas kerana bacaan suhu semasa hasil dikutip
telah melebihi bacaan 80C.Warna hasil sulingan pertama lebih jernih, dan cair.Ini
adalah kerana ia mempunyai struktur molekul yang sangat ringkas, dan mudah
terurai walaupun pada suhu yang rendah.Seterusnya ujian nyalaan dijalankan
didapati ia sangat mudah menyala.nyalaannya bewarna biru dan tiada jelaga di
hasilkan.ini membuktikan bahawa hasil pertama kurang mengandungi hidrokarbon.
Contoh kegunaan harian adalah seperti gas untuk memasak.Hasil sulingan pada
suhu antara 80C hingga 120C, warna larutan kuning muda dan likat sedikit. Ujian
nyalaan dijalankan didapati ia mudah menyala,nyalaan berwarna kuning dan sedikit
jelaga dihasilkan.Jelaga yg sedikit membuktikan bahawa kandungan karbon juga
sedikit.contoh hasil sulingan harian yang selalu digunakan adalah petrol kenderaan.
Pada hasil sulingan suhu antara 120C hingga 160C warna larutan kuning dan agak
likat. Ini menunjukkan bahawa molekul-molekulnya adalah kompleks dan
memerlukan tenaga haba yang tinggi untuk memecahkannya. Apabila nyalaan diuji,
ia susah terbakar dan banyak jelaga.Ini menunjukkan bahawa kandungan karbon
juga agak banyakContoh hasil sulingan adalah naptha. Pada suhu antara 160C
hingga 200C,warna hasil sulingan jingga (lebih gelap) dan lebih likat. Ini
menunjukkan bahawa molekul-molekulnya lebih kompleks menyebabkannya susah
terurai dan memerlukan tenaga haba yang tinggi untuk memecahkannya. Ujian
nyalaan mendapati ia sukar dinyalakan,warna nyalaan kuning dan merah dan sangat
berjelaga.ia kebanyakannya digunakan sebagai minyak kapal terbang dan lampu.
Kelemahan yang berlaku semasa menjalankan eksperimen adalah, masa
pemanasan agak terlalu lama.ini mungkin disebabkan oleh keadaan minyak mentah
yang sudah agak lama digunakan sehingga ia menjadi pepejal.Tenaga haba yang
tinggi dan masa yang lama digunakan untuk memecahkan molekul-molekul yang
tersusun kompleks.Semasa api menyala di dalam mangkuk pijar ,telah berlaku
percikan-percikan api.Ini kerana bara dari lidi telah termasuk ke dalam mangkuk pijar
tersebut.Oleh yang demikian ,semasa menyalakan hasil sulingan hendaklah
sentiasa memastikan bara daripada lidi tidak masuk ke dalam mangkuk pijar
tersebut.Oleh itu, untuk mendapatkan keputusan yang baik, dan pemanasan yang
berlaku dapat dijalankan dengan cepat, minyak mentah yang baru sepatutnya
digunakan.Keputusan warna larutan juga sedikit terjejas, kerana tiada perbezaan
warna yang ketara antara peringkat-peringkat hasil sulingan yang diperolehi. Ini juga
mungkin disebabkan keadaan minyak mentah yang sudah terjejas kerana sudah
lama disimpan.Kekotoran-kekotoran yang terdapat pada condenser liebig hendaklah
dibersihkan supaya tidak menganggu keputusan eksperimen.
Cadangan eksperimen yang lain boleh dilakukan adalah menggunakan
minyak mentah (petroleum ) dengan radas berbeza. Bahan yang digunakan adalah
minyak mentah(petroleum) dan kapas kaca. Radas seperti tabung didih, penunu
bunsen, kaki retot, tabung uji, mangkuk pijar, penyumbat getah dengan
termometer,bikar 250ml dan salur penghantar.Sediakan susunan radas seperti yang
ditunjukkan pada rajah 5 di bawah.

1. KESIMPULAN

Untuk mendapatkan keputusan yang menunjukkan bahawa petroleum boleh


diasingkan secara berperingkat, eksperimen telah dijalankan.Daripada hasil
eksperimen yang dijalankan telah dapat membuktikan bahawa petroleum boleh
diasingkan secara berperingkat dengan pemanasan yang berterusan secara
perlaha-lahan.Keputusan menunjukkan bahawa pada peringkat suhu antara 30C
dan 80C hasil yang diperolehi menunjukkan cecair yg terkumpul berwarna
cerah Setiap pelbagai petroleum mempunyai struktur molekul, yang menentukan
sifat-sifat fizikal dan kimia, seperti warna dan kelikatan. Ini merujuk kepada formula
molekul yang rendah akan mengahasilkan struktur molekul yang
ringkas dibandingkan formula molekul yang besar/kompleks akan
menghasilkan
struktur molekul yang juga kompleks. Secara tak langsung berlaku
pertambahan
jisim per isipadu yang memberikan warna yang lebih gelap kepada larutan.
Analogi .. seutas benang hitam diletakkan di dalam air dibandingkan dengan
banyak utas benang hitam.perbandingan
Petroleum merupakan cecair yang mudah terbakar yang terdiri daripada
campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan
berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. Penyulingan berperingkat
dilakukan disebabkan sifat-sifat bahan yang berbeza dari segi takat didih pecahan
petroleum tersebut.Semakin rendah takat didih pecahan tersebut, semakin cerah
warnanya dan semakin mudah pecahan tersebut terbakar dan semakin kurang likat
pecahan tersebut Semakin rendah takat didih pecahan petroleum tersebut,
semakin kurang likat pecahan tersebut,semakin cerah warnanya,semakin mudah
pecahan tersebut terbakar dan semakin bersih nyalaannya. Manakala semakin
tinggi takat didih pecahan petroleum tersebut, semakin likat pecahan tersebut,
semakin gelap warnanya, semakin sukar pecahan tersebut terbakar dan semakin
berjelaga . Begitu juga dengan jumlah hidrokarbon yang terdapat dalam peringkat-
peringkat petroleum.Semakin tinggi suhu larutan, semakin bertambah jumlah
hidrokarbon yang dihasilkan. Buktinya adalah pada jelaga yang dihasilkan. Jumlah
jelaga yang di hasilkan semakin bertambah apabila suhu bertambah.

Penyulingan berperingkat petroleum menggunakan condenser liebig di


mana ia berfungsi untuk menukarkan wap air yang panas kepada cecair.Air yang
dilalirkan secara berterusan dapat menyejukkan wap air yang panas, di mana proses
kondensasi telah berlaku di sini..Perubahan keadaan yang berlaku adalah daripada
wap air kepada cecair. Cecair yang dihasilkan seterusnya telah mengalir keluar
daripada condenser lie big dan masuk ke dalam kelalang kon.
Peringkat petroleum yang di perolehi berdasarkan suhu masing-masing
telah dapat memenuhi keperluan manusia. Setiap peringkat yang dihasilkan
mengikut pecahan suhu menunjukkan keadaan molekul dan sifat fizikal peringkat
petroleum.Contoh hasil pecahan petroleum yang dihasilkan pada suhu gas untuk
memasak dan petrol untuk kenderaan yang dihasilkan pada suhu di bawah 40C,
Naftha pada suhu 110C, Kerosin yang digunakan dalam kapal terbang dan jet
dihasilkan pada suhu antara 110C dan 180C, diesel yang banyak digunakan pada
kenderaan berat seperti bas, lori dan sebagainya dihasilkan pada suhu 260C, dan
suhu yang melebihi 340C menghasilkan bitumen yang digunakan untuk menurap
jalan raya.
Memandangkan penggunaan petroleum yang semakin bertambah,dan
pengeluaran yang semakin merosot dewasa ini,sehinggakan harga petrol semakin
menaik,alternatif dan pendekatan lain hendaklah dilakukan seperti penggunaan
biodiesel iaitu penghasilan bahan bakar melalui tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan
untuk mengurangkan penggunaan minyak mentah yang sedang mengalami krisis
yang semakin meruncing.

SEKIAN, Terima Kasih


1. http://www.whyzz.com/where-does-petroleum-come-from
2. http://www.wikipedia.org/wiki/Petroleum
3. http:// www.wikipedia.org/wiki/History_of_petroleum
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline#Chemical_analysis_and_production

5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Suntikan_bahan_api

6. http://ms.wikipedikia.org/wiki/Hidrokarbon

7. Buni bin Sunade,Eng Nguan Hong,2001, kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


Kimia Tingkatan5, Zeti Enterprise. Batu Pahat.Johor,ms 145-148

8. Eng Guan Hong,1988, Kimia Moden Tingkatan 5. Penerbitan Pelangi


Sdn.Bhd.Johor Bahru,Johor.ms78-80

9. 2011,Kemahiran Bestari Amali Sains tingkatan 5. Pan Asia Publications Sdn


Bhd.Subang Jaya.selangor,ms 47.

10. John McMurry,2004. International Student Edition Organic


Chemistry.Bookcole.Singapore,ms854-856

11. Ramli bin Ibrahim, 2000,Asas Kimia,Uni-Ed Publications


Sdn.Bhd.Puchong.Selangor,ms387

Anda mungkin juga menyukai