Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS GRADUASI BERKELOMPOK PRASEKOLAH 2016 DAERAH BESUT

Masa 8.15 pagi


Cue Murid dan guru prasekolah mengambil tempat
Tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat sekalian,

Supaya majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan


beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama.

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin untuk memenuhi


ruangan yang telah disediakan serta menyah fungsikan atau
menukarkan nada deringan telefon bimbit masing-masing kepada
mode senyap.

2. Pihak majlis juga memohon para hadirin untuk bangun dan


memberikan tepukan yang gemuruh semasa majlis mengumumkan
ketibaan Tetamu VIP ke dewan bendahara.

3. Seterusnya majlis juga turut berbesar hati dan memohon para


hadirin untuk terus berdiri setelah pengumuman perarakan masuk
tetamu VIP dan pihak majlis juga memohon para hadirin untuk
bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

4. Akhir sekali, pihak majlis juga memohon para hadirin untuk bangun
dan memberikan tepukan yang gemuruh semasa majlis
mengumumkan perarakan keluar tetamu VIP beredar dari Dewan
Bendahara

Kerjasama hadirin sekalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih.


Masa 8.30 pagi
Cue Ketibaan Tetamu
Mengumumkan ketibaan,

1) Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Aziz bin Mohamad Din, diiringi
2) Yang Berusaha Pn. Nor Azizah Bt. Mohd Nor dan diiringi
3) Yang Dihormati Tn. Ismail B. Tn. Soh
masuk ke Dewan Bendahara .
Nyanyian lagu NegaraKu

Hadirin dipersilakan duduk.

Cue Solutasi
Bissmillah hirrahma nirrahim,

Alhamdulillah hirrabil alamin wasolla tuwassalamu ala ahsrafil ambiya


iwalmursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Kalimah Bismillah pembuka bicara

Mekar serumpun bunga siantan,


Ditiup angin gugur berserakan,
Agar majlis mendapat keberkatan,
Surah al-Fatihah kita bacakan.

Untuk itu marilah kita sama-sama membaca ummul Quran Al-Fatihah.

Aaminn ya Rabbal Alamin.

Yang Berbahagia Dr Haji Mohd Aziz bin Mohd Din, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Yang Berusaha Pn. Nor Azizah Bt Mohd Nor, Ketua Jabatan Prasekolah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Yang Dihormati Tn Ismail B. Tn Soh, Penyelia Sek. Ren PPD Besut.

Guru Besar, para pensyarah. guru-guru prasekolah, rakan guru pelatih


seterusnya yang diraikan dan dikasihi murid prasekolah sekalian.

Cue Bacaan Doa


Buluh di asah jalinan di semat,
Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bukan lebah sebarang lebah


Lebah bersarang di tanah merah
Tangan diangkat merafak sembah
Pada yang Esa kami berserah

Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan


memohon restu agar majlis mendapat berkat. Dengan sukacitanya majlis
menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd Farhan bin Mat Zulkri untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, ya rabbal alamin.

Masa 8.50 pagi


Cue Aluan Pengacara Majlis
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana masih
memberikan kesempatan kepada kita, untuk meneruskan pertemuan
dan duduk pepat di sini, bersama-sama dalam

MAJLIS GRADUASI BERKELOMPOK PRASEKOLAH 2016 DAERAH


BESUT

Sebelum jauh kita berlayar, pihak majlis mengambil ruang seawal acara
untuk menyatakan apresiasi setulus hati kepada seluruh warga dewan
atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk memenuhi jemputan pada
hari ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Graduasi pada hari ini


disertai oleh 6 buah sekolah iaitu dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan, SK Keluang, SK Lubuk Kawah, SK Pengkalan Nyireh, SK
Seberang Jertih dan SK Tembila yang terdiri daripada 9 buah kelas
prasekolah.

Cue Ucapan Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Tanpa melengahkan masa majlis sukacitanya mempersilakan dan


menjemput Yang Berusaha Pn. Nor Azizah binti Mohd. Nor, Ketua
Jabatan Prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Pn. Nor
Azizah binti Mohd. Nor, diatas ucapan sebentar tadi.

Cue Ucapan Pengarah IPGKSM


Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini tibalah saat yang dinanti-natikan. Majlis dengan penuh takzim


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Dr Haji Mohd Aziz bin Mohd Din
untuk menyampaikan ucapan dan sekali gus merasmikan MAJLIS
GRADUASI BERKELOMPOK PRASEKOLAH 2016 DAERAH BESUT.

Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah


diatas ucapan sebentar tadi dan marilah kita sama-sama dalam
memacu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kearah
kecemerlangan agar gah dipersada negara dan dunia.

Cue Gimik Perasmian


Seterusnya majlis mempersilakan dan menjemput Yang Berbahagia Dr.
Hj. Mohd. Aziz bin Mohd. Din, Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
untuk menyempurnakan gimik perasmian Majlis Graduasi Berkelompok
Prasekolah 2016 Daerah Besut.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Yang Berbahagia
Dr. Hj. Mohd. Aziz bin Mohd. Din diatas kesudian Tuan
menyempurnakan majlis.

Cue Persembahan sk lubuk kawah


Hadirin sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan murid prasekolah dari Sk


Lubuk Kawah. Oleh itu, majlis mempersilakan saudara Ahmad
Fakhrurrazi b. Che Daud untuk bacaan kalam Al-Quran Al-Fatihah dan
terjemahan erti bersama murid prasekolah dari SK Lubuh Kawah

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada anak cilik dari SK Lubuk Kawah diatas
persembahan majlis sebentar tadi.

Meneruskan acara, majlis mempersilakan kumpulan nasyid As We See


yang terdiri dari bakal-bakal guru dari IPGKSM untuk menyampaikan
lagu yang bertajuk Permata Keluarga dan Satu Jemaah.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih diatas persembahan yang sangat


memukau sebentar tadi.

Cue Ucapan Wakil Murid


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil murid

Dengan itu, majlis mempersilakan adik Che Rayyan Nafiz b Che


Musazaki murid prasekolah dari SK Pengkalan Nyireh Untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Che Rayyan Nafiz
b Che Musazaki

Cue Tayangan Video


Hadirin sekalian,
Untuk meneruskan aturcara majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan tayangan video aktiviti murid prasekolah daerah besut di
sepanjang tahun 2016.

Cue Penyampaian sijil graduasi sk seberang jerteh


Majlis diteruskan lagi dengan atur cara penyampaian sijil graduasi
kepada murid Prasekolah Sk Seberang Jerteh.

Dengan itu, dipersilakan Yang Dihormati Cik Hameedah bt Abd Rahman


mewakili guru besar Sk Seberang Jerteh diiringi oleh Yang Berusaha Pn
Nor Azizah Bt Mohd Nor, ketua jabatan prasekolah, Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan.

Dipersilakan adik ..

Seterusnya adik

Akhir sekali adik

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Pn Rosliza Bt Abd


Shatar, dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas kesudian
menyempurnakan majlis.

Cue Penyampaian sijil graduasi sk keluang


Majlis diteruskan lagi dengan atur cara penyampaian sijil graduasi
kepada murid Prasekolah Sk Keluang.

Dengan itu, dipersilakan Yang Dihormati Pn Rosliza Bt Abd Shatar,


mewakili guru besar Sk Keluang diiringi oleh Yang Berusaha Pn Nor
Azizah Bt Mohd Nor, ketua jabatan prasekolah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan.

Dipersilakan adik ..

Seterusnya adik

Akhir sekali adik

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Pn Rosliza Bt Abd


Shatar, dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas kesudian
menyempurnakan majlis.

Cue Persembahan Tunas Madani


Hadirin sekalian,
Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan dari murid prasekolah
Tunas Madani dengan persembahan lagu yang bertajuk SAYA ANAK
MALAYSIA.

Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Cue Penyampaian sijil Sk Tembila


Majlis diteruskan lagi dengan atur cara penyampaian sijil graduasi
kepada murid Prasekolah Sk Tembila.

Dengan itu, dipersilakan Yang Dihormati Tn Hj Mohamad Safei b. Ab


Majid, Guru Besar Sk Tembila diiringi oleh Yang Berusaha Pn Nor Azizah
Bt Mohd Nor, ketua jabatan prasekolah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan.

Dipersilakan adik ..

Seterusnya adik

Akhir sekali adik

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn Hj Mohamad Safei b.


Ab Majid dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas kesudian
menyempurnakan majlis.

Cue Penyampaian sijil Sk Pengkalan Nyireh

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dihormati En Che Awin b.


Hasan, Guru Besar Sk Pengkalan Nyireh diiringi oleh Yang berusaha Pn
Nor Azizah Bt Mohd Nor, ketua jabatan prasekolah, Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan sijil graduasi kepada
murid-murid prasekolah Sk. Pengkalan Nyireh.

Dipersilakan adik ..

Seterusnya adik

Akhir sekali adik

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En Che Awin b. Hasan


dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas kesudian
menyempurnakan majlis

Cue Persembahan Sk Tembila

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian,

Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan oleh kanak-kanak cilik


Sk Tembila dengan persembahan bertajuk Nour El Sham.

Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Cue Penyampaian sijil Sk Lubuk Kawah

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi


kepada murid Prasekolah Sk Lubuk Kawah

Dengan itu, dipersilakan Yang Dihormati Pn. Che Zaharah bt Che Teh,
Guru Besar Sk Lubuk Kawah diiringi oleh Yang Berusaha Pn Nor Azizah
Bt Mohd Nor, ketua jabatan prasekolah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan.

Dipersilakan adik ..

Seterusnya adik

Akhir sekali adik

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Pn. Che Zaharah bt Che
Teh dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas kesudian
menyempurnakan majlis.

Cue Penyampaian sijil Tunas Madani

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Aziz


bin Mohamad Din, pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan, diiringi oleh Yang berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor, ketua
jabatan prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah
Tunas Madani.

Dipersilakan adik ..

Seterusnya adik

Akhir sekali adik

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Aziz bin
Mohamad Din dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas
kesudian menyempurnakan majlis

Cue Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang

Hadirin sekalian,

Atur cara majlis pada hari ini akan diteruskan lagi dengan penyampaian
Anugerah Murid Cemerlang mengikut tunjang.

Oleh itu, majlis mempersilakan, Yang Dihormati Tn. Ismail b. Tn Soh,


Penyelia Sek Ren PPD Besut diiringi
.

1. SK SEBERANG JERTEH
2. SK KELUANG
3. SK TEMBILA
4. SK PENGKALAN NYIREH
5. SK LUBUK KAWAH
6. TUNAS MADANI

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Ismail b. Tn Soh dan
. atas
kesudian menyempurnakan majlis

Cue Penyampaian Anugerah Tokoh Murid

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Aziz


bin Mohamad Din, pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan, diiringi oleh Yang berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor, ketua
jabatan prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
untuk menyampaikan sijil Anugerah Tokoh Murid.
1. SK SEBERANG JERTEH
2. SK KELUANG
3. SK TEMBILA
4. SK PENGKALAN NYIREH
5. SK LUBUK KAWAH
6. TUNAS MADANI

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Aziz bin
Mohamad Din dan Yang Berusaha Pn Nor Azizah Bt Mohd Nor atas
kesudian menyempurnakan majlis

Cue Penyampaian cenderahati kepada JPN, PPD, GB SEKOLAH

Cue Penyampaian cenderahati KJ kepada Pengarah


Cue Selesai Ucapan

Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
nyanyikan
-Lagu Selamat Sultan
Untuk itu, hadirin dipohon bersiap sedia.

Selepas nyanyian lagu


Ann
MAT Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka berakhirlah sudah
majlis kita pada pagi ini.

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Dr. Hj. Mohd. Aziz bin Mohamad Din, pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kerana sudi hadir memeriahkan
majlis.

Umpama berjalan dah sampai ke batas


Umpama berkayuh dah sampai ke pulau
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Entah sireh salah sorong
Entah kata salah tutur
Terimalah salam, salam bersantun
Salam memohon maaf dan ampun
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sebelum titik bertemu noktah, saya bagi pihak majlis menyusun jari nan
sepuluh, jika yang patut tak dipatutkan, yang tua tak dituakan, yang
menyesak menyemakkan, yang sempit himpit-berhimpit, dan yang
dahulu dikemudiankan.

Saya mohon beribu ampun, dari jauh menjunjung duli, sudah dekat
mengangkat sembah.

Dengan lafaz yang mulia, saya Azhar bin Husin dan saya Nurul Izyan bt
Ishak mengucapkan Wabilahitaufiqwalhidayah wasalammualaikum w.b.t

Cue Keberangkatan keluar pengarah

Ann Mengumumkan perarakan keluar

Yang Berbahagia Dr Haji Mohd Aziz bin Mohd Din, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan diiringi

Yang Berusaha Pn. Nor Azizah Bt Mohd Nor, Ketua Jabatan Prasekolah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan diiringi

Yang Dihormati Tn Ismail B. Tn Soh, Penyelia Sek. Ren PPD Besut.

* Guru-guru Besar

*Para Pensyarah

Meninggalkan dewan bendahara

Anda mungkin juga menyukai