Anda di halaman 1dari 2

Guru perlu bangga dengan profesion

Doris Apai
| November 9, 2013

Berkecimpung dalam bidang perguruan kerana minat bukan mahu mendapat


pekerjaan semata, Datuk Seri Michael Mayin Jawong.

KUCHING: Mereka yang memilih profesion perguruan harus bersedia dari segi mental dan
fizikal kerana tugas ini satu bidang yang amat mencabar, kata Menteri Pembangunan
Infrastruktur dan Pembangunan Sarawak, Datuk Seri Michael Mayin Jawong.

Beliau menambah profesion perguruan adalah satu bidang kerjaya yang sangat mencabar
kerana pendidikan merupakan titik permulaan bagi setiap pekerjaan.

Katanya, berkecimpung dalam bidang perguruan harus kerana minat bukan dengan alasan
mahu mendapat pekerjaan semata.

Ini kerana kalau kita berminat dengan kerjaya itu maka kita akan dapat menjalankan tugas
dengan lebih bertanggungjawab, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Buku Baruk Warisan Budaya dan Identiti
Bidayuh di Institut Perguruan (IPG) Kampus Batu Lintang di sini pagi tadi.

Menurut beliau tidak dapat dipastikan jumlah sebenar yang memilih bidang perguruan
sebagai kerjaya kerana minat terhadap profesion itu.

Beliau berkata mereka yang dipilih untuk menyertai bidang perguruan perlu menanam
minat dan semangat cintakan kerjaya supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik.

Beliau menambah, orang yang bertanggungjawab mencorak atau menyediakan bentuk


pekerjaan kepada pelajar adalah mereka yang berkecimpung dalam dunia pendidikan iaitu
guru.

Oleh itu katanya guru memainkan peranan penting dalam memberi didikan dan bimbingan
kepada pelajar supaya mereka menjadi orang yang berprofesion di masa depan.
Manyin juga berkata suatu ketika dulu profesion perguruan bukanlah satu bidang pekerjaan
yang menjadi pilihan kerana ia kurang mendapat sambutan.

Guru berbeza dengan akauntan

Ini kerana, katanya bidang ini amat berbeza dengan kerjaya lain seperti kerani, akauntan,
dan sebagainya yang memerlukan seseorang itu berada dalam sebuah bilik yang begitu
selesa.

Sedangkan seorang guru akan ditempatkan di dalam bilik darjah yang tiada penyaman
udara, panas dan tidak selesa, katanya sambil menambah situasi itu berterusan hingga
kini hingga menyebabkan ramai yang enggan berkecimpung dalam bidang ini.

Beliau juga berkata mereka yang bergelar guru harus merasa bangga dengan keputusan
mereka memilih jawatan itu sebagai kerjaya.
Dari segi perkembangan pendidikan, Manyin berkata bidang itu telah mengalami arus
perubahan yang ketara.

Pada masa ini, katanya bidang pendidikan bukan sahaja menjurus kepada menulis,
membaca dan mengira tetapi juga menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran.

Ini kerana tambah beliau persekitaran pendidikan pada masa dahulu adalah tidak terlalu
kompetitif berbanding sekarang.

Bidang pendidikan sekarang adalah platform untuk menyediakan generasi baru dengan
pelbagai kemahiran supaya mereka dapat berhadapan dengan persekitaran yang lebih
kompetitif kerana mereka akan bersaing dengan bangsa lain di seluruh dunia, katanya.

Oleh itu, tambah beliau seorang guru harus memastikan pelajar sudah bersedia untuk
bersaing sebaik sahaja mereka meninggalkan alam persekolahan.

Justeru, katanya lagi profesion perguruan pada masa ini adalah satu bidang sangat
mencabar dan mereka yang berkecimpung dalam kerjaya itu harus bersiap sedia
menghadapi semua kemungkinan serta perubahan.

Anda mungkin juga menyukai