Anda di halaman 1dari 27

Panduan belajar gitar untuk permulaan

Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain gitar,
ini lah situs terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain
gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk menjadi seorang
pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa 5 sehingga 10 tahun.
Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang atau bermain gitar, hanya
satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain beberapa kord
yang mudah. Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik
gitar. Seperti dalam gambar di bawah.

Peluang Mendapat Duit Cepat Melalui CharityID


Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas
fretboard gitar.

Gunakan alat penala string atau tuner untuk menala / tune setiap tali gitar
mengikut standard tune not. Atau boleh juga tune gitar menggunakan Guitar
Tuner Online di internet.

Tuner / penala

Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C
major dan A minor. Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala
kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis "C m". Kord C major
atau C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A
minor dan E minor selalunya ditulis "A m" dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna
untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor" atau "major" ialah "minor" itu
mempunyai mood yang sedih. "Major" pula jikalau dibunyikan akan berbunyi
irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari
budaya kehidupan orang Eropah.
Chord C major

C major

E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.


A minor

Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama
hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan
jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti,
dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum
ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan
untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan
kanan sahaja.
strum pertama C

strum kedua Am

Sekarang cuba pula chord progression ini C - G - Am - F

petikan pertama C
petikan kedua G

strum keempat F
strum ketiga Am

______________________________________________________

Chord progression untuk kord A minor. Am - F - C - G

Petikan pertama A minor


Petikan kedua F

Petikan ketiga C
Petikan keempat G

Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C atau Am, E minor dan D
minor juga ada diguna.

kord E minor
Kord D minor

Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik
klasikal seperti Canon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan
J.S.Bach.

C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G
atau prog biasa seperti dibawah

C - G - Am - G
Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.

Am - F - C - G

atau prog biasa seperti dibawah


Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am
Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga
berasal dari chord progress muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu
komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky Korsakov. Cuba mainkan dan
berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord. Setelah kamu
mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu berlatih teknik strum yang
lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit dapat mengajar
dan membolehkan kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu
minggu.
Teruskan ke bawah untuk Panduan Belajar Gitar Bahagian Ke 2

Peluang Mendapat Uang Dengan Amat Pantas CharityID

Panduan Belajar Gitar Bahagian 2

Kamu tidak boleh menjadi seorang pemain gitar pro mega super shredder dalam
1 hari. Kerana tidak ada orang yang boleh belajar dan terus pandai bermain
seperti tahap pro dalam satu atau dua hari saja. Untuk menjadi menjadi seorang
yang betul-betul pandai bermain gitar, kamu mesti belajar dari asas. Seorang
pemain gitar perlu kira-kira 5 hingga 10 tahun untuk menjadi seorang pemain
gitar profesional yang betul-betul mahir. Perkara yang paling penting yang kamu
mesti belajar pertama adalah kord gitar. Bermula dari bahagian pertama diatas
kamu telah diajar untuk bermain kord gitar asas seperti C, G dan F major.
Kord yang diajar dalam bahagia pertama ialah jenis kord terbuka atau
open kord.
Perkembangan kord atau kord progression yang bermula dengan kunci utama
kord C juga boleh dimulai dalam kord yang lain.

Mari kita lihat apakah chords utama (open chords) yang lain.
A major

E major
D major
G major
C major
kord utama dalam mode minor (minor open chord)

E minor
A minor

D minor
Peringatan : Kord-kord selalu di tulis dalam huruf besar E F G A D
Kord ditulis seperti Em Fm Gm Am Bm Cm or Dm.

Pelajaran 1. Susunan Kord bar atau barre chord

Dalam muzik, kord bar atau barre chord (juga dikenali sebagai kord bar atau
jarang Barre kord) adalah sejenis kord gitar, di mana satu atau lebih jari
digunakan untuk menekan kesemua string tali gitar dari tali pertama hingga tali
ke enam (seperti bar menekan tali), membolehkan pemain memainkan kord
tanpa ada batasan tona bunyi string gitar yang tidak ditekan. Barre chords sering
dirujuk sebagai kord yang bergerak, secara keseluruhan tangan boleh dengan
mudah digerakkan dari hujung leher gitar (dekat kepala gitar) hingga ke leher
gitar yang dekat pada badan gitar. Biasanya digunakan dalam muzik yang paling
popular dan klasik, mereka sering digunakan dalam gabungan dengan open
chord atau standard chords gitar. Walaupun sedikit menjejaskan kualiti nada.
Barre chord atau kord bar sama seperti menggunakan capo pada fret guitar. Dari
fret pertama kamu boleh menggerakkan tangan ke fret yang tertinggi
berdekatan badan gitar tanpa menukar walau satu pun jari.

Barre kord adalah kord yang punya asas seperti dari kord utama (open chord) E
major seperti contoh gambar dibawah ini.
Letak jari telunjuk kamu pada fret ke 3 seperti garisan dalam gambar ini untuk
membentuk kord barre G major

Teknik menekan chord barre.


Letak jari di atas fret yang untuk note G (atau note lain yang dikehendaki untuk
membentuk barre cord) pada fret ketiga (atau lain-lain fret) dan kesemua string
pada fret itu ditekan menggunakan satu jari. Posisi jari pertama (jari telunjuk) ini
ialah sebagai kepala utama untuk barre chord.
Kemudian tekan note dibelakang guna jari untuk note yang lain seperti gambar
diagram barre kord di bawah. Kalau tidak menekan jari tengah maka ia adalah
barre chord G minor. Apa bila jari tengah menekan strings nombor 3 fret ke 3
maka ia menjadi barre chord G major.

Cuba gerakkan jari pertama ke fret 5 pula didikuti jarikelingking pada fret 7
tanpa mengubah susunan jari. Tekan jari tengah pada string ke 3. Tekan kord itu
dan strum. Kord yang berbunyi itu adalah nada kord A major (barre kord)

Sekarang gerak susunan tangan atau keseluruhan tangan ke fret sebelah kanan
(fret ke 6) tanpa menukar sebarang jari. Sekarang kord major ini berubah nada
menjadi sharp atau pitch lebih tinggi dari semasa fret sebelumnya. Nama untuk
kord itu ialah A# atau A sharp major.

Mainkan kord A lagi kemudian pindahkan ia ke fret sebelah kiri (fret ke 4). Kord
yang baru dipindahkan itu ialah kord Aflat. Kamu boleh memainkan kord flat atau
sharp untuk semua jenis kord bar atau cord biasa.
Ingat saja, kalau mana-mana kord yang terkeluar dari tempat asal ia berada
dalam kunci / key sharp atau flat.
Kalau kamu tidak menekan jari nombor 2, kord harmoni akan berbunyi seperti
kord minor. Ini ialah kord bar Am

Ketahui Cara Mendapat Wang Cara Pantas - CharityID

Pelajaran 2. Mari bermain kord bar minor.

Kord G minor

Barre kord G minor

Barre Chord G minor

C minor.
Untuk barre chord root C minor, bentuk hampir sama tetapi posisi jari 2,3 & 4
diturunkan pada string ke bawah seperti dalam gambar chord digram dibawah.

Barre chord C minor


G minor

A m - Sekarang kamu boleh bermain kord Am sama seperti kord Gm


dalam gambar gambar diatas. Tetapi pastikan ia berada di fret nombor
5
B flat minor - Jari nombor 1 kamu berada di tali ke 5 pada fret 2. Jari no 2
tali ke 2 fret no 3. Jari ke 4 nombor tali ke 3 fret no 4. Jari ke tiga pada
tali 4 fret ke 4.
C m - Kamu boleh memainkan kord C minor sama seperti kord bar B flat
minor pada fret no 3.
Berlatih menekan kord-kord ini & ingatkan dalam memori minda kamu.

Kord C major seperti dibawah ini boleh ditekan seperti dalam gambar ini atau
pun ditekan menggunakan jari 2,3 & 4 seperti gambar terbawah sekali
Jari 2,3 & 4 menekan strings

Pelajaran 3. Mari kita mulakan pelajaran dengan berlatih pertukaran


kord (chord progression) dibawah.
A - F#m - D - E

Pelajaran 4. Chord progression of G key chord

G - Em - C - D
Pelajaran 5. D major key chord -

D - Bm - G - A
Pelajaran 6. F flat or C# key chord -

F flat (C#) - Cm - G - D

Pelajaran 7. sekarang cuba main pertukaran bermula dari kord major.

1. A - E - Fflat - E - D - Cflat - Bm - E

2. G - D - Em - D - C - Bm - Am - D
3. F - C - Dm - C - Bflat - Am - Gm - C

4. D - A - Bm - A - G - Fflat m - Em - A

Latihan kord progression

Kord progression dibawah ini berupa lagu barat yang


biasa didengari. Bagaimanapun kord dibawah bukan lah
dalam bentuk kord yang asli original tetapi sekadar untuk
latihan membiasakan tangan menukar kord kord gitar.

A D E D atau D G A G atau G C D C
Beverly Hills Weezer
Louie Louie The Kingsmen
The Joker Steve Miller Band
Undone (The Sweater Song) Weezer
Walking on Sunshine Katrina and the Waves
Wild Thing The Troggs
You Shook Me All Night Long AC/DC
D C G D atau E D A E atau A G D A
Born This Way Lady Gaga
Fortunate Son Creedence Clearwater Revival
Hey Jude (nah nah) The Beatles
Lit Up (verse) Buckcherry
Sweet Child O Mine Guns N Roses
Thank You Led Zeppelin

G D Em C
Africa Toto
Can You Feel the Love Tonight Elton John
Dont Stop Believin Journey
Forever Young Alphaville
Happy Ending Mika
Im Yours Jason Mraz
Land Down Under Men at Work
Life by the Drop Stevie Ray Vaughan
No Woman No Cry Bob Marley
Poker Face Lady Gaga
Save Tonight Eagle Eye Cherry
She Will Be Loved Maroon 5
Take on Me A Ha
The Story Brandi Carlile
Under the Bridge Red Hot Chili Peppers
When I Come Around Green Day
Wherever You Will Go The Calling
With or Without You U2
Youre Beautiful James Blunt

G Em C D
Crocodile Rock Elton John
Dyer Maker Led Zeppelin
Earth Angel The Penguins
I Will Always Love You Whitney Houston
Last Kiss Pearl Jam
Total Eclipse of the Heart Bonnie Tyler

Em C G D
Building a Mystery Sarah McLachlan
Bullet with Butterfly Wings Smashing Pumpkins
Grenade Bruno Mars
Honest Mistake Bravery
Rebellion (Lies) Arcade Fire
Self Esteem The Offspring

G D Em Em atau C G Am Am
Another Brick in the Wall Pink Floyd
Simple Man Lynyrd Skynyrd

D Em G A atau G Am C D
Young Americans David Bowie

Am Dm G C atau Em Am D G
Island in the Sun Weezer

A D Em A atau D G Am D atau G C Dm G
Yellow Submarine (verse) The Beatles
CGDAEEEE
Hey Joe Jimi Hendrix

Anda mungkin juga menyukai

  • Sop Injeksi Subcutan
    Sop Injeksi Subcutan
    Dokumen2 halaman
    Sop Injeksi Subcutan
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Kuisioner Kepuasan Pasien
    Kuisioner Kepuasan Pasien
    Dokumen2 halaman
    Kuisioner Kepuasan Pasien
    elanimation
    93% (27)
  • Akkes Aceh Utara
    Akkes Aceh Utara
    Dokumen2 halaman
    Akkes Aceh Utara
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Statistik Banda Aceh 2015
    Statistik Banda Aceh 2015
    Dokumen365 halaman
    Statistik Banda Aceh 2015
    Victor Parulian
    Belum ada peringkat
  • 964 2759 1 PB
    964 2759 1 PB
    Dokumen17 halaman
    964 2759 1 PB
    sanggar
    Belum ada peringkat
  • Spo Peng Suhu Badan
    Spo Peng Suhu Badan
    Dokumen2 halaman
    Spo Peng Suhu Badan
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • SOP Pemasangan Infus Xyz
    SOP Pemasangan Infus Xyz
    Dokumen2 halaman
    SOP Pemasangan Infus Xyz
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Hipotensi
    Askep Hipotensi
    Dokumen6 halaman
    Askep Hipotensi
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Pedoman Triase
    Pedoman Triase
    Dokumen9 halaman
    Pedoman Triase
    Antho Syafar
    90% (10)
  • Askep Vertigo
    Askep Vertigo
    Dokumen10 halaman
    Askep Vertigo
    Muhammad Faizal Rifai
    Belum ada peringkat
  • Askep Serumen Prop
    Askep Serumen Prop
    Dokumen8 halaman
    Askep Serumen Prop
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Dispepsia
    Askep Dispepsia
    Dokumen5 halaman
    Askep Dispepsia
    Galindra
    Belum ada peringkat
  • Askep Vertigo
    Askep Vertigo
    Dokumen10 halaman
    Askep Vertigo
    Muhammad Faizal Rifai
    Belum ada peringkat
  • Askep Jiwa
    Askep Jiwa
    Dokumen4 halaman
    Askep Jiwa
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Anemia Aplastik
    Askep Anemia Aplastik
    Dokumen34 halaman
    Askep Anemia Aplastik
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Bab I
    Bab I
    Dokumen15 halaman
    Bab I
    RadenMas Muhammadbambangpermadi Pakuningratan
    Belum ada peringkat
  • Pemetaan Dokumen Pokja 3 Bab
    Pemetaan Dokumen Pokja 3 Bab
    Dokumen3 halaman
    Pemetaan Dokumen Pokja 3 Bab
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep CC
    Askep CC
    Dokumen18 halaman
    Askep CC
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Anemia
    Askep Anemia
    Dokumen23 halaman
    Askep Anemia
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep CKR
    Askep CKR
    Dokumen11 halaman
    Askep CKR
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • MODUL Bu Lusi
    MODUL Bu Lusi
    Dokumen76 halaman
    MODUL Bu Lusi
    Nur Hayati
    Belum ada peringkat
  • Askep CKD
    Askep CKD
    Dokumen23 halaman
    Askep CKD
    Vhya Harfiah
    Belum ada peringkat
  • Penyakit DM
    Penyakit DM
    Dokumen34 halaman
    Penyakit DM
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Gastristis
    Askep Gastristis
    Dokumen21 halaman
    Askep Gastristis
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Diare
    Askep Diare
    Dokumen3 halaman
    Askep Diare
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Hipertensi
    Askep Hipertensi
    Dokumen30 halaman
    Askep Hipertensi
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • Askep Asma
    Askep Asma
    Dokumen9 halaman
    Askep Asma
    Nur Asiah
    Belum ada peringkat
  • Selulitis
    Selulitis
    Dokumen2 halaman
    Selulitis
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat
  • 8
    8
    Dokumen2 halaman
    8
    Belatto Hery
    Belum ada peringkat