Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan
wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh
kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini
hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru.
Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana
ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain
tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran
kepada murid.
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada
menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus
menggerakkan sumber-sumber sedia ada
berkongsi kepimpinan
STRATEGI PLC
PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian
murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC