Anda di halaman 1dari 7

NO.

ACARA TEKS CATATAN


1 Ucapan alu- Bismillah.
aluan
Yang Berusaha Encik Aphong Ak Entri,
Guru Besar SK Rantau Panjang,

Yang Dihormati,
En. Usin Ak Jarmit, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Encik Kaya Ak Sagieng, Guru Penolong Kanan HEM,
Cik Maimun Binti Arsad, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,

Seterusnya, rakan-rakan guru yang diraikan serta anak-


anak didik yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan


limpah kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita
berkumpul pada hari yang mulia ini untuk meraikan
Sambutan Hari Guru bagi tahun 2017 dengan tema :
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat


bagi semua guru di seluruh negara. Hal ini kerana, pada
tarikh keramat inilah guru-guru diraikan atas
pengorbanan mereka dalam menyampaikan ilmu dan
membimbing murid-murid ke arah kejayaan. Biarpun
kita telah melewati tarikh 16 Mei, pada hari ini, sekolah
kita tetap tidak ketinggalan untuk menyambut
Sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah.
2 Nyanyian Hadirin yang dihormati sekalian,
lagu
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita
menyanyikan rangkaian dua buah lagu iaitu,Lagu
Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku.
Sidang hadirin dipersilakan berdiri.

(Nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Hadirin dipersilakan duduk.

3 Bacaan doa Awal bismillah pembuka bicara,


Mohon kerahmatan dari tuhan,
Bacaan doa tidak dilupa,
Semoga majlis mendapat keberkatan

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama


mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Al-
Fadhil Ustaz Mohammad Ramadhan Bin Muhamad.
Dengan segala hormatnya dijemput...

(Bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
bacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai,
yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

4 Ucapan dan Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan


perasmian mempersilakan Encik Aphong Ak Entri, Guru Besar SK
Rantau Panjang untuk menyampaikan ucapan
Hari Guru
seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah, SK Rantau Panjang bagi tahun
2017. Dipersilakan...
(ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu


tadi.

5 Melekat Hadirin sekalian,


button badge Tanpa melengahkan masa, majlis akan diteruskan lagi
dengan acara melekat button badge dan penyampaian
dan
penyampaian cenderamata kepada semua guru oleh anak angkat yang
cenderamata terdiri daripada murid-murid Tahun 6. Semua guru
diminta naik ke atas pentas apabila namanya dipanggil
dari anak
untuk dipakaikan button badge dan menerima
angkat cenderamata daripada anak angkat masing-masing.

Untuk itu, kita mulakan dengan Guru Besar, Encik


Aphong Ak Entri dan anak angkatnya Olivia Eva ak
Gara.
Seterusnya dijemput __________________
(Rujuk Lampiran nama guru dan anak angkat)
6 Lafaz ikrar Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi pagar,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon lafaz ikrar.

Sekarang tiba lah pula untuk lafaz ikrar Hari Guru 2017
yang akan diketuai oleh Encik Aphong Ak Entri, Guru
Besar SK. Rantau Panjang, Sibu.
Dipersilakan....

(ikrar)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

7 Persembahan Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh
guru
barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian


1. Lagu Guru Malaysia
2. dan Lagu Pendidik Bumi Kenyalang

Dipersilakan....
(Nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas


persembahan itu tadi.
8 Acara Sekarang, majlis akan diserikan lagi dengan acara
memotong kek Hari Guru 2017 yang sekali lagi akan
memotong
diketuai oleh Tuan Guru Besar, En. Aphong Ak Entri
kek dengan diiringi oleh guru-guru SK Rantau Panjang,
Sibu.

9 Persembahan Guru-guru yang diraikan,


murid
Sekarang tibalah masa untuk kita menyaksikan
persembahan daripada anak-anak didik yang kita kasihi
khas ditujukan buat guru-guru yang disayangi...

Untuk makluman semua, persembahan murid-murid ini


telah dibimbing oleh Puan Norhayati Binti Asri dan
Puan Nadziah Binti Sarkawi.

Untuk persembahan pertama, dijemput murid-murid


Tahun 4 untuk menyampaikan persembahan mereka
yang bertajuk TERIMA KASIH, CIKGU.

Mari sama-sama kita saksikan.....


Terima kasih di atas persembahan yang menghiburkan
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan


deklamasi sajak daripada pasangan adik-beradik,
Sharifah Nur Farhana dan Wan Muhd Mukhlis bin Wan
Sabini, yang bertajuk GURU OH GURU.
Majlis dengan sukacitanya menjemput...

Majlis merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih


atas persembahan sebentar tadi.

10 Anugerah Sidang hadirin sekalian, Senarai


Guru nama guru
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu di mana
Penyanyang kemuncak majlis pada hari ini dimeriahkan lagi dengan SKRP
pengumuman keputusan undian murid-murid untuk
2017
anugerah
1. Guru Lelaki Penyayang
2. Guru Perempuan Penyayang

Sebelum itu, dijemput Guru penolong Kanan


Kurikulum, En. Usin Ak Jarmit untuk mengiringi Tuan
Guru Besar, En. Aphong Ak Entri untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Bagi anugerah GURU LELAKI PENYAYANG,


guru yang telah berjaya mendapat undian tertinggi dan
berjaya memenangi hati murid-murid, jatuh kepada
________________________________________!!!

Dijemput ____________________ untuk menerima


hadiah.

(penyampaian hadiah)

Seterusnya, bagi anugerah kedua pula, dengan


mendapat undian popular daripada murid-murid, guru
yang berjaya menggalas title, GURU PEREMPUAN
PENYAYANG pada tahun ini jatuh kepada
____________________________!!!!!

Majlis merakamkan tahniah kepada ________________


& _______________________ atas anugerah yang
telah dimenangi sebentar tadi.

* Untuk makluman hadirin sekalian, pada hari ini kita


bukan sahaja ada anugerah GURU PENYAYANG, kita
juga ada menyediakan satu lagi hadiah bagi anugerah
__________________________.

* Majlis dengan ini berbesar hati untuk menjemput


Tuan Guru Besar untuk mencabut undian nama bagi
guru yang bertuah pada hari ini.

* Hadirin sekalian, berikan tepukan yang paling


gemuruh buat guru yang PALING BERTUAH dalam
majlis sambutan Hari Guru pada hari ini iaitu
____________________________ !!!

(* kiv)

Tahniah diucapkan....

Terima kasih cikgu Usin dan Guru besar kerana sudi


menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
11 Penutup Guru,
Ukirlah walaupun di atas batu,
Curahlah air walaupun di atas daun keladi,
Tulislah walaupun di atas Pasir

Keraskanlah pahatmu,
Besarkan baldimu
Genggamkan penamu

Manalah kita tahu


Batu menjadi Tugu
Daun Keladi menjadi Baldu
Pasir menjadi intan

Sabar itu Kekayaan


Ikhlas itu Kejayaan

Hadirin dan hadirat sekalian,

Disini ada beberapa pengumuman,

1. Selepas selesai majlis ini nanti, diminta guru-guru


untuk berbaris dan murid-murid bersalaman dengan
para guru sebagai tanda terima kasih. Murid-murid
yang ingin menyampaikan hadiah, kad ucapan dan
sebagainya juga boleh berbuat demikian pada waktu
tersebut.

2. Selepas bersalaman, guru-guru dan murid-murid


diminta bersedia untuk acara seterusnya iaitu
sukaneka antara rumah sukan. Kita akan
menyaksikan para guru SKRP dan murid-murid
beraksi dalam aktiviti sukaneka yang telah
disediakan. Diharapkan semua dapat mengambil
bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan
sebentar lagi.

Acara sukaneka akan dijalankan di dataran di


hadapan bilik guru, diharapkan guru-guru dapat
bekerjasama mengosongkan dataran tersebut.

Murid-murid diminta berkumpul di dataran selepas


waktu rehat.
Kini kita telah sampai ke penghujung majlis.
Sebelum mengundurkan diri, saya memohon ampun
dan maaf andai ada terkasar bahasa dan tersalah
bicara.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Saya akhiri majlis ini dengan wabillahhitaufik


walhidayah, Assalammualaikum. W.b.t
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG, SIBU 2017.

Anda mungkin juga menyukai