Anda di halaman 1dari 2

Senaraikan tingkah-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan peraturan

pegawai awam.

1. 4(2) (a) Contohnya: Guru tidak mengajar dalam kelas


2. 4(2) (b) Contohnya Menguruskan tender/sebutharga sedangkan pegawai
mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender/ sebutharga
terdiri daripada saudara-maranya.
3. 4(2)(c) Contohnya: (i) Menggunakan dan memandu kenderaan jabatan
untuk kegunaan sendiri seperti pergi ke pejabat dan balik dari pejabat,
menghantar anak ke sekolah dan lain-lain.
(ii) Menggunakan kakitangan jabatan /alat/ barang-barang jabatan untuk hal-
hal persendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah,
mengangkat perabot rumah dan lain-lain.
4. 4(2)(d) Contohnya: Terlibat dalam penyalahgunaan dadah,Berjudi di
pejabat/waktu bertugas,Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah syariah
dan Melakukan gangguan seksual
5. 4(2)(e) Contohnya: Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai
dengan teratur dan bersistematik.Tiada inisiatif untuk menyelesaikan urusan
kerja seberapa segera.
6. 4(2)(f) Contohnya: Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan
sendiri.Membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan telah
siap atau belum.Tidak melaporkan harta atau pelaburan.
7. 4(2)(g) Contohnya: Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan terlalu
berusaha dalam menjalankan tugas.Menjalankan sesuatu tugas tanpa
menghiraukan implikasi terhadap Jabatan Khasnya dan Kerajaan amnya
Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya sangat- sangat diperlukan.
8. 4(2)(h) Contohnya: Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa
baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan
pangkatnya.Meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya
mendapatkan tanah Kerajaan atau rumah atau sesuatu jawatan
9. 4(2)(i) Contohnya: Membantah atau melawan pegawai atasan.
10. Membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua
Jabatan
11. 4(2)(j) Cuai memastikan barang- barang yang dibeli oleh sekolah
dimasukkan dalam senarai 'inventory'.
12. Menghilangkan harta Kerajaan dalam simpanan pegawai
13. Peraturan 7 Contohnya: Tidak boleh menggunakan/ mengambil /
menyalahgunakan / menagih dadah berbahaya (kecuali bagi maksud
perubatan)
14. Peraturan 12 Contohnya: Tidak boleh meminjam wang / menjadi pejamin
kepada mana-mana orang.
15. Peraturan 16 Contohnya: Dalam pasaran hadapan tidak boleh terlibat dalam
pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual, dalam pasaran
tempatan atau luar negeri.
16. Peraturan 17 Contohnya: Tidak boleh mengadakan refel atau loteri harta
persendiriannya.
17. Peraturan 18 Contohnya: Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku,
majalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.
18. Peraturan 20 Contohnya: Tidak boleh menjadi penyunting
akhbar/majalah/jurnal kecuali pernerbitan yang dibenarkan.
19. Peraturan 21. Contohnya:tidak Membuat pernyataan menyebelahi mana-
mana parti politik, Menerbitkan/mengedar buku/artikel/risalah mengenai
politik , Merayu undi , menjadi agen pilihanraya tempat mengundi, Bertanding
apa-apa jawatan, Memegang apa-apa jawatan
20. Peraturan 23 Contohnya: Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan
tatatertib

Anda mungkin juga menyukai