Anda di halaman 1dari 2

Beza Present Perfect Tense dan Present Perfect Continuous Tenses

Present Perfect dan Present Perfect Continuous Tenses seringkali mengelirukan kita. Dalam
beberapa situasi, kedua-duanya mungkin boleh digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa
perbezaan di antara kedua-duanya.

Present Perfect Continuous Tense digunakan terutamanya untuk bercakap mengenai situasi yang
berterusan yang tempoh masanya lebih pendek dan sementara sahaja.

Contoh

He has been waiting outside for ten minutes. (Dia telah menunggu di luar selama 10 minit. 10
minit bukanlah terlalu lama.)
The baby has been sleeping since morning. (Bayi itu tidur sejak pagi. Tempoh
tidur bayi dari pagi tidaklah terlalu lama dan sementara sahaja.)
It has been raining for hours. (Hujan sudah turun selama beberapa jam. Hujan turun beberapa jama
juga tidak lama. Bukan berhari-hari.)

Manakala Present Perfect Tense pula, digunakan untuk bercakap tentang situasi
yang tempoh masanya lebih panjang dan kekal.

The castle has stood on the hill for five hundred years. (Istana itu telah berdiri di bukit itu 500 tahun
lamanya. 500 tahun satu tempoh yang lama. Penggunaan Present Perfect Tense juga lebih natural
berbanding The castle has been standing on the hill for five hundred years.)

I have lived in France for thirty years. (Dia telah menetap di Perancis 30 tahun lamanya. 30
tahun satu tempoh yang lama berbanding 5 tahun atau 10 tahun.)

Perhatikan bahawa dalam beberapa kes kedua-dua kata tense digunakan. Ia bergantung kepada bagaimana
orang yang bercakap melihat sesuatu keadaan. Ini kerana, sestengah orang melihat 5
tahun itu satu tempoh yang lama, manakala sesetengah orang yang lain melihat 5 tahun itu sesuatu yang
singkat.

Jadi anda boleh katakan:

I have been living in this street for five years. (Menunjukkan baru 5 tahun menetap di jalan ini.)
ATAU I have lived in this street for five years. (Menunjukkan sudah 5 tahun menetap di jalan ini.)

Sesetengah kata kerja pula hampir tidak pernah digunakan dalam bentuk yang berterusan (continuous form).

Contohnya: be, know dan have.

Dalam kes ini, kita akan menggunakan Present Perfect Tense dalam semua keadaan
walaupun maksudnya Present Perfect Continuous Tense.

Contohnya:

He has been here since morning. (BUKAN He has been being here since morning.)
I have known him for two months. (BUKAN I have been knowing him for two months.)
I have had a headache since morning. (BUKAN I have been having a headache since morning.)

Anda mungkin juga menyukai